Pages

Tanpa Suara Tetap Boleh Didengari
Showing posts with label karya. Show all posts
Showing posts with label karya. Show all posts

Wednesday, December 8, 2010

...Tuhan...

Enough is enough. Tarik nafas dalam-dalam. Dan biarkan sahaja. Manusia boleh kata apa sahaja yang mereka suka. ✖‿✖


Baik, saya dengar nasihat pakwe.

"Tak payah ambil tahu sangat dah"

++++++++++++++++++++

Api jangan dibalas dengan api.

Siapa dia untuk menilai saya?

Siapa dia untuk menilai keiklasan saya?

Siapa dia untuk menilai kejujuran saya?

Dia bukan siapa-siapa.

Dia bukan Tuhan yang tahu isi hati saya.

Dia bukan Malaikat yang sempurna sifatnya.

Dia juga seperti saya,

Manusia biasa.

Yang kadang

Akan tersalah penilaian

Yang kadang

Akan lemah mendengar hasutan syaitan

Yang kadang

Akan lemas dengan mainan perasaan

Yang kadang

Akan terlupa

Dan terus terlupa

serta buta

sehingga sukar

bezakan yang hitam dan putih.


Tuhan,
pulihkan hatinya.
Jangan biarkan menjadi hitam.
Sehingga sukar
dilihat jernihnya.


Tuesday, November 2, 2010

...Jangan bunuh hati anda...


Jika anda bersedih, menangislah.

Jika anda bahagia, senyumlah.

Jika anda rasa senang dan gembira, ketawalah.


Jangan paksakan diri anda untuk tidak menangis,

Jangan tutup mulut anda untuk tidak senyum atau ketawa.

Kerana, jika ia berlaku

Anda telah membunuh hati anda

Perlahan-lahan

Hati anda akan kering dan gersang...


Percayalah,

Pada saat itu berlaku,

Anda pasti tidak dapat mengecapi nikmat bahagia.

Kerana hati anda telah kering dan membatu,

Bahkan lebih keras daripadanya.

Kerana batu walaupun keras,

Masih dapat mengalirkan mata air

Yang bermanfaat bagi manusia.


Kerana segala rasa itu datangnya dari hati...

Juga segala-galanya berpunca darinya.

Friday, May 21, 2010

Pilihan

.
Hidup ini adalah gabungan kepada 2 perkara
kebahagiaan dan juga kedukaan
setiap kita mempunyai pilihan untuk memilih
kerana
jalan cerita hidup kita
terletak pada jalan yang kita pilih.
.
Tetapi,
dalam hidup ini
perkara yang paling sukar
adalah membuat pilihan
sehingga kini
saya masih lagi
tidak mampu untuk menyatakan
pilihan yang mana.
.
Jalan yang mana pun menjadi pilihan
jawapannya tetap sama.
sakit.
Cuma penghujungnya sahaja yang tidak sama.
tetapi,
penghujung itu terlalu misteri.
sebab itulah
pilihan diperlukan.
.
Ya Allah,
aku memohon bantuan dariMu....

Sunday, May 2, 2010

Manusia TAMAK!

SAYA TAMAK...SAYA TAMAK...dan SAYA TAMAK!
.
ya....SAYA TAMAK!
.
dan skrg....
.
padan dengan muka saya...
.
sbb org tamak mmg akan susah.
.
SAYA TAMAK!
.
tapi dulu saya x mcm ni...
.
dulu saya tak tamak
.
dulu saya mmg baik
.
dulu saya jaga baik2
.
dulu saya cukup bhati2
.
dulu saya sgt mnghargai
.
dulu saya xmahu menyakiti
.
tapi se.karang
.

saya dah berubah
.
saya dah berubah
.
dan
.
saya dah cukup berubah
.
SAYA TAMAK!
.
apa yang ubah saya?
.
apa?
.
apa?
.
Ya Allah........
.
kembalikan saya pada yang asal.
.
kembalikan saya pada yang dulu.
.
kembalikan saya pada sebelum ini.
.

