Pages

Tanpa Suara Tetap Boleh Didengari

Thursday, July 29, 2010

...mood...

Hari ni mood saya zer0...sangat kos0ng. Sangat tak ada mood. Rasa macam nak menjerit macam ni je!
MySpace
.
Bila tak ada mo0d, saya akan cari orang air. Sebab saya tahu, dia mesti akan tanya. Kenapa? Siapa buat?. Dan saya mulalah akan bercerita dengan sedih dan pilunya.
MySpace
.
Tapi kali ni, soalan-soalan tu tak dapat saya jawab. Sebab saya tak ada mo0d terpaksa saya rahsiakan dari orang air. Ni rahsia saya seorang je. Saya tak akan bagitahu orang lain.
MySpace
.
Sampai sekarang benda tu sangat menganggu saya. Saya rasa tak puas hati. Saya rasa geram. Saya rasa orang itu keterlaluan. Saya rasa mereka jahat. Saya rasa semua tu tak adil untuk saya.
MySpace
.
Dan ketika ini, saya seperti mahu berlari jauh dari mereka berdua. Saya tak mahu lihat lagi apa-apa. Saya tak mahu tahu apa-apa lagi. Mereka sangat menyakitkan hati. Sangat!
MySpace
.
Saya mohon pada insan itu, jangan sakiti lagi hati saya. Eh, memang silap saya. Sebab saya yang menggatal nak tengok-tengok dia. Tapi saya tetap rasakan dia sengaja buat itu semua.
MySpace
.
Baiklah-baiklah. Saya nak pergi pujuk orang air saya. Sebab dia tengah marah. Bukan marah. Tapi merajuk. Dia nak test saya. Last-last dia yang kena test. Lepas tu dia nak merajuk pula. Boleh ke?
MySpace
.
Okeylah. Saya nak cari balik mo0d saya. Dan saya berjanji tidak akan menggatal untuk melihat benda yang boleh menyakitkan hati saya sendiri lagi. Saya berjanji betul ni. hehehe..Padan muka sayakan! kan! kan!
MySpace
.
Bye semua. Eh, lupa nak cakap. Isnin ni saya kena pergi interview GSTT. Doakan untuk saya ye.
MySpace

Tuesday, July 27, 2010

...inai di jari...

Sempena dengan perkahwinan kakak saya. Saya pun join sekali pakai inai di jari. hahaha...memang sangat galak. Bak kata mak Siti. Tapi saya memang suka pakai inai. Cuma kali ini, saya tidak warnakan kuku saya sahaja. Tapi saya inaikan dengan jari-jari sekali. Ala, macam pengantin-pengantin tu. ;p
.
Dan hari ni, saya dah start bekerja semula. Dengan jari yang berinai ni. Macam kelakar. Semua orang perli dan perli. Tapi ada seorang pekerja ni, orang-orang lamalah juga. Dia tengok warna inai di jari saya. Merah sangat kata dia. Dan saya pun jawab...memang setiap kali saya pakai inai, memang warna inai akan jadi merah. Walaupun inai itu tak merah sangat bila orang lain pakai. Tapi bila kena kat jari saya...mesti inai itu akan warna merah. Magic ke? bukan..Mungkin sebab warna darah saya.
.
Kata seorang pekerja itu lagi, orang tua-tua cakap...kalau perempuan yang pakai inai dan inai itu berwarna merah dia seorang yang tidak kuat cemburu. Untung siapa yang dapat. Kata orang itulah. Saya sendiri tidak tahu kesahihan tentang itu.
.
Tapi andai bercakap tentang cemburu. Memang saya kadang-kadang sangat-sangat cemburu. Cuma saya jarang mahu menunjukkannya. Kadang-kadang sahaja. Sebab selalunya saya lebih suka buat-buat tak tahu. Saya mudah sejuk bila perasaan cemburu itu datang. Dan saya sendiri tidak pernah bergaduh hanya kerana cemburu. Tidak tahu kenapa. Mungkin sebab saya rasa itu semua sia-sia. Mahu cemburu kenapa?

~Tiba-tiba saya rasa sangat rindu pada orang air. Betapa baiknya dia menjaga saya. Syukur sangat! Orang air....orang kat sini sangat rindukan awak~

...just married...



saya yang mana? tukang kipas 2 la. hahaha.

semua orang siap sedia nak teng0k persembahan silat. hiiiyakkk!

