Pages

Tanpa Suara Tetap Boleh Didengari

Tuesday, November 16, 2010

..."Kawan"...

Pagi-pagi lagi telefon saya dah berbunyi. Macam-macam meseg yang saya dapat. Bukan meseg ucapan hari raya korban. Tapi meseg yang bertanyakan bermacam-macam.

Saya mengeluh panjang. Tapi saya tak salahkan mereka. Saya juga bukan mengeluh sebab soalan-soalan dari mereka. Tapi saya mengeluh bila fikirkan karenah birokrasi. Ya, sekali lagi saya rimas kerana yang satu ni.

Kawan-kawan kelas saya semasa di UPSI dahulu boleh dikatakan hampir kesemuanya dari Kelantan,Terengganu, Sabah dan Sawarak. Saya seorang sahaja dari Selangor.

Bila mahu posting dahulu, saya memang dah yakin saya akan dapat Selangor. Kerana saya satu-satunya pelajar dari Selangor dalam aliran tu. Banggalah sekejapkan cik Senah! kih3... Orang pun tak susah nak kenal dengan saya. Cakap je budak Selangor, tahulah mereka.

Dan masa tu juga, tak ramai yang mahu berkawan dengan saya. Mereka selalu cakap,

"Dia budak bandar. Belagak!"

Ok. Saya tak kisah walaupun bagi saya mereka terlalu awal memberi tanggapan kepada saya. Mungkin juga kerana saya orang yang agak susah mahu berbual. Dan saya bukan orang yang peramah.

Jika mahu dikatakan saya "bandar". Saya tidak tahu celah mananya yang menampakkan "kebandaran" saya ni. Saya seperti mereka juga, berbaju kurung ketika ke kuliah. Dan saya sendiri tak pakai kasut tinggi atau bergaya lebih. Kalau dari segi gaya, saya memang kalah dengan mereka.

Semasa di semester satu, saya memang terasa sangat down. Setiap hari saya rasa sedih dan kalau boleh mahu minta tukar aliran. Tapi kerana minat, saya tutupkan mata, pekakkan telinga.

Dan pagi ini, rakan-rakan sekuliah saya yang dahulunya tak pernah mahu menegur saya, yang dahulunya menjeling bila memandang saya, menghantar meseg pada saya.

"Tahniah sebab dapat Selangor. "

Ucapan tahniah dari mereka??? Saya tergelak sendiri. Saya terus membaca meseg mereka.

"Boleh tak kau bagitahu aku pasal posting. Orang yang dapat Selangor kena berkumpul kat mana? Kol JPN tak angkat langsung."

Kali ni saya tak mahu gelak. Saya hanya mahu tersenyum. Itulah adat manusia, bila susah baru ingat kawan. Bila susah tahu pula no telefon saya. Bila susah baru mahu berkongsi masalah. Tulis meseg siap letak nama, walaupun saya sendiri terkial-kial nak fikirkan muka mereka. Budak kelas yang mana satu. ;p

Kalau ikut rasa hati saya, saya boleh je abaikan semua meseg-meseg mereka. Atau pun kalau saya mahu tunjuk baik sikit, saya balas je yang saya tak tahu apa-apa. Bukan mereka tahu saya tipu bukan? Sebab saya sendiri sampai sekarang tak dapat menghubungi JPN. Tiada jawapan. Mungkin pekerja-pekerja JPN sedang sibuk memilih lembu-lembu untuk dikorbankan pada esok hari.

Ada juga orang kata, JPN memang sengaja tidak mahu menjawab panggilan. Tapi apa tujuan mereka? Sedangkan KPM tulis besar-besar ..

"SILA HUBUNGI JPN NEGERI UNTUK SEGALA MAKLUMAN"

Tapi tak tahulahkan. Kenapa mereka tak tahu memberi kerjasama.

Berbalik pada cerita meseg tadi. Saya pun membalas pertanyaan teman-teman saya tu. Satu demi satu saya beri tahu. Saya bernasib baik kerana ada kawan yang tahu segala-galanya tentang posting ni. Jadi senanglah sedikit kerja saya.

Dan selepas balasan meseg-meseg saya itu, handphone saya tidak berbunyi lagi. Aik, diam macam tu je? Terima kasih tak ada?

Kalau saya jahat...dan kalau ikutkan rasa geram hati ni, mahu sahaja saya berikan maklumat yang salah pada mereka. Biar mereka tahu langit tu tinggi ke rendah. Biar mereka tunggu 4 tahun lagi untuk dipostingkan!

Ok, saya cakap KALAU. Tapi saya tak buat macam tu. Sebab MakSiti selalu pesan,

"Biar orang buat kita, jangan kita buat orang."

Baik mak!

No comments:

Post a Comment

Tulis-tulis...nanti saya baca.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...