SAYA TAK MAHU JADI TAMAK.
.

sudahlah..
.
tamatkan ini semua.
.
sebab...
.

saya pun terluka~
.
.

~kamu...kamu....maafkan saya. saya tamak!~

.

Thursday, November 5, 2009

=di sini=

.


.
Di sini kita bertemu
makna keakraban
dan kita sebenarnya
membina kerinduan
tatkala meninggalkan
garisan pertemuan.
.
Inilah segumpal hati
yang jauh di dasarnya
ada karang-karang
nostalgia semalam
dan kita sebenarnya
semakin mendekati
garisan kenangan.
.
Bila diri semakin jauh
kita semakin mengerti
harga kasih sayang
tatkala kerinduan
bersimpuh di akhir jalan.
.
jika aku punya kuasa...
ingin aku putarkan semula ms
mengubah segalanya
~thanks 2 banchik

Monday, October 26, 2009

pegang JANJI kU~~

.
.
“Dan penuhilah janji, sesungguhnya janji itu pasti dimintai pertanggungjawabannya.”
(Al-Isra`: 34)

.
...pegang janji aku...
dlm dunia ini tidak byk yg aku brani janjikan
namun,
ble aku sudah berjanji,
pegang janji aku erat2.
jika aku gagal tunaikan
sedarkan aku
jika aku mula lupa
igtkan aku
jika aku mula jauh
rapatkan aku
.
...pegang janji aku...
aku bjanji ble aku yakin aku mmpu laksanakan
aku bjanji ble aku mahu laksanakan
.
...pegang janji aku...
aku bjanji pada org yg mahu mghargainya
aku bjanji pada org yg tahu ertinya
aku bjanji pada org yg setia dgn janjinya
.
...pegang janji aku...
stiap apa yg aku jnjikan
aku benar2 mksudkan
...pegang janji aku...
jika aku mula mungkiri janjiku
itu bermkna
aku juga sudah bjnji
utk tidak mng0takan janji itu lagi
.
...pegang janji aku...
ble aku sudah mngkirinya
aku tidak akn mn0leh lg
wlaupun separuh mati mnahan kesedihan
.


~pic ni c0mey dgn st0kin warna warninye~

Thursday, September 24, 2009

~pasir dan angin~

kejujuran itu umpama pasir d pesisiran pntai
skali d pukul ombak
berubahlah ia.

ade yg ttp setia d pesisiran pantai
ade juga yg menyerah diri mengikut gel0ra si 0mbak

andai yg setia,
akan ttplah di situ.
andai yg mnyerah,
biarkan ia pergi.

janji manusia umpama angin
skali btiup ke kiri,
skali btiup ke kanan,
tanpa jnji...
manusia akan sunyi
dengan janji...
manusia akn berharap

angin akan tetap berlalu pergi,
angin akan terus terbang bebas.

jgn sesekali bharap pada sang angin...
kerana,
mmg begitu prinsip hidupnya.
mmg begitu kejadiannya.
biarkan sang angin terbang tggi d awan biru.
sesekali
dia pasti menyapa tanah juga.

berharap pada angin,
seperti bharap pd tin k0song...
bunyinya kuat.
tp,
dlmnya hanya tinggal karat.

tanpa kejujuran dan janji,
hiduplah manusia seperti layang2 yg tputus tali
yang tiada arah tujuan
akan trs terbang melayang
dan akan tsungkur dgn sia2.
ketika itu
br akan tsedar
betapa tingginya langit
dan
betapa rendahnya bumi.

bumi akan sntiase bputar
seperti r0da
jika hari ini kte masih mmpu tsenyum atas kesakitan org lain.
bl0m tntu esk senyuman itu msh trukir indah.
.
.
.
~f0rgive n f0rget~

