Pages

Tanpa Suara Tetap Boleh Didengari

Sunday, June 5, 2011

...Kalut...

Kalut.

Tapi bukan saya. Nunang saya yang dah mula kalut. Bukan sikit. Tapi kalut banyak. 1st time tengok dia kalut sampai macam ni. Kelakar pun ada juga.

Mana taknya, hari-hari ajak pergi beli barang kahwin. Saya pula, hari-hari berkerut dahi. Sabar sikit boleh incik, nak beli barang macamana...planning pun tak habis lagi ni. Yang lagi saya berkerut dahinya, hari tu lalu kat pekan Klang, adalah kedai barang-barang kahwin ni buat promosi. Tup tup...

"Jom kita singgah!"

Melopong mulut saya.

"Nak singgah buat apa?"

Hahahaha...memang saya blurr. Bukan apa. Banyak benda yang saya tak fikir sampai habis lagi. Saya baru plan yang sikit-sikit dulu. Yang lain tak fikir lagi. Tapi seronok juga tengok dia beriya macam ni. Sekurang-kurangnya saya tahu dia bersungguh. Tapi sayalah pula yang pening-pening lalat. =p

Lepas tu, dia pula yang tak sabar nak tangkap gambar pre-wedding. Saya cakap saya dah cancelkan nak buat time cuti sekolah ni. Dengan alasan yang sangat kukuh...KULIT SAYA TENGAH HITAM. hehehe

Dengan tak ada perasaan dia jawab,

"Kan nanti pic tu boleh edit..."

See...bersungguhkan? Yang terbaru, berjuta kali dah ajak pergi tempah kad kahwin.

Hello incik...Awak ni kelakarlah.

2 comments:

Tulis-tulis...nanti saya baca.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...