Pages

Tanpa Suara Tetap Boleh Didengari

Monday, November 1, 2010

...Hipokrit baik atau sebaliknya?...

Semalam, waktu minum petang. Kakak dan abang saya berboraklah. Abang saya bercerita tentang kisah seorang budak perempuan yang seksi tak hingat. Katanya, sudahlah seksi. Lepas tu bangga tak kena tempat.

Yang abang saya sangat marah tu, bila budak-budak zaman sekarang ni suka cakap...

"Aku tak hipokrit. Aku tunjukkan kat semua orang sapa aku. Semua tahu aku memang suka pakai macam ni! Lagipun kubur masing-masing."

Abang saya komen, kenapa suka tunjukkan keburukan diri sendiri?

*************

Saya mengaku kebenaran kata-kata abang saya ni. Sudah buat benda tak betul, kenapa tidak sembunyikan? Saya tidak mengata orang lain. Saya mengata pada diri saya sendiri.

Kadang-kadang bila saya tunjukkan siapa diri saya yang sebenar, saya selalu katakan...

"Tak apa. Jangan jadi hipokrit."

Sedangkan keburukan itu perlu saya sembunyikan. Jadi diri sendiri tak salah. Asalkan kita pada hukum yang betul. Tapi bila sudah melanggar hukum, memang saya jangan hipokrit. Tapi sebaliknya lebih baik saya perbaiki. Kan?

Contohnya ketika saya praktikum dahulu, rakan-rakan praktikum saya hampir kesemuanya memakai 'stokin tangan'. Ialah, wanita seharusnya hanya nampak muka dan pergelangan tangan sahaja. Tapi saya memilih untuk tidak memakai 'stokin tangan' itu. Sebab saya rasa saya tidak perlu menjadi hipokrit.

Lagi pun, saya takut andai diri saya tidak dapat kekalkan identiti itu bila sudah tamat praktikum nanti.

***************

Baik atau tidak bersifat hipokrit tu saya sendiri tidak tahu tahapnya. Mungkin setiap orang ada pendapatnya yang tersendiri.

9 comments:

  1. hipokrit pun kne bertempat juge...yup knape nk tunjuk keburukan kite kan...keburukan yg Allah pun larang... :)

    ReplyDelete
  2. betoi dalia. tapi lumrah manusia, byk alasan. hehehe

    ReplyDelete
  3. A'ah la...sama tajuk tp lain kupasan..
    Bab2 hipokrit ni terpulang pd masing2..
    Ape pengertian hipokrit pada mereka..

    ReplyDelete
  4. yup...sgt susah nak fahami mksud 'hipokrit'. sbb masing2 ade pndapat masing2.

    ReplyDelete
  5. hahaha...xhipokrit konon..jwb la akhirat nati..

    ReplyDelete
  6. biarpun hipokrit bib.. tp klu dah lengan tu aurat, kena la tutup.. dah termaktub dlm al-quran...

    ReplyDelete
  7. fawez---> hipokrit ye budak..bukan blue hypo. hehehe

    ak---> ops! baik ak. ;p

    ReplyDelete

Tulis-tulis...nanti saya baca.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...