Pages

Tanpa Suara Tetap Boleh Didengari

Sunday, December 12, 2010

...Andainya Dia Tahu -4

PEMILIHAN perlakon teater. Wah, bestnya! Jerit hati Suci. Dia sememangnya sangat meminati teater. Di sekolahnya dulu, Suci juga agak aktif berteater.

“Aku mesti daftar ni sebelum penyertaan itu penuh!” Suci penuh semangat. Kakinya terus melangkah menuju ke bilik pensyarah teaternya. Ramai juga yang mahu mendaftar. Banyaklah persaing nanti.

“Hai budak senget!,” suara yang amat Suci benci berbunyi lagi!

Dia menoleh ke arah suara sumbang itu. Sakitnya hati Suci melihat lelaki ini. Kenapalah dia muncul dalam hidup aku? Benci!

“Takkan nak cakap sorang-sorang je? Cakaplah dengan saya ni…,” lelaki asing tu menyengih. Sejibik macam kerang busuk!

Giliran Suci mendaftarkan diri. Dia langsung tidak menghiraukan lelaki asing itu. Menyampah. “Lantaklah apa kau nak kata kat aku,” bisik hati Suci.

Selepas mengisi boring, Suci terus meninggalkan tempat itu. Dia dapat melihat pelajar yang ada di situ semuanya riang bercerita tentang pengalaman dan impian untuk memegang watak utama. Dia hanya mampu tersenyum. Tidak tahu mahu berkongsi cerita dengan siapa. Seronoknya kalau ada teman karib seperti dahulu. Macam-macam boleh cerita. Cerita yang tak ada pun diada-adakan.

Begitulah Suci dengan teman karidnya. Kuat berangan! Suci tersenyum apabila kenangan lama menyapa ingatannya kini. Di sekolah dahulu., dia seorang yang sangat aktif. Suci cukup terkenal. Sering mewakili sekolah dalam pelbagai pertandingan. Memang seronok. Ada kawan-kawan yang sekepala. Cikgu-cikgu yang sporting. Semuanya terasa seronok.

“Senyum sorang-sorang lagi awak ni Suci. Awak ada tekanan perasaan eh?,” lelaki asing itu tersenyum sinis.

Mamat ni lagi! Tak boleh ke kalau dia tak kacau aku? Suci kurang senang dengan kehadiran lelaki ini. “Kau nak apa sebenarnya?,” Suci menyusun patah-patah perkataan.

“Nak awak boleh? Tapi sebelum tu saya ‘perbetulkan’ awak dulu,” lelaki itu ketawa. Seakan mengejek.

Sakit hati! Merah padam muka Suci. Malu. Tanpa Suci sedari air matanya menitis. Dia bingkas bangun meninggalkan lelaki asing itu.

Lelaki itu tiba-tiba terus terdiam. Langsung tidak bersuara. Mungkin dia terperanjat melihat tangisan Suci. Jika tidak pun lelaki itu sudah berasa insaf. Mungkin juga dia sedang bergembira atas nikmat kemenangannya menyakitkan hati orang lain. Lantak dialah! Hati Suci sedang meratap sayu.

Suci sememangnya dari kecil lagi mudah menangis. Dia sendiri tidak tahu mengapa. Hatinya mudah terusik. Bukan sengaja dibuat-buat. Memang Suci dilahirkan begini. Mungkin.

Bersambung...

No comments:

Post a Comment

Tulis-tulis...nanti saya baca.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...