Pages

Tanpa Suara Tetap Boleh Didengari

Tuesday, February 17, 2009

Harian Metr0

Isteri mati pendam rasa
Oleh Zaid Salimam@hmetro.com.my

KEMAMAN: Akibat tertekan dengan khabar angin kononnya suami akan berkahwin lagi, seorang wanita sanggup minum cecair pencuci lantai hingga meragut nyawanya, kelmarin.Suami wanita terbabit yang juga seorang guru, berkata dia tidak mahu menuduh siapa bertanggungjawab menyebarkan berita palsu itu yang menjadi punca tindakan nekad isterinya.“Saya sangat menyayanginya dan berjanji akan menyelesaikan perselisihan kami, tapi belum sempat berbuat demikian. Kini, dia pergi selama-lamanya meninggalkan saya dan tiga anak yang masih kecil.“Sebelum kejadian ketika tiba di sekolah, saya sempat menghantar SMS kepadanya untuk menyelesaikan masalah kami,” katanya ketika dihubungi, semalam. Lelaki berusia 38 tahun itu berkata, dia percaya tindakan arwah isterinya akibat tidak tahan menanggung bebanan perasaan berikutan krisis rumah tangga yang berlaku sejak akhir-akhir ini.
Dia mendakwa tidak pernah curang atau bermain kayu tiga sejak mendirikan rumah tangga, sembilan tahun lalu.Namun, kata guru itu, sejak akhir-akhir ini, rumah tangga mereka yang disatukan atas dasar suka sama suka pada 2000 itu goyah hingga tidak bertegur sapa selama beberapa hari.Dia mengakui arwah isterinya memendam rasa dan kecewa dengannya, tetapi tidak mengetahui apa yang dipendamnya. “Sepanjang berkahwin, saya tidak pernah curang atau menyintai wanita lain, malah tanggungjawab sebagai suami dan ketua keluarga saya curahkan sepenuhnya terhadap dia dan tiga anak,” katanya.Dia berkata, keluarganya harta yang sangat bernilai.“Saya pernah tinggal sendirian di tempat kerja, tetapi kasih sayang terhadapnya menggunung tinggi. Saya tidak sanggup menghancurkan hatinya dan tiga anak yang mengharapkan kasih sayang saya sebagai ketua keluarga,” katanya.Mengimbas kejadian terbabit, guru itu berkata dia terkejut apabila menerima panggilan telefon daripada arwah isterinya yang ketika itu dalam kesakitan selepas dipercayai minum cecair berkenaan jam 8.20 pagi.Dia yang ketika itu di sekolah bergegas pulang dan terkejut mendapati isterinya terbaring di hadapan pintu tandas dalam bilik tidur di tingkat atas.“Ketika kejadian hanya arwah di rumah, manakala tiga anak berusia lapan, lima dan dua tahun di rumah pengasuh.“Melihat keadaan isteri terbaring kaku tapi masih bernafas, saya memanggil kakak ipar yang tinggal berhampiran dan segera membawa isteri ke hospital untuk rawatan lanjut,” katanya.
Bagaimanapun, wanita berusia 35 tahun itu hanya sempat bertahan tujuh jam sebelum menghembuskan nafas terakhir jam 2.50 petang.Jenazah isterinya dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Bukit Mentok di sini, jam 11 malam.Sementara itu, Ketua Polis Daerah, Superintendan Abdullah Sani Salat, ketika dihubungi semalam, mengesahkan kejadian berkenaan.Katanya, polis yang dimaklumkan mengenai kejadian itu bergegas ke tempat kejadian dan hasil siasatan mengklasifikasikan kes itu sebagai mati mengejut.“Difahamkan, berlaku perselisihan faham antara pasangan terbabit dan mendakwa ia berlarutan hingga mangsa yang tidak tahan menanggung bebanan perasaan tanpa disedari mengambil tindakan itu,” katanya.
~itulah petikan dr akhbar metr0 yg br je bbrapa minit aku bc n hajat ati ni trs nk share kat sni....mmg skt ati aku baca. skt ati kat pihak llaki dan jgk phk prmpuan.
PIHAK LELAKI :
#k0 da tahukan isteri k0 2 pendam prsaan, apehal x tanye? bleh plak ckp...die tahu isterinye pndam prsaan but xtau ape yg d endamkn. wehhh....dgr la skit rintihan isteri. jgn nk wat slambe badak je. hu3
#knp biarkan mslh ni blarutan lm sgt? smpai bhari2 tak teg0 sape. kan duk sbumbung 2...ajak la bbncang. jgn la biarkan mslh 2 bpanjangan. kata sygkan isteri. kata tak curang. kata sumernye tak btl. da 2 yg biarkan je pehal? ni tipu ni......lelaki oh lelaki!
#nk jd mcm n0rman hakim ke? lari dr mslh. g td0 kat tmpt keje plakzzz..(kat sek byk antu woo). 2 kan wife awk. senng je nk sttlekan rsnye. juz pujuk jelah. yakin kan die blk. die nak pcy or x, itu hak die. but yang pntg usaha dl. brlah tawakal. ni usaha x...ttiba nk tawakal. giler pe?
#bile da xde..br la nk kate syg la itu la..ini la..sumernye da tlambat ok! br rs nk hargai. pe arr...rs mnyesal x? itu p0n klu btl la suami ni tak curang. klu die btl2 curang, senyum lebar la..."senang skit keje aku, xpyh kawen s0rok2...yah0000!!!!"
PIHAK PEREMPUAN:
#aduhh....yg smpai bunuh diri pehal? da x cium syurga. da ar kat dunia awk sngsara. kat SANA p0n nk sengsara jgk ke? aku bkn la Tuhan nk adili wife ni...but kan kte blajar agama. org yg bunuh diri xkn cium syurga! igt 2 anak2. hu3
#knp g pcy sgt ckp org? da ade bukti ke? nk dgr ckp org bleh la...tp jgn la pcy smpai bunuh diri. ni da mmg kes berat giler. tp da tlambat nk tlg nshtkan da. s0b..s0b..s0b...
#pe2 p0n, jgn lawat kptsn ikut em0si sgt. fkr la dl...pk dgn mata otak bkn mata hati. ni arr prmpuan...aku fhm sgt sbb aku p0n prmpuan jgk. but, aku rs kena pandai cntr0l em0si kte. jgn la cpt gelabah sgt walaup0n ati skt. sab0 itu sparuh dr iman...
#llaki mmg da kenal sgt dgn eg0 dorng 2...kte prmpuan ni try la lmbtkan skit ati. tanye la btl2..ala, demi umah tgga try la pujuk ati sndiri. d0a byk2...Tuhan 2 mst tlg hambanya yg bd0a dgn sggh2. kali ni kte mngalah, xsmestinye kte xmenang.
ape2p0n...aku hanya mnilai dr luaran je. aku xknl llaki or prmpuan dlm citer ni. juz bg pndapat ikut pe yg aku fhm dgn situasi mereka. but, sgt2 sedih la..sbb pngakhirannye mcm ni. sgt dasyat. sgt bsimpati pd wife yg da mnutup mata. sm0ga rohnye d cucuri rahmat dan segala d0sanya d ampun Allah s.w.t dan di ringankan skit d0sanya. amin.....al-fatihah.
~sm0ga llaki dan prmpuan d luar sm mngambil iktibar...begitu jgk dgn aku.

No comments:

Post a Comment

Tulis-tulis...nanti saya baca.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...