Saturday, July 25, 2009

ini hanya mmpi

.
mcari erti hidup yg sebenar bukan mudah
jika tsilap langkah,
psti bencana yg dtg menimpa.
.
tatkala hati direndung kesakitan,
cuba memujuk diri
agar trs bsabar
agar jgn g0yah dgn dugaan
agar tidak mngalah dgn cubaan
agar tidak brundur dgn kekalahan
.
hati trs d palit dgn ksdhn
tnpa memberi ruang dan peluang
andai dahulu sering mnghulurkan peluang tanpa d minta
tetapi kini,
ketika diri mminta pula peluang itu,
trs d campak jauh.
tanpa sedikit p0n rs belas kasihan.
tanpa sedikit p0n rs simpati.
.
ketika diri mula brasa tenang,
mngumpul semula semangat dan kekuatan,
bsedia utk memaafkan segala kesilapan,
sggp melupakan apa yg trjadi,
meletakkan segala kesalahan pd diri sndiri,
membuang rs eg0 d gntikan dgn rndh diri,
semata-mata kerana ingin trs d kasihi.
.
tatkala hati sedang merintih sayu,
mm0hon seribu kekuatan agar dtg menyinggah,
mm0hon seribu kemaafan agar tidak brakhir begini,
mm0hon seribu keampuan atas segala kekhilafan,
sem0ga ade ruang dan peluang.
.
d0akan yg terbaik
segalanya tserah kdp Tuhan,
sm0ga hambaNya akn mampu btahan.
selagi ade rs yg ttanam di benak hati.
.
jgn biarkan ia hilang.
d0akanlah agar ia ttp bkekalan.
smoga akan trs ada sinar harapan.
.
sm0ga ini hanya sebuah mmpi ngeri,
yg akan pergi tatkala mentari kembali.
.
~aku akan pulang~

Friday, July 17, 2009

...takdir...

.
Apabila takdir kurang bpihak pd diri, rs kecewa pasti akan hadir. Rasa malang sentiasa menyinggah di hati. Kita mula mengimpikan pelbagai perkara yg lebih indah.
.
Apabila takdir yg dtg membuatkan kita kecewa, kita akan berasa Tuhan itu zalim. Menyeksa hambaNya yang daif. Mengapa kita yg dipilih? Mengapa bukan insan lain?
.
Apabila takdir yang dtg itu tidak langsung di duga, kita akan menjadi lemah. Sehinggakan kita lupa bahawa, Tuhan tidak akan menganugerahkan sesuatu dugaan kepada hambaNya jika Dia tidak merasakan hambaNya itu mampu untuk menghadapi dugaan seberat itu.
.
Apabila takdir yang datang semakin memakan diri, kita akan menjadi celaru. Tidak tahu usaha apa yg perlu dilakukan. Tidak tahu bagaimana utk menepis segalanya. Tidak tahu bagaimana utk mengurai kekusutan. Tetapi, benarkah takdir itu sememangnya utk kita atau sekadar satu persinggahan yg dtg semata utk menguji kesabaran dan keimanan?
.
Apabila takdir yang datang seperti suatu hukuman, kita akan tertunduk sayu. Mula menyedari dosa-dosa silam. Mula mengambil ikhtibar agar tidak mengulanginya lagi. Namun, ia akan tetap menyelubungi hidup selagi mata terus mampu dibuka.
.
Apabila takdir yang dtg akibat salah percaturan, siapa sebenarnya yang harus dipersalahkan. Diri? Hati? Tuhan? Atau siapa? Mula menc0ngak2… jika itu, jika ini, jika sebaliknya, jika dahulu, jika…jika…jika…dan jika…
.
Terlalu sukar untuk mengenali insan lain. Terlalu sukar untuk memahami insan lain. Terlalu sukar untuk mempercayai insan lain. Terlalu sukar untuk segalanya…
.
Betapa kesalnya diri kerana sehingga kini gagal memahami perasaan sendiri. Tetapi sibuk mahu memahami perasaan insan lain. Tahukah diri… kita tidak mampu untuk membaca isi hati manusia lain? Jika mampu sekali pun…ia tidak semestinya tepat.
.
Sehingga kini, masih terus berharap agar harapan yang dibina tidak hancur begitu sahaja. Sehingga kini, masih terus berharap agar doa yang dipinta tidak akan terhenti. Sehingga kini, masih terus berharap agar ada keajaiban yang menjelma. Sehingga kini, masih terus berharap agar hati masih mampu bertahan. Sehingga kini, masih terus berharap apa yang diimpikan akan tercapai jua. Sehingga kini, masih terus berharap agar kaki tetap kaku di sini. Sehingga kini, masih terus berharap agar segala kesabaran ini akan dibayar dengan kegembiraan. Sehingga kini, masih terus berharap agar keputusan semalam bukanlah suatu kesilapan.
.
Hati ini terus dihimpit dengan kepahitan.
Dengan kekecewaan.
Dengan pengharapan.
Dan ada ketika dihimpit dengan kesedihan yang maha hebat.

