Etnry sebelum ni saya memang sangat excited bercerita kononnya saya ni akan busylah kan. Tapi...macam kelakar sebab sekarang ni saya sedang goyang kaki je kat rumah. Sambil diketawakan oleh kawan saya yang sorang ni.
Ada ubi ada batas Cik Kema. Silalah gelakkan lagi.
Memang padan muka saya. Dari hari tu lagi tak henti-henti gelakkan dia. Mula-mula gelakkan sebab dia posting jauh dengan pakwe dia. Lepas tu bertambah kuat gelak saya bila dia kena posting kat sekolah cina.
Hehehehehe.. <---tapi saya gelak sopan je.
Dan hari ni, dia gelakkan saya pula! Ohh...rasa macam nak putus kawanlah. hahaha
Tak adalah. Aktiviti gelak menggelak ni biasalah kan. Aku gelak kau, kau gelak aku. Kalau rasa tak boleh digelakkan jangan duk berkawan dengan oranglah kan. :P
- Adibah Amir ye ke..bestnyer dia... ngajar apa??? adib plak kena petang ngajar BM,sains dan budak peralihanabout an hour ago ·
- KAseh Abdul Aziz kak bib smpai skrg x kenal lg sape pngetua. asyik jmpe dgn krani je...;p46 minutes ago ·
- Aini Syahidah Ateh adib : ajar kimia...huhu
kak bib : hehe..pengetua nk wat surprise kot ngan akak..hehe36 minutes ago ·
Seronoknya semua dah tahu. Mengajar apa. Kelas mana. Sesi pagi ke petang. Memanglah mereka boleh bergumbira dah.
Tapi saya? Pengetua pun saya tak kenal siapa. Ni kan pula nak tahu mengajar apa. Kelas mana. Kelab lagilah jauh.
Ok...J0m sambung goyang kaki!
waaah;) dah jadi cikgu:) dulu di upsi ke?:)
ReplyDeletea'ah....dl study kat upsi. br je jd cikgu ni. smgt p0n bk0bar2 lg. hik3
ReplyDeletehehe..nama ateh ada di situ..
ReplyDeleteda b0rak kat wall ateh... :P
ReplyDelete