Hari ni saya masuk MukaBuku Nunang. Biasalah, menjalankan aktiviti pengintipan. haha... Bukan apa, saja nak cuci mata tengok kawan-kawan Nunang. Ohh..kacak! =p
Gatalnya. hehehe
Tapi yang kelakarnya. Saya baru tahu sesuatu. Ceh, dah dekat setahun lebih. Baru saya tahu benda ni. Huh...dahlah tempat belajar kami sama. Tapi boleh saya tak tahu? Nampak sangatlah saya ni dengan 'dunia sendiri' je. Ke saya yang tak ambil kisah sangat pasal Nunang? Hmm...
Dalam saya geledah MukaBuku kawankawan Nunang, saya klik pada satu album kawan dia ni. 'Malam Anugerah Keterampilan Pelajar'. Ok, malam ni sangat glemer. Kalau lepas je malam ni, saya mesti akan sibuk tanya siapa menang anugerah itu? Siapa menang anugerah ini? Diri sendiri memang tak akan tercalonlah. Dah kerjanya tidur je dalam bilik, anugerah apa yang sesuai? =p
Ok, balik pada cerita asal. Saya pun tengok2lah gambar2 dalam album tu. Oh, Nunang ada komen.
- thanks iena.. x dpt pegi tgk gmbaq pun jdi la...-
Tu komen Nunang. Saya fahamlah dia memang tak dapat pergi. Sebab time tu kitaorang tengah praktikum. Tapi dia pergi ke tak ke...penting ke? hehehe
Tup..tup..tup... kat satu gambar lagi. Kawan dia tulis..
Malam Anugerah Keterampilan Pelajar bg thn 2009 kpd club2 n student2 yg mgambil bhagian n mlibatkan diri dlm pelbagai aktiviti luar n dlm cmpus..congrate!! xpecially 2 UWSC (upsi water sport club@canoe club) n xlupa pd wanie n abg mel tuk olahragawan n olahragawati...
Haa..mahunya saya tak terperanjat! Nunang pernah dapat anugerah olahragawan UPSI??? Glluuppp.. telan air liur mok cik!
Kenapa sebelum ni saya tak tahu pun???
Walaupun dah nak kahwin, tak semua perkara kita tahu tentang pasangan kita kan? Huh...atau saya yang tak ambil berat pasal dia?
Entahlah...