Pages

Tanpa Suara Tetap Boleh Didengari

Sunday, April 24, 2011

...Orang sakit yang tak sedar diri...

Tengok gambar kat atas. Gambar orang sakit yang tak sedar diri. Tengah sakit sampai sesak-sesak nafas pun kau sempat lagi buat peace kan. Patutnya dah layak mengucap. Hee...

Eh, tu gambar sayalah. Bukan kutuk gambar orang kain. Jangan cakap saya ni mulut jahat pula. :p

Itulah kejadian setahun yang lepas. Dan sekarang kenapa saya sibuk nak tunjuk lagi? Sebabnya, tulang siku saya dah lari sikit ya. Ya, sekali lagi. Memang jenis yang tak faham bahasa. TANGAN KIRI AWAK BUKAN ORIGINAL LAGI. SILA JANGAN GANAS-GANAS!

Tolong jangan tanya -Macamana boleh jadi lagi?- Sebab saya sendiri tak ada jawapan. Tahu-tahu dah sakit dan berdenyut-denyut seharian. Esoknya terus jumpa doktor. Doktor pun x-ray.

"Oh...Ada kesan gerakkan."

"Dah macamana ni doktor?"

"Tak apa. Baru sikit.. Tapi awak kena berjaga-jaga. Saya balut siku awak ni. Jangan banyak gerak."

"Ok doktor." <--- sambil tunjuk muka baik. =.=

Keluar je dari bilik doktor. Masuk kereta. Tahu apa yang saya buat? Ok. Memang bijak. Dah nak bawa kereta macamana? Siku ketat je. Tak kan nak pergi sekolah macam ni? Kalau dapat mc sedap juga. Makanya, dengan lelajunya saya buka balutan tu.

Teng..teng..teng...dah sihat! hahahaha...

Friday, April 22, 2011

...oh pelamin!...

Pening... Dah belek-belek banyak kali gambar pelamin. Tapi kenapalah tak ada satu pun yang berkenan di hati?

Susahnya. Saya buat majlis di dewan. Jadi saya perlukan sebuah pelamin yang cantik dan besar. Kalau boleh nak penuh pentas tu. Ada lampu banyak. Kalau boleh juga, nak semua tu dengan harga yang murah.

Dapat tak? hehehehe

Wednesday, April 20, 2011

...Tekak kesayangan...

Dah dua minggu tekak ni buat hal. Langsung tak boleh minum dan makan benda-benda sejuk. Kalau makan or minum benda-benda sejuk, terus rasa sakit. Rasa tak selesa.

Harus jumpa doktor.

Sunday, April 17, 2011

...Alhamdulillah...

Hari ni saya agak kelam kabut macam mak cik ribut. Segalanya sebab saya nak kena cari segala kelengkapan sendirian tanpa Nunang. Dia rileks je kat Johor sanun. Saya kat sini dah macam lipas kudung. Huh~

Tapi sekarang dah sedikit lega. Alhamdulillah. Dah memang rezeki saya agaknya. Apa yang saya nak semuanya tersedia ada. Dan dah siap dibooking. Cumanya, tema saya mula2 nak buat warna merah silver. Tapi abang tu kata nak kena design barulah. Nak kena tambah duit. Kau mampu? hahaha...ok. Yang tu saya yang cakap sendiri. Abang tu sikit pun tak pandang rendah kat customer dia walaupun saya tak pakai gelang sampai siku. :p

Berbincang pun senang. Yang bestnya, dapat pakai baju baru tau. Dapat kerusi pelamin baru. Cuma pelamin je saya tak boleh pilih lagi. Sebab tak tahu lagi nak buat kat mana. Hajat memang nak buat kat dewan, tapi takut full pula. Dewan memang saya tak booking lagi. Sebab dewannya pun tak tahu nak pilih kat mana.

Ok. Untuk orang yang pening2 macam saya. Atau pun untuk orang yang senasib macam saya...Segalanya kena buat sendiri. Cuba korang tengok kat Alfinaz ni. Baju-baju dia memang sangat up to date. Mekap cun. Pelamin pun gempak. Dia memang selalu buat-buat benda yang baru. Walaupun harganya agak mengerutkan dahi. Tapi korang memang akan puas hati. Ala...kerut pun tak adalah sampai 1000. Kerut sikit je. hehehe

Klik kata sini .

Saturday, April 16, 2011

...Kau nak sangatkan?...

Susahlah kan nak mengadu-ngadu ni. Beriya-iya saya minta Nunang saya telefon. Konon2 nak mengadu nasiblah. Last2 bila dia telefon, kelu pula lidah untuk berkata-kata. :[

Ingat lagi tak kisah yang saya cerita? Ala..pasal 'bodoh dengan binatang' tu? Ok. Saya dah tahu dah siapa yang mengadu tu. Tapi sampai sekarang saya tengah fikir, apa motif orang tu? Kalau dia rasa saya salah...kenapa dia tak tegur saya depan-depan? Kenapa dia perlu mengadu sana, mengadu sini?

