Pages

Tanpa Suara Tetap Boleh Didengari

Friday, September 24, 2010

...Sayalah wanita itu...

Memang dari dulu lagi...masa saya muda-muda lagi. Saya memang bercita-cita nak jadi seorang suri rumah tangga sepenuh masa. Itulah angan-angan saya. Kelakarkan?

Ok..cukup-cukup gelak tu. Memang dah ramai yang gelakkan saya bila saya bercerita angan-angan saya tu. Sampaikan saya sendiri dah naik segan nak bercerita tentang itu. Takut digelakkan lagi.

"Zaman-zaman moden ni..ada lagi perempuan yang nak duduk tersorok di rumah?"

Ya ada. Sayalah perempuan itu!. Tapi salah ke?

Saya hairan. Kenapa orang ramai tak boleh terima dengan angan-angan saya ni. Termasuklah keluarga saya sendiri. Kakak-kakak, emak, dan adik saya sendiri memang kutuk saya habis-habisan bila saya bercerita tentang ini. Mereka gelakkan saya. "Hei...pemalas. Gi la keje cari duit. Belajar tinggi-tinggi...tapi nak jadi suri rumah je?"

Sejak tu, saya tak pernah lagi bercerita mahu jadi suri rumah. Saya cerita nak jadi doktor, nak jadi peguam, nak jadi perdana menteri, nak jadi macam-macam lagilah. Biar mereka bangga. Tapi dalam hati saya...-Nanti aku dah kahwin, pandailah aku buat alasan nak duduk rumah je-.. hahaha

Dan kalau nak tahu, setiap kali saya bercinta...angan-angan nilah yang saya akan beritahu dulu. Nanti dah kahwin, nak duduk rumah je. Nak jadi suri rumah tangga sepenuh masa. Biar orang yang bercinta dengan saya tu tahu. Kalau kami ada jodoh dan berkahwin tak adalah dia terkejut kalau tengok saya taip surat letak jawatan nanti. =p

Ada juga kawan-kawan saya yang bertanya. "Buat apa saya belajar tinggi kalau tahu dah macam tu? Baik lepas SPM kau kahwin terus je."

Eh...suka hati akulah! Boleh tak nak jawab macam tu? hehehe...Tak adalah. Walaupun saya nak jadi suri rumah tangga sepenuh masa, tapi saya tetap rasakan yang pendidikan itu sangat penting. Jadi jawapan saya senang je.

"Kalau suami aku tinggalkan aku nanti. At least aku tak adalah mati kebulur. Menangis merayu-rayu... Aku boleh berdikari sendiri."

Tengok...jawapan wanita tabah. Kan? hahaha



Salah ke saya nak jadi wanita tradisional pada zaman moden ni? Salah ke saya kalau saya nak membesarkan anak-anak saya sendiri? Salah ke saya kalau saya nak menjaga anak-anak saya sendiri? Salah ke saya kalau saya nak sediakan makan dan minum untuk suami saya sendiri setiap hari? Walaupun saya tak pandai masak lagi...hahaha


Sayalah wanita tradisional di zaman model ini.
MySpace

4 comments:

  1. love this post..we both have d same aim..hehehehh xsalah pun nak jadi surirumah bahkan ianya cita2 paling best sbg seorang perempuan..(,^^) lbh elok lg jadi surirumah yg ada investment misalnya beli rumah utk disewa org lain..at least ada jugak side income kn..:)

    ReplyDelete
  2. bet0i....sy da jmpe geng sy. yeay! hehehe... mmg da xde sgt org yg nak jd ala2 tradisional ni. ramai yg plh kerjaya. tp sy ttp pilih jln ni. =p

    nnt da kawen sy nk bukak sek tadika je. wat bisnes kck2... nnt ade anak jmpt la antr kat situ eh. kih3

    ReplyDelete
  3. hahahaha..seyes comel entry ni kak...

    ReplyDelete
  4. tq mia...nak tulis p0n kena tggu idea ni~ =p

    ReplyDelete

Tulis-tulis...nanti saya baca.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...