Pages

Tanpa Suara Tetap Boleh Didengari

Thursday, September 30, 2010

...Mana ada saya takut...

Dalam banyak-banyak benda dalam dunia ni...Jarang saya nak rasa takut ataupun fobia. Sayakan berjiwa kental. Dah lupa? hahaha
.
Tapi kental-kentalnya saya ni...konon jelah. Sebab saya ada satu benda yang sangat-sangat saya fobia. Orang lain janganlah nak main-mainkan saya dengan benda ni. Sangat sensitif dan boleh buat saya menggigil-gigil. Dan kalau ada yang mahu 'kenakan' saya dengan benda ni...silap-silap hari bulan boleh buat saya marah dan geram. kih3
.
Nak tahu apa? Tengok gambar kat bawah ni.
+

+

+

+

+



Okey-okey...saya bukan fobia dengan budak-budak lelaki. Yang tu saya sangat suka! hahaha...Saya fobia dengan -orang yang tiup bel0n-. Serius, saya tak boleh tengok orang tiup belon. Saya sangat sensitif pada belon. Jadi tolong jangan main tiup belon depan saya. Saya sangat takut. Saya takut belon tu meletup.

Dulu pernah masa saya sekolah rendah, ada seorang cikgu tu...Dia paksa saya masuk pertandingan sukan tiup belon. Bukan main lagi saya bagi alasan. Tapi dia paksa juga. Sudahnya, saya mengalah. Saya masuk juga.

Masa hari sukan tu, kumpulan saya punya la handal. Rumah merah. Power gila masa tu. Semua sukan dapat johan. Bila acara tiup belon, saya jadi orang yang ketiga. Orang pertama dan kedua hebat. Kami mendahului rumah sukan lain. Tapi bila giliran saya...saya tiup punya tiup, dia tak mahu besar-besar juga. Sebab asal dah besar sikit je, saya buang angin tu. Saya takut. Menggigil-gigil saya tengah padang. hahaha

Cikgu dan kawan-kawan tepi padang punya la kuat bersorak. Iyalah, dah nak kalah dah kumpulan kteorang. Saya pun kuatkan semangat, tiup lagi. Bila dah besar skit...saya cuba letupkan. Tak mahu juga. Sebab saya takut. Cikgu pesan, duduk atas belon tu...lepas tu cubit belon tu skit. Saya pun cubit...tak mahu juga. Saya dah berpeluh-peluh ni. Dah nak kalah. Mesti kena hentam habis-habisan nanti. Saya pun cubit dan terus cubit. Akhirnya belon tu pecah juga. Punyalah saya gembira tak terkata.

Akhirnya, kumpulan kami dapat no3 je. Tu pun sebab orang-orang lepas saya hebat dan boleh kejar kumpulan lain. Tak pun...mesti ada ahli kumpulan lain yang lebih teruk dari saya kan kan kan.. hehehe

Padan muka cikgu tu. Siapa suruh paksa-paksa saya lagi. Kan saya dah kata tak boleh. Balik je dari sukan...saya terus demam. Tapi bila orang tanya sebab saya demam...mak jawab saya demam sebab berjemur tengah panas. Pandai mak cover line. hahaha
.

Jadi pada akak yang kat atas ni...Jangan cuba buat aksi ni depan saya ya! Dan pada sesiapa pun. Saya rasa...anak-anak saya nanti memang tak ada peluang nak main belon. Kesian kat d0rang.

Maafkan mak, nak....

Tuesday, September 28, 2010

...Baru saya tahu...

Entry sebelum ni kan saya ada tulis yang saya nak berkenalan dengan jiran-jiran saya demi melahirkan semangat kejiranan yang semakin pudar. kih3...

Ahad lepas saya dah pun mulakan langkah yang pertama. Gempakkan dan sangat bersemangat saya ni. Untuk buktikan pada orang lain, saya bukan cakap-cakap kosong je.

Pagi ahad tu, seorang jiran saya buat open house dan sambut besday anak dia sekali. Dia pun dengan semangat kejiranan juga, datang menyinggah rumah saya untuk menjemput.

"Akak, nak jemput adik yang selalu lalu naik kereta merah tu datang rumah akak. Ada makan-makan sikit..."

Akak tu dengan muka manisnya mengajak. Masa tu seorang kakak saya sedang menyapu di depan.

"Oh...tu adik saya. Nanti saya bagitahu dia"

"Iya ke? Tapi muka sama je. Datanglah semua ye. Suruh adik yang kereta meraha selalu lalu tu datang sekali"

Saya memang terkejut bila abang saya bagitahu ajakkan ni. Saya pun terus tanya pada kakak saya. Macamana kakak tu boleh perasan dengan kehadiran saya di taman perumahan itu? Sedangkan saya sendiri tak pernah tengok kakak tu. hahaha...Memang betul. Kakak jiran mengajak saya. -Budak kereta merah yang selalu lalu.-

Saya pun tanpa berfikir panjang, lepas hujan saya terus bersiap. Ohh..pakai baju kurung sebagai perkenalan pertama. 1st date kenalah cun-cun.

