Pages

Tanpa Suara Tetap Boleh Didengari

Tuesday, November 23, 2010

...Sedih...

Malam- malam ni saya layan MukaBuku. Cakap dengan pakwe nak iron baju untuk esok. Last-last saya buka blog rasa macam nak tulis sesuatu. :D

Saya baru je buka video-video yang 'Cikgu Shida' mimingkan. Korang penah tengok tak? Ketawa terbahak-bahak???

Saya? sedikit pun tak rasa terhibur. Entahlah. Tak tahu di mana lawaknya tu semua. Tapi kalau korang rasa lawak. Tu terpulang. Silalah ketawa. Tak salah. heee~

Saya meneliti satu persatu komen peminat-peminat cikgu Shida ni. Tetiba ada satu komen ni sangat menarik perhatian saya.

"Etika perguruan menjadikan cikgu-cikgu seorang yang hipokrit."

Ya, memang betul. Saya sokong. Kerana itulah tugas seorang guru. Sebab apa? Sebab guru adalah pendidik anak bangsa. Nak mendidik orang lain, kenalah didik diri kita sendiri dulu. Kalau dah cikgu pun buat sesuatu yang menunjukkan kebodohan diri sendiri. Bagaimana nak didik orang lain menjadi pandai?

Saya tak tahu apa tujuan video sebegitu diadakan. Untuk publisiti atau memang benar-benar untuk menghiburkan orang lain yang terhibur itu. Jika untuk menghiburkan, jika untuk suka-suka... Saya berharap sangat gelaran "CIKGU" digugurkan. Cukuplah andai dia dikenali dengan namanya sahaja.

Saya takut, tindakan dia tu akan memberi pandangan buruk masyarakat kepada guru. Guru adalah badan profesional. Bukan boleh dibuat main sesuka hati. Silap-silap haribulan dia boleh diambil tindakan tatatertib.

Saya tak larang dia nak buat apa sahaja. Video yang macamana. Kalau dilarang pasti dikatakan itu hak peribadinya. Baik. Buatlah. Tapi jangan gunakan gelaran 'CIKGU'. Bila gelaran itu ada, ia membawa nama kesemua 'cikgu-cikgu' di Malaysia. Termasuklah saya.

Memang bagus jadi cikgu yang sporting. Tapi tak perlulah sehingga jadi bahan ketawa dan tontonan satu negara. Sporting biarlah bertempat. Sporting biarlah tidak memalukan orang lain.

Cikgu juga seorang manusia. Ini jawapan biasa. Betul, cikgu adalah manusia. Tapi seorang manusia itu setahu saya tidak akan memperlihatkan kebodohan dirinya sendiri. Manusia akan sentiasa menunjukkan kewarasannya dan sebolehnya membuktikan kebijaksaannya dalam segala tindakan.

Serius...saya sedih. Saya malu!

7 comments:

  1. kalo org shared entry ni kat FB, kak Ibah marah x? lalalalala~ :P

    ReplyDelete
  2. Kadang-kala perbuatan kita yang terdahulu mengajar kita erti sebuah pengalaman.

    ReplyDelete
  3. huhu..same la akk..mia tgk pon xtergelak sikit pon..huhu..stuju sgt, gugurkan 'cikgu' tu ape salah kan..adehh

    ReplyDelete
  4. stuju.. sypun benci ngan video die.. kawan2 slalu post dlm 'mukabuku'.. menyampah!!!

    ReplyDelete
  5. mula2 nak tulis psl ni...rasa takut jugak. iyelah, nak komen org yg ramai peminat ni risik0 utk d hentam blk amt tinggi. hehehe

    tp stiap kali tgk...hati ni rasa mcm ade ssuatu yang tsimpan. jd branikan diri luah jugak.

    fawez---> boleh siarkan. tp klu kena hentam dgn pminat2 die. ad0yyy.... ;p

    ReplyDelete
  6. i peminat dia ok... hahahaha

    ReplyDelete

Tulis-tulis...nanti saya baca.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...