Pages

Tanpa Suara Tetap Boleh Didengari

Monday, December 27, 2010

...Sekali sekala mahu jadi mulia juga...

"Awak boleh mengajar agama Islam?"

"Saya sendiri pun tak betul lagi Datin, macamana nak cakap pasal agama?"

******

Nak tahu apa? Saya kena mengajar agama Islam. Huh... Saya tarik nafas dalam-dalam. Mahu terima, saya tak cukup arif bab-bab agama. Saya sendiri pun tak berapa betul lagi. Macamana nak kasi anak orang betul? Mahu tolak, nanti dikatakan saya ni guru yang tak berwibawa. Tak serba boleh. Tak akan nak mengajar subjek sendiri je.

Saya terdiam beberapa minit. Fikirkan jawapan yang sewajarnya. Keputusan saya yang satu ni akan mengubah keseluruhan perjalanan kerjaya saya nanti.

Kalau saya tolak, saya akan dipindahkan mengajar di sesi petang. Akan menjadi guru kelas tingkatan 2. Kelas ketiga hujung. Pelajarnya memang sangat mencabar. Pelajarnya "unggul" dalam pelbagai bidang. Bersesuaianlah dengan nama kelasnya "UNGGUL".

Dan kalau saya terima. Saya akan tetap mengajar di sesi pagi. Menjadi penyelaras tingkatan 4, Mengajar 3 subjek lain. Menjadi guru kelas tingkatan 3. Dan kelas tu antara kelas-kelas hadapan. Semuanya seperti perancangan awal.

Memang kalau saya 'terima', perjalanan kerjaya saya akan menjadi lebih mudah. Mudah untuk mendapat lebih banyak pengalaman. Dan bila sudah bergelar 'berpengalaman', mudah pula untuk memohon kenaikkan gaji. Untung bukan?

Tapi akhirnya, saya sedar sesuatu. Itu bukan tujuan utama saya bila sudah bergelar GURU. Ya, saya bukan seorang insan yang terlalu mulia. Saya tidak terlalu baik. Dan saya juga kadang-kadang merasakan DUIT itu terlalu penting untuk segalanya.

Tapi kini saya merasakan ada yang lebih utama. Ada yang lebih penting. Pelajar saya adalah keutamaan. Kalau saya tamak. Saya sudah menerimanya. Mengajar apa sahaja walaupun saya tidak begitu arif. Segalanya boleh berpandukan pada buku. Apa susah. Lagipun saya bukanlah seorang yang buta Jawi.

Namun, saya sedar... Mengajar ini bukan sesuatu yang boleh dianggap mudah. Jika saya salah asuhan, pelajar saya yang akan menjadi mangsa. Mungkin andai diberi subjek Matematik sekali pun, saya akan cuba mendalaminya. Tetapi subjek Agama bukan subjek yang boleh dibuat main. Tidak boleh didalami secara luaran sahaja. Dalaman juga perlu diperincikan. Dan itulah yang lebih penting.

Saya dengan senang hati melepaskan segala peluang di depan mata. Saya berikan pada rakan saya yang lebih layak. Tak mengapa andai dia lebih dahulu mengutip pengalaman yang banyak. Saya akan ikut dari belakang.

Biar kita naik dengan cara perlahan, yang penting saya tidak mahu menjadi seperti seekor ketam. Dan saya juga tidak mahu menjadi terlalu tamak. Mungkin kali ini bukan rezeki saya.

Entah mengapa, dada saya terasa lapang.

2 comments:

  1. salam

    tahniah, anda telah meletakkan sesuatu itu di tempat yang hak :)

    ReplyDelete
  2. wooowww.. x sangka hg d beri kepercayaan tuk mgajar Pndidikan Islam.. hehe..

    ReplyDelete

Tulis-tulis...nanti saya baca.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...