Lepas hari saya lapor diri kat sekolah tu, hari-hari saya terus sibuk. Huh...memang penat. Macam-macam hal nak kena selesaikan. Bukan senang nak mulakan kerja ni. Ingat pergi sekolah lapor diri, semua benda kerani sekolah akan buat. Rupanya...
"Sila uruskan sendiri ya."
Dari urusan kwsp hingga ke urusan bank. Semua nak settlekan dalam masa seminggu. Punya gagah saya pergi ke sana ke sini.
Kawan-kawan dengan pakwe semua cakap saya mata duitan. Sebab asyik postkan status kat MukaBuku pasal GAJI je. kih3...Bukan salah saya ya. Kat taklimat itulah perkara yang ditekankan. Sampai sekolah pun, itu jugalah perkara yang diminta uruskan dulu. Saya cuma bertindak ikut arahan je. :D
Nasib baik pakwe ada. Dialah temankan saya. Kalau nak harapkan saya yang semuanya tak tahu ni. Memang terbaring jelah kat rumah tu. Bila tanya kenapa tak buat lagi, jawapan saya senang je.
"Tak tahu jalan"
Hahahaha...sila jangan contohi saya ok. Memang malas nak usaha cari jalan sendiri. Tapi duit gaji masuk cepat memang saya nak sangat! kih3
Tengok...Saya rasa saya memang dah jadi mata duitanlah. Kat blog pun saya cerita pasal GAJI juga. Adoiiii!
DUIT...semua orang nak...cuba tanya orang kurang siuman mereka pun nak juga!
ReplyDeleteadui kak...tp kmahuan sy smnjak dua mnjak ni dgn duit jd luar biase. kih3
ReplyDelete