Tuesday, July 14, 2009

+kehidupan ini...+


S
eringkali manusia itu d uji ketika melintasi perjalanan kehidupannya. Pelbagai cabaran yang datang melanda. meratah kesabaran manusia satu-persatu. kadang2 kamu terasa mahu berundur dan melupakan segalanya. Memulakan episod yg baru. Mengharapkan hari esok lebih indah.


Semakin kamu sebagai manusia mendekati Pencipta. semakin kerap tangan d tadah memohon kepadaNya. Semakin kamu akan diuji dan jatuh tersujud. Kerana segala yang dipinta tak datang dengan segera. Segala yang d ingini bukan di beri dgn sekelip mata, segala yang d hajati bukan dtg tanpa usaha. Manusia sering bersedih. Menangisi dengan nasib diri. meratapi takdir yg diberi. Langsung lupa bahawa, Allah tidak memberi apa yang kamu mahu,,tetapi Allah memberi apa yang kamu perlu..

Tatkala kamu berdiri sayu, ketika ujian dtg menimpa bersilih ganti, ketika hatimu di sakiti, ketika keinginanmu tidak tercapai, ketika hari2mu diselubungi kesayuan. Jangan terus bermuram duka, Allah tidak akan sengaja mentakdirkan segalanya untuk sesuatu yang sia-sia, bukan Dia tidak tahu betapa deritanya hidup kamu, betapa terseksanya jiwa kamu merintih, betapa retaknya hati kamu, tetapi mungkin itulah yang Dia mahu kerana Dia tahu hanya hati yang sebeginilah yang selalunya lebih dekat dan akrab denganNya..

Redhalah ketika ada yang menyakitkan hati kamu, kerana dialah yang memberi ketabahan pada hatimu, redhalah ketika ada yang menipu kamu, kerana dialah yang akan mengajar kamu utk lebih berhati-hati, redhalah ketika kamu tidak di endahkan, kerana dialah yang akan memupuk hati kamu supaya lebih berdikari, redhalah ketika ada yang menyeksa kamu, kerana dialah yang akan mengajar kamu erti kesabaran.

Bersyukurlah dengan segala ketetapan Tuhan. Bersyukurlah dengan segala kurniaan dari Maha Esa. Bersyukurlah dengan segala anugerah dariNya. Bersyukurlah dengan segala kesedihan dan kegembiraan dari Allah.


Kadangkala kita perlu menangis supaya kita tahu,
di dunia ini bukan hanya ada gelak ketawa
.

Friday, June 12, 2009

::kERAnA HAtI inGiN dImengERti::

