Pages

Tanpa Suara Tetap Boleh Didengari

Sunday, May 8, 2011

...Chill dik!...

Kepada pemilik blog cahya pilihan :

1. Terima kasihlah ye sebab selalu terjah blog ni.

2. Selalu jerit2 kat sini. Jeritan anda kadang2 tak sempat nak dilayan. Oh, saya guru yang sibuk! :P

3. Jarang dah bertanya problem anda. Hanya mampu membaca. Tapi dalam hati memang mahu bertanya dan mendengar. Cuma, sekali lagi. Oh, saya guru yang sibuk! :p

Iqa,

Setiap dugaan itu pasti ada rahsia yang tersembunyi. Cuma kadang kala, hati yang parah memang sukar untuk mencari arah cahaya itu. Namun, sebagai manusia... Kita perlu percaya, cahaya yang ada pasti akan datang dan sentiasa mengekori kita.

Lihatlah cahaya itu dengan mata hati yang lapang dan tenang. Bukan dengan hati yang penuh rasa terbeban atau hati yang sarat dengan kekesalan. Walau kita rasa sesukar mana sekali pun, yakin pada diri. Kita mampu hadapi.

Satu tindakan yang salah bila kita menghadapi satu masalah dengan pihak lain tetapi kita lepaskan dengan pihak lain. Itu bukan cara yang terbaik. Jangan buang kawan2 Iqa. Beban yang kita tanggung jangan kita sandarkan pula pada orang lain. Mereka tak tahu apa2. Simpan bebanan itu baik2. Jangan biarkan ia kelihatan pada luaran. Kita masih perlukan esok sekiranya mata kita masih lagi terbuka.

Biar apa pun masalahnya, biar bagaimana pun kesedihannya. Pasti akan berakhir. Nantikan saat akhir itu dengan seribu kesabaran. Kadang kala, jangan terlalu fokus pada satu pintu yang tertutup sedangkan kita masih dikelilingi dengan beribu pintu yang terbuka. Pilih dan tentukan.

Bersabar. Bertenang.

Ok. Akak nak sambung study. Isnin nak periksa. Lulus interview SPP boleh pergi honeymoon jauh sikit. Siapa lambat lulus interview SPP boleh tinggal kat rumah je nanti. <--- ni bukan pesanan untuk iqa. Mustahil kita kahwin duakan. hahahaha

Jaga diri baik2 dik.

3 comments:

  1. akak!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!! terharunya akak tulis entry untuk iqa.....hehehehe....thanks. sedih pula rasa nya. tak tahu nak mengadu pada siapa. macam2 masalah akak. kadang2 tak terluah di blog ni. lebih baik simpan daripada menceritakan kesedihan. nanti semua orang akan turut sedih. i like smile :) tak suka orang sedih tapi kadang kala iqa gagal mengawal perasaan itu. alhamdulillah....smuanya akan berakhir. betul cakap akak tu~ sekali lagi, terima kasih akak~

    ReplyDelete

Tulis-tulis...nanti saya baca.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...