Pages

Tanpa Suara Tetap Boleh Didengari

Friday, August 13, 2010

...Kedua-duanya anak Suhaimi dan Zuriati...

.

Bila Mak Siti pergi menunaikan umrah. Saya tiada teman di rumah. Jadinya, saya tumpang menginap dengan percumanya di rumah Kak Ju. Kakak sayalahkan.

Kak Ju ada dua orang anak perempuan yang comel-comel. Si kakak berusia 9 tahun. Dan si adik berusia 6 tahun. Kedua-duanya mempunyai karakter yang melucukan. Tambah-tambah lagi si adik yang terlalu kuat makan. Tapi maintain slim ok! hahaha

Melalui hari-hari awal berpuasa bersama mereka memang sangat menghiburkan. Mana tidaknya, pagi-pagi lagi sudah riuh dengan suara mereka. Bangun sahur. Saya yang tidak bangun bersahur ini dituduhnya tidak berpuasa. Habis semua rakan-rakan sekolah mereka tahu.

Hari pertama untuk si adik : "Adik puasa hari ni...satu hari adik tak makan." Itulah dialognya ketika dia menelefon. Tapi balik sahaja rumah. Letak sahaja beg, terus menangis meraung-raung mahukan susu milonya. Puasa apa 2? hahaha...Dan bila masa berbuka. Dia tambah nasi 3 kali. Memang puasa sangat!

Hari pertama untuk si kakak : "Hemm..sedapnya air ni. Ish...orang tu tak puasa!" . Pantang nampak air, dia mesti akan terliur. Pantang nampak iklan yang modelnya makan-makan atau minum-minum...dia mesti akan tuduh mereka tidak berpuasa. Terlalu mengikut perasaanlah. hahaha

Hari kedua untuk si adik : "Bu, adik puasa. Tapi adik dah termakan tadi. Lepas tu cepat-cepat adik basuh mulut adik. Tak batalkan puasa adik bu?" Tanya si adik pada ibu petang semalam. Ibunya hanya tersenyum. Dan sekali lagi, buka puasa dialah yang laju.

Hari kedua untuk si kakak : " Kawan kakak kata, kalau kita termakan tak apa...sebab nanti cepat-cepat basuh mulut. Lepas tu puasalah balik. " Sama sahaja seperti si adik. Tapi kakak tak buat macam tu. Cuma KAWANNYA SAHAJA YANG KATA. Budak-budak memang bahaya. Mudah terpengaruh dengan kata kawan-kawan. Petang itu si kakak tak makan banyak. "Kakak haus je. Tak lapar pun". Dan malam tu, si kakak muntah-muntah. Perut masuk angin.

Hari ketiga untuk si adik dan si kakak : "Ibu...nak sarapan!". Kedua-duanya kalah dengan dugaan pada hari ini. Semuanya kerana tidak bangun sahur. Satu rumah terlepas masa sahur.

Dan saya juga agak lembik hari ini. Semalam hanya makan seketul ayam KFC. Tapi saya tak adalah minta sarapan. Walaupun diri sendiri mula menghasut keimanan diri sendiri. Iyalah, syaitankan sudah diikat. Jadi...apa-apa yang jadi, semuanya berpunca dari kelemahan iman diri sendiri. Tapi saya masih mampu bertahan sampai saat ini. Walaupun sudah pening-pening lalat!

2 comments:

  1. lama tak singgah sini...hehe selamat berpuasa kak bib! muahhhh

    ReplyDelete
  2. thanks ain...kak bib slalu je bc bl0g ain. best. ;p

    slamat bp0se jgk.

    ReplyDelete

Tulis-tulis...nanti saya baca.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...