.
MyEm0.Com
.
Hati sering mengeluh...mengapa terlalu sukar utk bertahan? mengapa kesabaran sering di uji dan ketabahan pula sering di cabar?
.
Hati sering mengeluh...minta di fahami. kita bukan sahaja sukar untuk memahami org lain...kita juga sukar utk memahami diri sendiri. kita bukan sahaja sukar untuk menilai keperibadian org lain....tetapi kita juga sering tersalah menilai keperibadian diri sendiri.
.
Hati sering mengeluh...terlalu sukarkah permainan hati ini? mampukah diharungi hingga keakhirnya? manusia sering terfikir....jika mengalah tandanya kita kalah. tanpa mereka sedari, berundurnya diri tidak semestinya kita tewas. berundurnya diri tidak berertinya kita tidak berani. berundurnya diri tidak bererti kesabaran kita sudah smpai kepenghujungnya.
.
Hati sering mengeluh...tahu mengapa Allah menghilangkan matahari lalu memberikan kita hujan? kerana Dia mahu menghadiahkan kita sang pelangi yg berwarna warni yang mampu membuat kita tersenyum. tahu mengapa Allah tidak menunaikan kesemua permintaan kita? kerana Dia lebih tahu, mn yg lebih el0k utk kita. lalu diturunkan pula nikmat yg lain kepada insan yang berduka dan ia akan membuatkan kita utk lebih mengsyukurinya.
.
Hati sering mengeluh...ketika kita sedang kecewa, manusia akan merasakan dunia ini terlalu kejam utknya. lalu dia meminta agar nyawanya ditarik oleh Maha Pencipta. tahukah dirinya bahawa...dunia masih memerlukan dirinya? peluang utk hidup hanya sekali...dan jika nyawanya ditarik tidak akan dikembalikan lagi.
.
Hati sering mengeluh...kdg2 diam itu lebih besar maknanya. dr cuba melahirkan rs hati tanpa mahu didengari oleh siapa-siapa. namun, salahkah diri andai meminta luahan rasa ini didengari oleh insan yg diharapkan mampu mengerti? salahkah diri andai sekali sekala minta dilayan dgn baik dan dipujuk ketika rajuk?
.
Hati sering mengeluh...memerhatikan sekeliling. ada rasa yang disembunyikan. ada luahan yang terpaksa dipendamkan. andai kata sebegini takdir yang telah ditetapkan. berhentilah hati dari terus mengeluh. ketahuilah duhai hati...bukan kamu sahaja yang sering keluh kesah. cuba lihat rakan2mu, mereka juga sama. kamu mmg telah diciptakan utk mnjadi permulaan segalanya. membentuk manusia menjadi jahat mahupun baik. kerana segalanya bermula darimu. manusia hanya melak0nkan sahaja.
.
Hati sering mengeluh...janganlah diri ini terus menjadi lemah. janganlah diri ini terus menangisi kekecewaan. janganlah diri ini terus meratapi kepedihan. janganlah diri ini terus mengharapkan ketidakpastian. ssungguhnya, semuanya bersifat sementara. kasih syg manusia juga sementara. hari ini sayang, tidak bermakna es0k juga disayangi. hari ini memerlukan, tidak bermakna esok diperlukan. hari ini memuja, tidak bermakna esok tidak dikeji, hari ini rindu, tidak bermakna esok masih diingati. hari ini cinta, tidak bermakna esok tidak dibenci. hari ini berjanji, tidak bermakna es0k tidak dimungkiri.
.
Hati sering mengeluh...
tanyalah pada hati,
mampukah diri terus menyinari hari2 sendiri?
tanyalah pada hati,
benarkah diri ini tidak mampu berdiri sendiri?
tanyalah pada hati,
benarkah diri ini masih dikasihi?
tanyalah pada hati,
benarkah diri diperlukan lagi?
.
.

Wednesday, April 22, 2009

Rama2

SmileyCentral.com

Rama-rama yang mahu terbang tinggi
sy sgt suke pd rama2
die bwarna warni
sntiasa indah bila memandang
b0leh terbang tinggi
namun,
tidak segan tatkala duduk d bwh

Rama-rama yang mahu terbang tinggi
sering terbang ke hulu ke hilir
dia ada arah tujuannya
namun,
manusia lain tidak mengetahuinya
tidak pernah bangga dgn keindahan diri

Rama-rama yang mahu terbang tinggi
tatkala sayapnya patah
walaupun hanya pada sebelah
rama-rama akan hilang punca
tidak dpt terbang tinggi lagi
namun,
rama-rama meneruskan hidupnya
kerana dia tahu
bukan d langit saja ada kehidupan
d bumi juga kehidupan boleh d cipta

Rama-rama yang mahu terbang tinggi
jadilah sepertinya
byk sifat yang boleh d puji
tidak pernah putus harapan
ttp bseri walau tidak dpt terbang tinggi
tidak angkuh pd kelebihan diri

rama-rama...
sy sgt suka kpdnya!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...