Sampai sahaja di rumah jiran yang hanya selang 2 rumah tu, memang ramai orang. Saya tak tahu mana satu tuan rumah. Dengan siapa saya nak salam ni? Haiissh... Tetiba rasa nak patah balik pun ada.

Tetiba seorang kakak datang ke arah saya.

"Terima kasih dik datang. Jemputlah makan."

Saya lega...ni lah agaknya tuan rumah. Saya pun makan dan makan lagi. Makan tetap banyak walaupun segan-segan. hahaha

"Nanti datanglah lagi. Datang selalu pun tak apa"

Itulah kata-kata kakak tu bila saya hulurkan tangan sebelum pulang. Saya hanya tersenyum.

*****************************

Memang saya akan datang lagi kak. Jiran-jiran sebelah rumah kakak ni memang hensem-hensem belaka. Saya memang suka! hahaha

Baru saya tahu, ada rumah bujang sebaris dengan rumah saya. Terima kasih kak jiran kerana menjemput. *saya buat muka gatal*

MySpace

hahahahahahahaha

Saturday, September 25, 2010

...Jiran, I love u!...

Semalam adik bongsu saya berkesempatan jadi hero tau. Macam gempak sangat jekan.. kih3...

Rumah jiran saya hampir terbakar teruk. Nasib baik kakak saya sedar ada asap keluar dari rumah jiran kami tu. Kakak saya pun minta adik bongsu saya pergi kat rumah tu. Tengok-tengok ada anak-anak kecil je dengan orang gaji mereka.

Adik saya bagitahulah pasal asap tu, dia boleh cakap....memang asap tu ada banyak kat bahagiaan atas, tapi tak boleh masuk kat situ. Adik saya pun terus telefon bomba. Bomba pun datanglah berlumba-lumba. hahaha

Itulah semangat kejiranan namanya. Tapi sayanglah, semakin lama semakin kurang semangat kejiranan ni. Ala, saya tak cakap orang lain..Saya cakap pada diri sendiri. hehehe...

Saya sendiri tak berapa kenal dengan jiran-jiran saya. Kalau berselisih bahu kat mana-mana pun belum tentu saya tegur. Sungguh. Bukan tak nak tegur sebab saya sombong. Tapi saya tak tegur sebab saya tak kenal itu jiran saya.

Tak bagusnya orang macam saya ni. Mulai esok...saya nak berbaik-baik dengan jiran-jiran saya.

Eh jiran, salam perkenalan. =p

Friday, September 24, 2010

...Sayalah wanita itu...

Memang dari dulu lagi...masa saya muda-muda lagi. Saya memang bercita-cita nak jadi seorang suri rumah tangga sepenuh masa. Itulah angan-angan saya. Kelakarkan?

Ok..cukup-cukup gelak tu. Memang dah ramai yang gelakkan saya bila saya bercerita angan-angan saya tu. Sampaikan saya sendiri dah naik segan nak bercerita tentang itu. Takut digelakkan lagi.

"Zaman-zaman moden ni..ada lagi perempuan yang nak duduk tersorok di rumah?"

Ya ada. Sayalah perempuan itu!. Tapi salah ke?

Saya hairan. Kenapa orang ramai tak boleh terima dengan angan-angan saya ni. Termasuklah keluarga saya sendiri. Kakak-kakak, emak, dan adik saya sendiri memang kutuk saya habis-habisan bila saya bercerita tentang ini. Mereka gelakkan saya. "Hei...pemalas. Gi la keje cari duit. Belajar tinggi-tinggi...tapi nak jadi suri rumah je?"

Sejak tu, saya tak pernah lagi bercerita mahu jadi suri rumah. Saya cerita nak jadi doktor, nak jadi peguam, nak jadi perdana menteri, nak jadi macam-macam lagilah. Biar mereka bangga. Tapi dalam hati saya...-Nanti aku dah kahwin, pandailah aku buat alasan nak duduk rumah je-.. hahaha

Dan kalau nak tahu, setiap kali saya bercinta...angan-angan nilah yang saya akan beritahu dulu. Nanti dah kahwin, nak duduk rumah je. Nak jadi suri rumah tangga sepenuh masa. Biar orang yang bercinta dengan saya tu tahu. Kalau kami ada jodoh dan berkahwin tak adalah dia terkejut kalau tengok saya taip surat letak jawatan nanti. =p

Ada juga kawan-kawan saya yang bertanya. "Buat apa saya belajar tinggi kalau tahu dah macam tu? Baik lepas SPM kau kahwin terus je."

