Pages

Tanpa Suara Tetap Boleh Didengari

Monday, March 16, 2009

Makna air mata insan

PERNAHKAH anda menangis?

Jika menangis, apakah punca dan sebabnya? Menangis adalah fitrah manusia tetapi sebab tangisan akan memberikan harga dan nilai tersendiri. Allah yang menciptakan ketawa dan tangis, malah menciptakan sebab tercetusnya tangisan. Banyak air mata mengalir di dunia ini. Sumbernya dari mata, mengalir ke pipi terus jatuh ke bumi. Mata itu kecil namun ia tidak pernah kering. Ia berlaku setiap hari tanpa putus-putus. Seperti sungai yang mengalir ke laut tidak pernah berhenti! Kalaulah air mata itu terkepung, seperti air hujan, banjirlah dunia ini.

Menurut Ibnul Qayyim ada beberapa jenis tangisan antaranya ialah:

· Menangis kerana kasih sayang dan kelembutan hati.

· Menangis kerana rasa takut.

· Menangis kerana cinta.

· Menangis kerana gembira.

· Menangis kerana menghadapi penderitaan.

· Menangis kerana terlalu sedih.

· Menangis kerana terasa hina dan lemah.

· Menangis untuk mendapat belas kasihan orang.

· Menangis kerana mengikut-ikut orang menangis.

· Menangis orang munafik - pura-pura menangis.

Ada jenis tangisan nampak biasa sahaja tetapi air mata yang mengalir itu dapat memadamkan api neraka.


OLEH ITU, serulah air mata itu dari persembunyiannya di sebalik kelopak mata, agar ia menitis, membasahi dan mencuci hati, sehingga ia putih kembali dan semoga ia dapat meleburkan dosa dan mendapat keampunan-Nya.






No comments:

Post a Comment

Tulis-tulis...nanti saya baca.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...