Pages

Tanpa Suara Tetap Boleh Didengari

Thursday, September 29, 2011

...Spread Love Contest...

Bila Fieyza minta cerita tentang majlis impian saya, saya dah mula tersengih-sengih. Malu pun ada nak cerita. Iyalah, nanti orang lain baca..Naik meluat dorang. Jadi, Fieyza..Boleh tak saya sharekan cerita ni dengan awak secara private? Kita ym ke... =p

Ok-ok. Mesti Fieyza ni dah naik meluat dah. "Kau nak menang ke tak nak???" Nak..nak..nak! Saya mula cerita ya. Baca sampai habis tau. Lepas tu baru fikir nak gelak ke tak.

Dekat kawasan rumah saya ni, ada sebuah lombong atau lebih dikenali sebagai 'Tasik Biru'. Sebab nama dia memang Tasik Biru pun. Setiap hari saya akan lalu depan tasik biru ni. Dan setiap hari juga saya akan pasang niat untuk buat majlis kahwin di situ. Buat waktu malam. Pasang pelita di sekeliling kawasan tasik. Dan terapungkan pelita-pelita pada permukaan air tasik. Cuba bayangkan. Mesti sangat romantik kan???

Ya, memang saya bukan seorang yang romantik. Tapi tak tahu kenapa, saya sangat berkenan untuk buat majlis pada waktu malam dan dikelilingi dengan api atau pun cahaya.

Bila dah penuh dengan cahaya, dah tentulah saya nak pakai gaun warna soft pink. Dipenuhi dengan manik-manik cantik. Tak payah kristal macam gaun Memey pun tak apa. Manik pun jadilah. Sebab gaun tu saya nak simpan, tak mahu letak kat muzium. hehehe

Bila dah comel pakai gaun, saya impikan sebuah pelamin yang penuh dengan bunga-bunga ros bermacam warna. Biar nampak segar. Bila angin bertiup, semua orang pun akan tercium bau warni bunga ros tu. Fuhhh...Cuba korang semua bayangkan. Betapa aslinya majlis saya tu. =p

Dah-dah... Kembali pada alam realiti. Sebab majlis saya tu, memang awal-awal mak saya dah reject. Sebabnya mak kata "Nanti lemas pula anak orang jatuh kat dalam lombong tu..." Terpaksalah saya lupakan tentang majlis perkahwinan impian saya tu. Tapi saya tak sedih. Yang penting saya kahwin! hahaha


Atas ni gambar pilihan saya. Tak adalah cun mana pun. Tapi ada maksud tersirat kenapa saya pilih gambar ni. Bagi saya, masa bertunang adalah satu tempoh yang sangat mencabar. Seperti saya berada di atas puncak. Saya perlu menuruni anak-anak tangga dengan sebaiknya dan penuh hati-hati. Supaya saya tidak terjatuh. Jika terjatuh pun...Janganlah sampai tersungkur.

Seterusnya, kenapa saya suka follow blog Fieyza Hantaran ni sebab, blog Fieyza banyak sangat design-design hantaran yang saya suka. Saya pula, memang deco sendiri semua hantaran-hantaran saya dari saya bertunang sampailah saya nak berkahwin ni. Jadi, blog Fieyza ni dah semestinya menjadi sumber rujukan saya. Lagipun, Fieyza banyak menggunakan bunga-bungaan dalam setiap gubahan hantarannya. Memang kena sangatlah dengan saya Si Pencinta Bunga ni! =p

5 blog B2B yang saya tag:


Ok. Selesai ikut semua syarat. Jadi, pada B2B yang saya tag...Sudi2lah korang buat karangan macam saya ni. Untung-untung antara kita ada yang menang. Kalau korang menang, saya tumpang gembira. Kalau saya menang, korang kenalah senyum juga. ^__^

Pada sesiapa yang nak sertai...boleh je. Klik pada blog Fieyza Hantaran ni. Kemudian, taip je laju-laju ok. Selamat Mencuba dan Berjaya.

3 comments:

Tulis-tulis...nanti saya baca.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...