Pages

Tanpa Suara Tetap Boleh Didengari

Saturday, November 6, 2010

..."Si Sombong"...

Saya terima lagi meseg dari seorang junior. Memohon maaf kerana bersangka buruk pada saya. Tapi saya langsung tidak hairan atau marah-marah. Bukan kerana saya mahu tunjuk baik. Tapi itu perkara biasa pada saya, "Si Sombong".

Memang saya tidak terkejut dengan apa yang diluahkannya. Dia bukan orang pertama.

Ya, memang saya sombong. Kerana saya bukan seorang yang peramah. Saya juga orang yang tidak kisah dengan orang sekeliling. Saya orang yang gemar buat hal sendiri. Tapi bukanlah saya jenis yang tidak berkawan. Saya punya ramai kawan. Cuma, untuk memulakan langkah perkenalan...Itu sesuatu yang terlalu sukar buat saya.

Lidah saya kelu bila kali pertama bersua. Bibir saya ketat untuk melemparkan senyuman. Tapi, bila ada yang menegur, bila ada yang tersenyum. Kita akan jadi kawan. Itu janji saya.

Kawan baik saya sendiri dahulu bencikan saya. Bekas pakwe saya juga bencikan saya dahulu. Mereka kata, saya sombong! Pakwe pun kata saya sombong dahulu. Bajet comel. hahaha..Ya, saya tak menafikan. Saya memang sombong kerana saya tidak peramah.

Kawan baik saya juga kata saya orang yang tak ada perasaan. Mungkin kerana setiap kali dia bercerita atau bertanya...

" Si Joyah tu dah makin gemuk kan..."
"Si Senah tu dah lah hitam pakai baju warna cerah-cerah..."

Dan jawapan saya tetap sama.

" Entah. Aku tak perasanlah..."

Ops! Bukan saya bajet baik. Tapi memang terus terang saya katakan saya bukan jenis yang meneliti orang lain. Ambil kisah dia mahu gemuk ke. Mahu pakai baju apa ke. Tak kuasa saya mahu menjaganya.

Saya berjalan pun saya tidak memandang orang sekeliling saya. hahaha...Entah, otak saya berjalan macamana kaki saya berjalan. Sebab itu saya kata 'saya tak perasan'. Sebab itu saya kata 'saya tak menegur'. Sebab itu saya kata 'saya tidak senyum.'

Tapi saya tidak salahkan pada yang menilai saya terlalu awal. Itu hak mereka. Andai mereka kata saya sombong, sombonglah saya. Andai mereka kata saya baik, baiklah saya. Siapa saya untuk menentukan penilaian mereka?

Apa yang penting bagi saya, saya tidak berlakon-lakon menjadi baik semata-mata mahu mengambil hati orang lain. Dan apa yang lebih penting, siapa yang sudah kenal saya...mereka akan tahu saya bagaimana orangnya.

Buat adik Jannah,
Terima kasih kerana membaca blog akak yang tidak seberapa ini. Terima kasih kerana berterus terang. Sesungguhnya tiada kemaafan yang perlu diberikan. Kerana awak tak buat salah apa-apa. ^_^

******************

Tak kenal maka tak cintakan?

No comments:

Post a Comment

Tulis-tulis...nanti saya baca.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...