Eh...suka hati akulah! Boleh tak nak jawab macam tu? hehehe...Tak adalah. Walaupun saya nak jadi suri rumah tangga sepenuh masa, tapi saya tetap rasakan yang pendidikan itu sangat penting. Jadi jawapan saya senang je.

"Kalau suami aku tinggalkan aku nanti. At least aku tak adalah mati kebulur. Menangis merayu-rayu... Aku boleh berdikari sendiri."

Tengok...jawapan wanita tabah. Kan? hahaha



Salah ke saya nak jadi wanita tradisional pada zaman moden ni? Salah ke saya kalau saya nak membesarkan anak-anak saya sendiri? Salah ke saya kalau saya nak menjaga anak-anak saya sendiri? Salah ke saya kalau saya nak sediakan makan dan minum untuk suami saya sendiri setiap hari? Walaupun saya tak pandai masak lagi...hahaha


Sayalah wanita tradisional di zaman model ini.
MySpace

Wednesday, September 22, 2010

...Ayat-ayat cinta. Ceh!...

"mseh mnunggu jwpn , gmentarnyer aq , mlm tdy da ler dy maen2 . ."

.
"cInTa 3 SegI , antre aq ,dy && dy . . ap kputusnnyer nnty ? ? arp2 tIdq ."
.
"jln nan dy , ddok dlm bs nan dy .hu3 , jnggl aq rse . "
.
"to all girl ONLY...do you trust man???u need them in your life???tnye je...laen org laen pndgn..huhu..kgsi2 ark..."
.
"x seindh hr2 yg ku idamkan..utk brsm mu..tiada lg..ruang d htmu..tuk ku curahkn sgala..ape yg ku rs..dikau x prcy..siape ku d htmu..hny mnggnggu hdpmu..."
.
"mnrme @ mnlak se2org..sngt mnydhkn..srbe slh mst d rsai..klu..aku mmlh org yg aku syg..tp aku brslh pd mrk yg d tlk..but..klu aku mmlh org yg d tlk..aku brslh pd org yg aku syg..even aku mmlh org yg aku syg..die ttp mngcwekn aku..sm je..so now..im juz lving in d' darkness..no one.."
.
*******************************
.
Dah baca semua ayat-ayat di atas? Ehem3x....itu bukan ayat saya ya. Saya copy dari fb dan paste kan di sini. Semua ayat-ayat 'tragis' ni saya dapat dari fb budak-budak sekolah.
.
Terus terang saya katakan, saya memang agak kurang gemar bila melihat tulisan-tulisan begini tercatat pada mukabuku anak-anak murid saya. Bukan saya tidak benarkan mereka bercinta atau berkawan. Itu hak mereka. Dulu pun saya sangat rapat dengan pelajar-pelajar saya. Berkongsi cerita. Dan saya tidak kisah andai mereka minta pendapat tentang si polan itu dan si polan ini. Saya akan berikan pendapat kepada mereka.
.
Rasa cinta dan sayang itu satu anugerah. Tidak kira usia kita pada peringkatan mana, 'rasa' itu akan datang dengan sendirinya.
.
Pada saya, bila pelajar-pelajar sekolah mahu 'berkawan' itu bukan satu masalah. Tetapi, apabila 'berkawan' itu fokus utama mereka. Itulah yang masalahnya.
.
Kawan-kawan saya di mukabuku ramai terdiri dari pelajar-pelajar sekolah. Biasalah. Guru kawannya mestilah pelajar. hahaha...Dan setiap kali mereka mencatatkan status mereka, mereka asyik mengeluh tentang cinta. Cinta. Cinta dan cinta. - Aku tunggu kau. Kau tunggu aku. Aku cinta kau. Kau cinta aku. - Asyik-asyik itu sahaja. Tidak pernah pula mereka mengeluh tentang pelajaran. Tentang peperiksaan. Tentang mereka gagal membaca nota yang diberikan guru. Tentang mereka kecewa upsr dan pmr akan dimansuhkan. Tentang Sains dan Mate dalam bahasa Inggeris. Atau tentang mereka rasa kesal tidak mengulangkaji pelajaran bersungguh-sungguh sebelum peperiksaan.
.
Mengapa mereka tidak mahu kongsikan itu semua. Bukan itu agenda utama mereka ketika ini?
.
Saya dahulu juga pernah berusia belasan tahun. Saya dahulu pun pernah bergelar pelajar sekolah. Dan saya dahulu pun pernah suka sana, suka sini. Tapi tidaklah begitu serius. Tidaklah rasa kecewa yang teramat sangat bila orang yang saya suka tu tidak menyukai saya. Dia tak suka saya..saya sukalah dengan orang lain. Bukan susah. Lagipun cinta pada zaman sekolah datang sangat senang. Bersepah-sepah orang yang saya jatuh cinta. hahaha...
.
Cinta yang datang dengan mudah, dengan mudah juga ia akan pergi.
.
Tapi sekarang, saya lihat pelajar-pelajar sekolah makin serius dengan cinta mereka. Kecewa seperti diceraikan suami. Sedih seperti kematian suami. Tiada semangat seperti hidup mereka telah berakhir. Itu yang saya pelik dan hairan.
.
Tidak tahukah perjalanan mereka masih jauh? Masih ramai orang lagi yang mereka tidak temui.
.
Ok..ok...itu semua kebebasan mereka. Mukabuka mereka. Terpulanglah. Aaeerrkkk..Tapi boleh tak kalau ejaan itu betulkan sikit? hehehe

