22hb, iaitu semalam...terjawablah semua persoalan yang bermain-main dalam kotak minda saya dan rakan-rakan tentang sekolah yang diberikan kepada kami.
Fuhhh...saya menarik nafas lega bila terbaca nama sekolah yang tercatat dalam surat tawaran saya "SEK MEN KEB GOMBAK SETIA". Alhamdulillah. Bersesuaianlah dengan diri saya yang setia ni. :D
Sekolah ni tidaklah terlalu jauh dari rumah keluarga saya. Perjalanannya dalam 1 jam sahaja. Jadi mudahlah untuk saya nanti.
Yang kelakarnya, saya ingat lagi... Semasa zaman persekolahan, saya memang selalu kutuk sekolah ni habis-habisan. hahaha. Iyelah, sekolah saya dan sekolah Gombak Setia ni adalah musuh tradisi. Kiranya dulu sekolah Gombak Setia ni agak femes. Pantang masuk pertandingan apa pun, mesti menang.
Tup tup...ambik! Sekarang saya dah pun dengan rasminya menjadi salah seorang warga sekolah SMK Gombak Setia. Memang nak ketawa besar jugalah.
Masa melapor diri, saya sempatlah tinjau-tinjau sekolah ni kejap. Mak ai...saya tarik nafas panjang sekali lagi. Punyalah besar sekolah ni. Mahu makan tahun juga saya nak hafal tiap inci dan celah sekolah ni. Kat sekolah ni pelajarnya dari tingkatan 1 hinggalah tingkatan 6. Ada lebih kurang 3000 orang. Ramainya! Terkebil-kebil mata saya bila fikir tentang angka tu.
Tak tahulah berapa pula berat saya akan turun bila mula bertugas nanti. Dulu masa praktikum, sekolah yang besarnya sekangkang kera pun berat saya turun dengan banyak. Mana tak nya, setiap hari nak kena mendaki tangga. Nak pula tu, kelas yang saya mengajar jauh-jauh jaraknya. Masuk kelas kena tarik nafas panjang jugalah sambil lap peluh.
Dengar-dengar, pelakon kat atas ni sekolah kat Gombak Setia juga. Tapi tak tahulah kan. Saya pun tak berapa kenal sangat dengan dia ni. Cuma pernahlah tengok dia dalam tv. Selalu jugalah berlakon. Bolehlah nanti saya pujuk-pujuk dia kenalkan saya dengan mana-mana pengarah. hahahaha
Apa-apa pun, saya dah mula banyak kerja. Nak buat itu dan buat ini. Gaji saya pun dah mula dikira mulai semalam.
Nampaknya, terpaksalah tinggalkan blog ni kejap. Bersawanglah juga nampaknya nanti. Doakan eh semoga permulaan kerjaya saya ni berjalan dengan lancar.
wah! tahniah kak Ibah! dah bergaji sudey.. jeles2x.. dekat umah pula tu. hahahaha.. best nye dapat sekola kat negri sendiri. huhuhu
ReplyDeletethanks fawez... mmg syok bila tgk angka byk tang gaji kat surat tawaran. tp kejenye jgk byk. ;p
ReplyDeletelg srnk kat negeri sndiri. xpyh ssh2 nak mntak tukar nnt. xpe, fawez apply negeri sebelah kelantan. senng jgk nnt.