Pages

Tanpa Suara Tetap Boleh Didengari

Wednesday, December 1, 2010

...Lampu oh lampu...

Dah dua malam saya tidur lewat. Walaupun mata ni memang ngantuk, tapi terpaksa gagahkan juga. Bukan sebab saya ada kerja penting. Tapi sebab lain. Bila sampai je waktu tidur, saya mesti mengeluh panjang. Rasa macam tak sabar nak siang. Tak mau tidur. Boleh ke?

Ni semua sebab mentol lampu tidur saya terbakar. Lepas tu pinjam lampu tidur adik saya, dah 2 hari dia bawa balik rumah sewa dia. Tinggallah saya melopong.

Susah betullah jadi orang yang takutkan gelap. Serius, saya sangat takutkan gelap. Tak tahulah kenapa. Bila gelap saya tak nampak apa-apa. Tu yang risau je hati tu.

Jadinya, semalam dan malam ni saya tidur tak tutup lampu bilik. Cerah satu bilik. Tak best jugak rasanya. Tidur pun jadi tak lena. Tapi tak lena pun bila siang tak mau bangun jugak kan...hehehe

Oklah, waktu wajib tidur dah ni. Tapi sebelum tu saya nak berangan nak ada bilik tidur macam gambar kat bawah ni.


Cun tak? Korang suka tak?

Saya suka! Bukan sebab katil dia yang cantik tu. Bukan juga sebab langsir dia yang mahal tu. Tapi sebab ada lampu tidur kat sebelah katil tu.

Saya sangat perlukannya waktu ni...


2 comments:

  1. pasg lampu lip-lap-lip-lap la pasneyh...
    meriah cam ary raye je t...
    ^_^

    ReplyDelete
  2. hahahaha...mau jiran2 tgk pelik. :D

    ReplyDelete

Tulis-tulis...nanti saya baca.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...