Monday, September 20, 2010

...Selamat...

Baca tajuk dan teng0k gambar pun mesti dah tahu la kan yang saya nak tulis pasal apa? kan..kan..kan...

Saya memang sangat hepy dengan pertunangan kawan baik saya ni. Dari awal majlis sampailah kepenghujungnya, saya ada kat situ. Betapa menyibuknya saya. hahaha

Of c0z lah saya sibuk. Kawan saya berjaya melangkah satu tapak kehadapan. Mestilah saya tumpang gembira. Lagipun dari sekolah, dia asyik tukar-tukar bf je. Kali ni berjaya juga dia jumpa bf sebenar-benarnya. Caya ler!

Tengok..Kami sama-sama berserikan. hahaha..Dia berseri sebab majlis pertunangan dia. Saya berseri sebab apa? Sebab tumpang seri dia sikit. =p

Semoga kau kahwin mala dengan tunang kau tu. <---brutal gila wish ni! hahaha

~S0rry sgt2 kat kwn2 sek sy yang lain. Janji nak ikut k0nv0i ramai2. Tapi tak dapatlah. Sebab majlis mala ni pun habis lewat sangat. Tahun ni aku amik mc k0nvoi dengan k0rang ye~

Saturday, September 18, 2010

...Makin dewasa makin malas beraya la!...

Dah terlambat ke nak wish Selamat Hari Raya? hehehe....
.
S0rry sangat-sangat eh, bukan saya tak suka raya-raya ni. Tapi saya sangat sibuk seminggu sebelum raya. Jadinya tak sempat nak buat entry tentang raya ni.
.
Jadi,
kepada semua rakan-rakan dan pembaca bl0g ni (ade ke? hahaha..confident je!)
.
Selamat Hari Raya Maaf Zahir dan Batin.
heee...
.
Sampai sekarang pun saya tak sempat lagi nak beraya dengan teman-teman. Tak tahulah kenapa, makin dewasa makin malas pula mahu pergi beraya. Saya bukan sombong, tapi masih lagi mencari ruang dan peluang untuk beraya ke rumah teman-teman. Lagi pun, bila makin dewasa ni...hati keluarga dan saudara mara lebih perlu diutamakan.
.
Tapi tak apalah, yang penting rumah kawan-kawan rapat saya...saya tetap singgah dan beraya sekejap. D0rang-d0rang pun datang ke rumah saya juga. Biarpun kami-kami jarang berjumpa, tapi persahabatan kami masih baik. Saya sayang mereka tau!
.
~esok kawan baik saya buat kenduri penting untuk dirinya. Serius...saya tak sabar nak pergi. Nak tengok dia jadi sopan...sebab dia tak pernah nak sopan-sopan ni. ~
.

Wednesday, September 1, 2010

...Marah dan marah lagi!...

Saya tension dengan orang yang suka marah-marah.
.
Boleh tak bersabar sikit? Marah sana. Marah sini. Rimaslah.
.
Dahlah asyik marah, tapi lepas dia tahu salah dia...tahu pula dia diam. Eh, napa tak marah kat diri sendiri?
.
Bosanlah dengan orang yang marah-marah ni. Tak puasa ke? Banyak je tenaga nak marah-marah orang lain. Sahur makan nasi 5 pinggan?
.
Saya bosanlah.
.
Saya tension.
.
Tak tahu ke semua yang ada sekarang ni adalah pinjaman semata?
.
Duit banyak? Ya saya tahu duit anda banyak.
.
Kereta besar? Ya saya tahu anda pakai kereta mewah.
.
Tapi tu semuakan sementara. Tu semua bukan lesen untuk marah-marah orang sesuka hati.
.
Saya dah bosan. Nasib baik darah yang mengalir pada kita adalah sama.
.
Kalau tidak
........................................................................................
SAYA NAK MAKAN KAMU!
MySpace
hahaha
.
Tuhan menguji kita dengan pelbagai cara. Kemewahan yang diberi juga adalah satu ujian. Kalau kita gagal, kita akan menjadi angkuh, sombong dan bongkak.
.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...