Sewaktu kita susah,
belum tentu semua orang sudi membantu.
Seikhlas hati.
Kadang-kadang mungkin hanya untuk mengambil hati.
Mungkin hanya untuk berlakon sebelum dituduh sebagai Si Kejam.
Mungkin juga,
Membantu kerana terpaksa.
Walau apa pun alasannya,
Hidup umpama roda.
Kadang kita di atas,
Kadang kita di bawah.
Mungkin ketika kita di bawah,
Kita patut belajar mengenai manusia.
Dan bila di atas pula,
Kita patut belajar untuk berhati-hati.
Kita senang kita akan jadi ramai.
Kita susah kita akan jadi kekosongan.
Mahu menilai manusia,
Jangan nilai ketika kita senang.
Tapi nilailah ketika kita sedang jatuh tersungkur,
Ketika kita bangun,
Dan...
Ketika kita sedang belajar bertatih semula.
No comments:
Post a Comment
Tulis-tulis...nanti saya baca.