Seringkali manusia itu d uji ketika melintasi perjalanan kehidupannya. Pelbagai cabaran yang datang melanda. meratah kesabaran manusia satu-persatu. kadang2 kamu terasa mahu berundur dan melupakan segalanya. Memulakan episod yg baru. Mengharapkan hari esok lebih indah.
Semakin kamu sebagai manusia mendekati Pencipta. semakin kerap tangan d tadah memohon kepadaNya. Semakin kamu akan diuji dan jatuh tersujud. Kerana segala yang dipinta tak datang dengan segera. Segala yang d ingini bukan di beri dgn sekelip mata, segala yang d hajati bukan dtg tanpa usaha. Manusia sering bersedih. Menangisi dengan nasib diri. meratapi takdir yg diberi. Langsung lupa bahawa, Allah tidak memberi apa yang kamu mahu,,tetapi Allah memberi apa yang kamu perlu..
Tatkala kamu berdiri sayu, ketika ujian dtg menimpa bersilih ganti, ketika hatimu di sakiti, ketika keinginanmu tidak tercapai, ketika hari2mu diselubungi kesayuan. Jangan terus bermuram duka, Allah tidak akan sengaja mentakdirkan segalanya untuk sesuatu yang sia-sia, bukan Dia tidak tahu betapa deritanya hidup kamu, betapa terseksanya jiwa kamu merintih, betapa retaknya hati kamu, tetapi mungkin itulah yang Dia mahu kerana Dia tahu hanya hati yang sebeginilah yang selalunya lebih dekat dan akrab denganNya..
Redhalah ketika ada yang menyakitkan hati kamu, kerana dialah yang memberi ketabahan pada hatimu, redhalah ketika ada yang menipu kamu, kerana dialah yang akan mengajar kamu utk lebih berhati-hati, redhalah ketika kamu tidak di endahkan, kerana dialah yang akan memupuk hati kamu supaya lebih berdikari, redhalah ketika ada yang menyeksa kamu, kerana dialah yang akan mengajar kamu erti kesabaran.
Bersyukurlah dengan segala ketetapan Tuhan. Bersyukurlah dengan segala kurniaan dari Maha Esa. Bersyukurlah dengan segala anugerah dariNya. Bersyukurlah dengan segala kesedihan dan kegembiraan dari Allah.
Kadangkala kita perlu menangis supaya kita tahu,
di dunia ini bukan hanya ada gelak ketawa.
di dunia ini bukan hanya ada gelak ketawa.
ko copy paste mane bait2 ni...
ReplyDeleteko yg tulis ke???
cam x caye ko ble ayat mcm ni...
hahahahaa
weehhh...
ReplyDeletetgk k0d krusus aku kat upsi la..