Selamat pengantin baru kepada kakak saya. Pink sangat. Sangat dan sangat. Tapi saya suka. Dan sedikit geram. Sebab saya tak boleh buat tema pink sudah. Tapi tak kisahlah. Sebabnya saya memang tak mahu tema pink pun. hahaha
.
Kahwinnya kakak saya ini, maka, sayalah yang menggalas "kakak" bujang yang paling tua. Layak ke nak jadi kakak pada adik-adik saya yang dua orang ni? Entahlah. Kita teng0k sajalah kepimpinan saya ni nanti. hahaha

Wednesday, July 21, 2010

:manusia memang tidak tahu bersyukur:

.
Hari ini mood saya sangat baik. Walaupun tak sempat nak habiskan puasa ganti hingga ke maghrib. Belum zohor pun lagi sudah berbuka. Tapi saya bukan sengaja. Perut saya benar-benar sakit dari semalam lagi. Saya sendiri tidak tahu kenapa. Semalam sepanjang hari mata saya berair. Itu pun incik janggut yang perasan. (semalam saya pergi teman dia repair hp. Sggh baikkan saya? hahaha)
.
Tapi hari ini saya bukan nak cerita yang itulah. Hari ni saya nak bercerita tentang seorang teman baik saya. Dia akan bertunang tidak lama lagi. Sudah melalui proses merisik. Lepas raya mungkin majlis tunangnya akan terlaksana. Good luck untuk beliau eh~
.
Tapi yang kelakarnya, dia bukan dirisik oleh buah hatinya yang sudah bercinta 4 tahun itu. Bukan juga akan bertunang dengan buah hatinya yang sudah kenal 4 tahun itu. Tapi dengan orang lain. Pelik bukan?
.
Kawan saya ni pernah berkongsi cerita. Dia kata, "Yang kali ni baik sangat. Aku tak sukalah. Tak berapa best. Aku nak yang nakal-nakal". Hmm...manusia memang tak pernah bersyukur bukan? Dapat yang baik pun mengeluh. Dapat yang kurang baik pun mengeluh juga. Jadi apa kehendak manusia sebenarnya?
.
Eh eh...Saya bukanlah mengutuk teman baik saya ni. Lagipun memang depan-depan dia pun saya dah hentam dia habis-habisan. hahaha..
Tapi memang betul...manusia tidak pernah puas hati dengan apa yang dia ada. Tak pernah bersyukur dengan apa yang sudah di depan mata. Saya pun begitu juga. Saya selalu mengeluh kerana "dia" terlalu baik. Sampaikan kadang-kadang saya takut andai saya akan mengecewakan.
.
Ohh..silalah bersyukur wahai manusia! (terutamanya ditujukan kepada diri sendiri)
.

Monday, July 19, 2010

:Anda tanya:

.
Semenjak saya menukar status di fb...ramai rakan-rakan yang bertanya itu dan ini. Ramai yang keliru. Ramai juga yang terkejut. Saya pun terkejut juga..bukan terkejut sebab apa, tapi terkejut sebab ramai sangat yang baru tahu. Sedangkan perkara ini telah lama pun berlalu. Dan saya sudah kembali normal.
.
Bijak saya menyembunyikan segalanya. Eh, bijak ke?
.
Ramai rakan-rakan yang melahirkan rasa sedih dan kecewa. Ramai yang bertanya bermacam-macam. Bagaimana perlu saya memberi jawapan sedangkan kini saya perlu menjaga hati insan lain pula. Tapi dalam masa yang sama...Saya tidak mahu melukakan hati itu juga.
.
Susah. Memang susah.
.
Jika mereka kecewa...Saya mahu mereka tahu, suatu ketika dahulu saya lebih kecewa. Jika mereka sedih...Saya mahu mereka tahu, suatu ketika dahulu saya lebih sedih.
.
Memang tak akan ada sesiapa pun yang faham dengan itu semua. Kerana mereka tidak merasai. Dan cukuplah sampai di situ sahaja. Saya sudah bina hidup baru. Saya sudah memulakan langkah untuk melupakan segalanya. Saya sudah mahu menggantikan kekecewaan itu dengan kegembiraan.
.
Biarkan segalanya terkubur di sini sahaja. Saya mohon jangan sesiapa ungkitnya lagi. Kerana setiap kali ungkitan itu setiap kali juga hati saya seperti diguris dengan benda tajam.
.
Setiap jawapan saya, saya perlu berikan jawapan yang selamat. Supaya tiada hati yang terluka. Terutamanya hati kesayangan saya kini!
.