Bisik kakak sebelah saya, "Dia memang...benda kecil memang suka besar-besar"

Bila kakak tu cakap macam tu je, saya terus...TING! saya dah macam tahu siapa yang mengadu tu. Terus saya rasa macam sakit hati dan rasa dia tu ada motif tertentu.

Kalau dia betul-betul ikhlas nak menegur saya, kenapa tak tegur depan2??? Kenapa perlu bertindak macam tu? Tegur jelah...saya orang barukan.

Dan satu lagi, dia sepatutnya tanya saya dulu. Jangan tuduh melulu. Tak tahu cerita sebenar main redah je. Kalau nak jadi Superwomen kat situ pun, jadilah heroin yang berakal. Ni tak..main tuduh je. Memang agak sakit hati.

Kau nak kau sorang je eh orang kenal? Kau nak kau sorang je eh baik dengan semua orang? Kau nak cepat naik pangkat eh? Ok..kau boleh ambil semuanya.

Tapi tak perlu naik dengan menjatuhkan orang lain.

Wednesday, April 13, 2011

...Bukan mariam...

Minggu ini saya agak busy. Eh silap, minggu lepas pun busy juga. Tapi busy minggu ni lebih mencabar. Sebab saya terpaksa berjemur kat tengah padang. Fuhhh...terasa muka sangat pedih. Petanda awal untuk menjadi 'orang minyak'.

Tapi saya suka. Bila latih budak-budak main hoki. Itu satu kepuasan pada saya. Cumanya, saya dah tak boleh langsung nak tunjuk cara kat mereka. Tangan kiri saya sangat lemah. Penah sekali saya cuba tunjuk cara untuk pukul bola hoki dengan kuat, berdenyut-denyut sampai dua hari siku saya. Jadi, saya mengalah. Kesian kat siku saya. Dia tak sedia lagi untuk dikasari. ;p

Jadinya, saya jadi tukang jerit je kat tepi padang.

"Kejar bola!"

"Haa...masuklah!"

"Jatuhkan kayu!"

"Oi...jangan nak tunggu bola je!"

Ok... memang saya bukan harimau kat dalam kelas je. Tapi kat padang juga. hahahaha...Bukan apa, walau apa pun yang saya buat...semuanya untuk mereka. Untuk mereka menang. Kan? hihihi...Nasib korang la. :P

Nasib ada minggu yang sibuk. Jadi saya tak payah fikir banyak perkara. Biarkan perkara-perkara tertentu itu pergi berlalu. Saya tak akan biarkan diri saya dimainkan lagi. Perasaan saya bukan sehelai kertas yang boleh ditulis dan kemudian dipadamkan tulisan itu.

Dendam? Tidak...Cuma saya rasa cukuplah untuk saya jadi baik yang tidak bertempat. Saya bukan Siti Khadijah. Saya bukan Mariam.

Andai siraturrahim itu benar-benar layak untuk diputuskan. Saya putuskan di sini. Saya noktahkan di sini. Cukuplah saya lalui detik-detik yang amat mengguris hati saya. Dan saya tak akan benarkan diri saya untuk laluinya sekali lagi. Cukup saya 'ditendang' sekali. Saya bukan siapa-siapa lagi.

Saya benar-benar rasa terhina diperlakukan sebegitu.


Senyum.
Tak perlu kata apa-apa.

Tuesday, April 12, 2011

...Sahabat atau bola?...

Yang pertama sekali saya nak bagitahu ni, tadi masa saya balik kerja... saya excident. Langgar belakang. Nasib baik Si Merah saya gagah perkasa. Steady je. Tak ada apa-apa yang kemek. Tapi kereta yang melanggar tu sangat kesian. Sebab kereta dia remuk teruk. Jadi, malas nak cerita panjang-panjang...dia cakap tak payah report. Sebab memang salah dia. Saya pun tak kisahlah. Kereta dia yang kena teruk.....Si Merah saya memang gagah! :P

Yang kedua saya nak bagitahu lagi, semalam hari jadi saya yang ke 18. hahahaha....Tahun ni best sikit, sebab budak-budak nyanyikan lagu "happy birthday" untuk saya. Dan itulah hadiah yang paling bermakna, bila budak-budak ingat hari jadi saya. Tak perlu hadiah, wish pun sudah terharu. Thanks anak murid!

Yang ketiga, saat ni saya sedang tersenyum. Saya tak tahu apa nilai 'persahabatan' untuk orang lain. Adakah umpama seperti sebiji bola yang boleh ditendang ke kiri dan ke kanan. Bila rasa mahu berkawan, kita cari. Bila rasa tak mahu, kita buang? Mungkin salah saya juga, yang membiarkan orang lain menjadikan saya seperti itu. Mana mungkin saya mengecewakan hati sahabat saya. Mana mungkin saya menolak jika sahabat saya mencari saya. Dan mana mungkin saya membuangnya walaupun sahabat saya telah campakkan saya.

