Dalam 2,3 minggu ni, memang saya asyik buat entry pasal posting. Sorry lah kalau bosan. Kalau bosan tak mahu baca pun tak pe. :p
Dan kali ni, saya nak tulis pasal persediaan mental dan fizikal serta ilmu-ilmu lain yang perlu saya sediakan sebelum berkhidmat ke negeri-negeri terpilih. Kalau saya dapat ...
1. Sabah atau Sarawak :
Negeri yang popular dengan mutiara dan kek lapis. Jadinya, saya perlu sediakan diri dengan ilmu perniagaan. Dan boleh mula cari pelanggan dari sekarang.
2. Kelantan dan Kedah :
Negeri yang sering langitnya menangis tanpa henti berminggu-minggu. Dan popular dengan budu dan laksa. Jadinya, saya perlu belajar berenang dan membawa bekalan ubat resdung berkati-kati.
3. Melaka
Negeri yang popular dengan pelancong dan ada sekolah hamil pertama di Malaysia. Jadinya, saya perlu latih diri bertutur dalam pelbagai bahasa serta saya perlu menuntut ilmu bidan dan tahu selok belok kegunaan jamu.
4. Pahang
Negeri yang popular dengan masalah air. Jadinya, saya perlu belajar cara mandi menggunakan beberapa botol mineral sahaja.
5. Johor, Kuala Lumpur dan Selangor.
Negeri yang popular dengan kes-kes yang agak menakutkan. Jadinya, saya perlu belajar ilmu mempertahankan diri dan mungkin memerlukan stamina yang banyak kerana ke sekolah dengan berbasikal sahaja. Pakai kereta? Cukup sebulan banyaklah lukisan kreatif yang terlakar nanti.
6. Terengganu.
Negeri yang popular dengan penyu dan keropok lekor. Jadinya, saya perlu belajar ilmu nelayan dan cara memproses keropok lekor.
Untuk 2 buah negeri kecil lagi, Perlis dan Negeri Sembilan... saya fikirkan kemudian. Kat sini saya nak tag kawan seguruan saya A.k dan Ateh. Sila buat seperti ni jugak. Manalah tahu ada yang saya tak terfikir ke kan kan kan..
Salam 1 Malaysia. Hee~
walaupun agak tak munasabah, tapi kreatip tu ader.. lalalaala~
ReplyDeletehopefully dpt posting kelate.. mesti kene buli secara mental (ngajo pun kena guna dialek kitorang) hahahaha...
tak munasabah? hahahahaha...xpe, yg pntg kreatif. ckgukan kena kreatif. ;p
ReplyDeletebtl...fawez buka klas tambahan nnt ye. kak ibah j0in.