Saturday, July 17, 2010

:Saya mohon:

.
Saya tidak tahu mengapa...tiba-tiba hati saya menjadi sangat marah. Entahlah...saya tidak mahu mengotorkan hati saya. Saya tidak mahu menyimpan dendam. Saya tidak mahu.
.
Pagi ini saya seperti terkena panahan petir. Ini bukan hiperbola. Tapi inilah kenyataan sebenar. Saya memang tidak kisah apa pun kata orang lain. Kerana ini kisah saya. Ini cerita saya. Ini hak saya. Anda mahu menilai? Itu hak anda.
.
Cuma saya tidak berapa suka jika ada orang yang berlakon seperti "dia tidak bersalah", pura-pura sedih seperti segalanya berlaku atas kekejaman saya. Saya tidak faham. Apa sebenarnya corak pemikiran orang itu. Bulat? Berjalur? Memanjang? Atau melintang?
.
Segalanya itu terpulang pada dirinya. Saya tidak memaksa dia mengaku salah. Saya juga tidak mahu dia berasa bersalah. Cuma jangan sandarkan kesalahan itu pada saya. Jangan pura-pura sedih. Jangan pura-pura keliru. Kerana saya tahu itu bukan keadaan sebenar. Baik, saya memang bukan Tuhan bukan menilai itu semua. Tapi saya mohon, jangan wujudkan rasa bersalah saya.
.
Bukan mudah ini semua. Bukan mudah. Saya pernah jatuh terduduk dahulu. Saya pernah menangis sehingga saya sendiri tidak tahu sampai bila tangisan itu akan berhenti. Saya pernah merasakan dunia ini terlalu kejam kerana menghukum saya sebegitu. Saya juga pernah merasa terlalu kecewa kerana Tuhan tidak memakbulkan doa saya. Saya pernah marah pada diri sendiri kerana saya telah gagal untuk bersabar. Saya telah lalui itu semua. Semuanya sehinggakan saya rasa lumpuh dan tidak mampu untuk bangun kembali. Tapi di mana dia ketika saya merasakan semua itu? Pedulikah dia saat itu? Kamu yang membiarkan saya jatuh tersungkur. Kamu yang tidak mahu menyambut tangan saya walaupun telah begitu lama saya hulurkan.
.
Dan kini jangan mahu bertanya apa-apa. Walau apa pun perasaan kamu, simpan sahaja. Seperti yang pernah saya lakukan. Kerana saya tidak mahu kamu merasa bersalah. Kan dahulu kamu cukup gagah untuk hadapi ini semua? Kan dulu kamu cukup tenang bila bercerita tentang takdir? Jadi teruskan. Teruslah menjadi gagah. Teruslah menjadi tenang. Bukan kamu gembira dengan itu semua?
.
Tolong jangan ciptakan kebencian antara kita.
Simpan sahaja semua rasa di dalam hati.
.

Thursday, July 15, 2010

:Jangan bersedih, kerana dunia terlalu hina untuk ditangisi:

.
Syair dari 'Adi bin Zaid
.
Wahai orang yang suka bergembira di atas penderitaan orang lain, apakah kamu mempunyai satu perjanjian bahawa engkau tidak akan ditimpa musibah sebagaimana yang telah menimpa orang yang kamu merasa bergembira dengannya? Apakah engkau mempunyai satu jaminan bahawa hari-harimu akan selamat dari segala bahaya dan bencana? Kalau begitu, mengapa engkau bergembira di atas penderitaan orang lain, padahal engkau tidak memiliki perjanjian dan jaminan itu?
.
wahai orang yang bergembira atas penderitaan orang lain dan selalu memburuk-burukkan masa apakah kamu orang yang selamat dan terlindungi atau apakah kamu punya perjanjian kuat yang menjaminmu dari hari ke hari sesungguhnya kau adalah orang bodoh yang tertipu.
.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...