Tak kisahlah apa sekalipun sebabnya, saya terima. Kerana bagi saya... sahabat saya letakkan di hati dan bukannya di kaki.

Ikatan persahabatan boleh dibawa hingga ke mati. Tetapi ikatan kasih dan cinta belum tentu hingga ke esok hari.



Saturday, April 9, 2011

...ok. saya tak akan tegur lagi...

"Jangan cakap bodoh dan binatang kepada pelajar. Ada pelajar yang mengadu pada saya..."

Saya tersenyum. Amboi! Ingat jahat sangat ke mulut saya ni?

"Saya bukan cakap pelajar tu bodoh atau binatang. Saya cuma cakap, kalau awak tak mahu belajar awak akan jadi bodoh. Sebab perkataan 'kurang pandai' tak sesuai untuk menyedarkan mereka. Orang yang kurang pandai bukan sebab dia tak mahu belajar. Tapi nasib dia tak berapa baik untuk jadi pandai. Usaha sudah. Mungkin itu dugaan untuk dirinya."

"Dah awak cakap pelajar tu bodohlah?"

"Dalam kelas saya dia tak pernah mahu belajar. Kacau orang sana. Kacau orang sini. Buku tak pernah ada. Lepas tu, bila suruh membaca, terkelip2 mata. Bukan kelas saya je, semua cikgu dia buat macam tu. Saya cuma cakap, kalau awak terus macam ni...awak akan jadi bodoh. Sebab awak tahu awak lemah, tapi awak tak mahu diajar. Tingkatan 2, membaca pun tak tahu lagi. Macamana?"

"Kita kena banyak bersabar cikgu. Pelajar ada banyak kerenahnya."

"Sebab saya bersabarlah, saya tak pernah sentuh ataupun makin hamun dia. Saya cuma bertanya. Dan harap dia berfikir. Kalau saya terus berlembut, dia tak lulus...orang akan nampak salah saya juga."

"Habis awak samakan dia dengan binatang?"

"Hahahaha....saya hanya bertanya, awak ni manusia ke binatang? Memang saya sangat marah masa tu. Dia boleh curi duit kawan sekelasnya. Saya cakap, manusia penuh dengan rasa simpati. Budak yang jadi mangsa tu...ayah dia tengah terlantar sakit. Mak dia pula siang malam jual kuih, jual macam-macam. Budak tu pula, malam tolong maknya buat kuih. Esok pagi sebelum pergi sekolah, dia tolong jual pula kat gerai. Ayah dia tengah sakit. Tak boleh bangun langsung. Duit dia yang kena curi tu RM 7. Itulah tambang dia dan duit belanja dia selama seminggu. Kalau duit tu hilang, macamana dia nak pergi sekolah? Bagi kita memang sikit, tapi dia menangis teresak-esak. Macamana saya nak berlembut dengan pencuri tu?"

"Mungkin budak tu tak tahu keadaan kawan dia tu"

"Saya ada tanya, sama ada dia tahu atau tak keadaan kawan dia tu. Dia angguk. Dia cakap dia tahu. Lagipun...kalau dia tak tahu sekalipun. Dia tak boleh mencuri. Tu kan satu kesalahan. Selama ni saya berlembut. Tapi saya rasa, kalau cara lembut tak jalan...saya kena berkeras sikit. Sebab makin lama bukan makin baik. Tapi makin jahat. Saya tak cakap dia bodoh. Saya tak cakap dia binatang. Saya cuma minta dia fikir. Saya bagi dia pilihan. Yang mana dia nak jadi. Itu saja."

**********************************************

Ok. Segalanya salah guru. Kita hanya nak menegur. Mungkin selepas ini, saya hanya boleh cakap. "Awak ni bijak. Tak payahlah belajar. Pergi kacau orang" atau pun "Awak adalah sebaik-baik manusia. Kenapa mencuri rm7 je? Curilah banyak sikit."


Wednesday, April 6, 2011

...'itu'..

Saya impikan masa yang diulangi semula. Walaupun saat itu terasa pahit tapi saya rasa bahagia. Kerana 'itu' hati saya.

Tuesday, April 5, 2011

...ketika...

Bila ketika,
kita merasa sangat penat dan lelah.
berhenti untuk memikirkannya.

Bila ketika,
kita merasa sangat parah dan terluka.
berhenti untuk menangisinya.

Bila ketika,
kita merasa tidak berguna dan sakit,
berhenti untuk menyuarakannya.

Bila ketika,
kita merasa sudah lali dan lemah,
berhenti sahaja segalanya.

Bila ketika,
kita cuba bangun namun tiada daya.
berhenti terus menghadap.
hadapi dengan tenang.
redha dengan segala ketentuan.

Dan,
bila ketika itu...
belajar untuk melepaskannya.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...