Pages

Tanpa Suara Tetap Boleh Didengari

Friday, June 12, 2009

::kERAnA HAtI inGiN dImengERti::

.
MyEm0.Com
.
Hati sering mengeluh...mengapa terlalu sukar utk bertahan? mengapa kesabaran sering di uji dan ketabahan pula sering di cabar?
.
Hati sering mengeluh...minta di fahami. kita bukan sahaja sukar untuk memahami org lain...kita juga sukar utk memahami diri sendiri. kita bukan sahaja sukar untuk menilai keperibadian org lain....tetapi kita juga sering tersalah menilai keperibadian diri sendiri.
.
Hati sering mengeluh...terlalu sukarkah permainan hati ini? mampukah diharungi hingga keakhirnya? manusia sering terfikir....jika mengalah tandanya kita kalah. tanpa mereka sedari, berundurnya diri tidak semestinya kita tewas. berundurnya diri tidak berertinya kita tidak berani. berundurnya diri tidak bererti kesabaran kita sudah smpai kepenghujungnya.
.
Hati sering mengeluh...tahu mengapa Allah menghilangkan matahari lalu memberikan kita hujan? kerana Dia mahu menghadiahkan kita sang pelangi yg berwarna warni yang mampu membuat kita tersenyum. tahu mengapa Allah tidak menunaikan kesemua permintaan kita? kerana Dia lebih tahu, mn yg lebih el0k utk kita. lalu diturunkan pula nikmat yg lain kepada insan yang berduka dan ia akan membuatkan kita utk lebih mengsyukurinya.
.
Hati sering mengeluh...ketika kita sedang kecewa, manusia akan merasakan dunia ini terlalu kejam utknya. lalu dia meminta agar nyawanya ditarik oleh Maha Pencipta. tahukah dirinya bahawa...dunia masih memerlukan dirinya? peluang utk hidup hanya sekali...dan jika nyawanya ditarik tidak akan dikembalikan lagi.
.
Hati sering mengeluh...kdg2 diam itu lebih besar maknanya. dr cuba melahirkan rs hati tanpa mahu didengari oleh siapa-siapa. namun, salahkah diri andai meminta luahan rasa ini didengari oleh insan yg diharapkan mampu mengerti? salahkah diri andai sekali sekala minta dilayan dgn baik dan dipujuk ketika rajuk?
.
Hati sering mengeluh...memerhatikan sekeliling. ada rasa yang disembunyikan. ada luahan yang terpaksa dipendamkan. andai kata sebegini takdir yang telah ditetapkan. berhentilah hati dari terus mengeluh. ketahuilah duhai hati...bukan kamu sahaja yang sering keluh kesah. cuba lihat rakan2mu, mereka juga sama. kamu mmg telah diciptakan utk mnjadi permulaan segalanya. membentuk manusia menjadi jahat mahupun baik. kerana segalanya bermula darimu. manusia hanya melak0nkan sahaja.
.
Hati sering mengeluh...janganlah diri ini terus menjadi lemah. janganlah diri ini terus menangisi kekecewaan. janganlah diri ini terus meratapi kepedihan. janganlah diri ini terus mengharapkan ketidakpastian. ssungguhnya, semuanya bersifat sementara. kasih syg manusia juga sementara. hari ini sayang, tidak bermakna es0k juga disayangi. hari ini memerlukan, tidak bermakna esok diperlukan. hari ini memuja, tidak bermakna esok tidak dikeji, hari ini rindu, tidak bermakna esok masih diingati. hari ini cinta, tidak bermakna esok tidak dibenci. hari ini berjanji, tidak bermakna es0k tidak dimungkiri.
.
Hati sering mengeluh...
tanyalah pada hati,
mampukah diri terus menyinari hari2 sendiri?
tanyalah pada hati,
benarkah diri ini tidak mampu berdiri sendiri?
tanyalah pada hati,
benarkah diri ini masih dikasihi?
tanyalah pada hati,
benarkah diri diperlukan lagi?
.
.

No comments:

Post a Comment

Tulis-tulis...nanti saya baca.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...