Pages

Tanpa Suara Tetap Boleh Didengari

Monday, November 8, 2010

...Kasih sayang saya tidak berbalas...

Pagi-pagi isnin lagi dah dengar banyak keluhan kawan-kawan. Isunya tetap sama. POSTING. Huh...saya dah naik jelak dan muak.

Eh, tapi bukanlah dengan kawan-kawan saya. Tapi dengan isu posting ni lah. Penatlah nak fikir.

Tapi bila ada yang tanya saya, jawapan saya mudah...

"Saya = Berhenti berharap"

Ada juga kawan-kawan saya yang cakap saya ni ambil mudah. Tak takut. Mahunya tak takut. Saya ni sebenarnya lagi takut dari mereka-mereka. Cuma saya tak tunjuk. Saya kan suka belakon jadi gagah. Dah lupa? kih3

Tak adalah. Sebenarnya saya dah bosan dengan pihak-pihak atasan ni. Saya memang awal-awal angkat bendera putih kalau hal berkaitan dengan birokrasi. Penat nak tunggu satu demi satu. Sangat menyusahkan dan merimaskan.

Lagipun, tentang posting ramai yang cakap "rezeki". Ya, saya tahu dan pecaya dengan hukum itu. Tapi kadang-kadang saya rasa rezeki manusia bawahan selalunya ditindas oleh orang atasan. Rezeki Tuhan sepatutnya kita kongsikan bersama. Tapi ada juga yang tak mahu buat begitu. Masih mahu lagi berpegang pada prinsip :tunggu nak lihat. Semuanya rezeki: ???

Kadang apa yang orang atasan buat jarang mahu fikirkan tentang orang bawahan. Fikirkan, sah laku interview guru sandaran terlatih pada bulan 8 adalah sehingga 31 Mac 2011. Makna, posting kami akan berperingkat- peringkat. Baik. Saya akur. Tapi selepas 31 Mac jika tiada panggilan lagi, perlu mengambil interview sekali lagi. Jadi mana relevannya keputusan interview yang lepas? Apa motif interview berpuluh kali sedangkan perlu menjawab soalan yang sama?

Alasan mereka kerajaan tiada bajet untuk postingkan kami sekaligus. Baik. Saya cuma fahami sebaiknya. Tapi masih buntu. Kemana hilangnya duit rakyat yang perlu membayar pelbagai jenis cukai. Oh, lupa. Harga minyak akan naik lagi kan? Kad kredit pun sudah dikenakan cas. Bukan cas servis je. Tapi cas lain. Sila semak bil kad kredit anda.

Tak ada duit. Tapi buat perhimpunan besar-besaran ada pula duitnya.

Letih. Insan yang kaya akan terus menjadi kaya. Dan miskin akan terus mewarisi kemiskinan. Itu hukum manusia kini.

Saya sayang orang atasan. Kalau boleh nak cium-cium mereka. Tapi mereka yang tak sayangkan saya. Jadi macamana? Kasih sayang saya tidak berbalas.


9 comments:

  1. bestnya en3 ni.. aku copy la smpn dlm en3 aku.. huhu

    ReplyDelete
  2. hahaha.. aku taip kembali la.. hahaha

    ReplyDelete
  3. ceh rajin x btempat. lg baik hang taip entry lain. hahahahaha

    ReplyDelete
  4. 1) Upsi memang lambat kasi posting.. lalala~

    2) duit?? ada jer laa... bajet 2011: kelulusan directly to Projek Permata Pintar tanpa melalui kelulusan kementerian hal ehwal pembangunan wanita dan kebajikan sebanyak RM 111 juta. hehehe~

    3) rezeki seharusnya dikongsi.. namun bila dikaut oleh pihak atasan, macam mana? masih tak menafikan akak dapat rezeki gak.. tapi lambat sikit ar.. org atasan pulun kan.. biar terkelat-kelat depa menjawab esok lusa.

    4) belajar lagi senang dari mengajar~ hihihihi~

    ReplyDelete
  5. aku taip tajuk en3 lain tp isi hg.. haha.. so nti aku bg kredit kat hg.. hahaha

    ReplyDelete
  6. fawez---> 1,2,3,4 jawapan akak tetap 1 je, rezeki ade...tp manusia yg ske mjatuhkan hukuman pada manusia lain. dgn kata lain, manusia ske mcuri rezeki org lain. Kejam! ;p

    a.k---> baiklah, dgn syarat sila pr0mosi bl0g aku. hahahaha

    ReplyDelete
  7. laaa..awang copy dari kamu eh..hehehe..
    takpe..doa byk2..insyaAllah ada rezeki kita semua..aminnn =))

    nice blog..rase cam mood in love di awang-awangan..eh..awang lagi??haha =P

    ReplyDelete
  8. ien-> betul 2. d0a sj. usaha dahkan. moga Tuhan tlg kita. ^_~

    ReplyDelete

Tulis-tulis...nanti saya baca.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...