Pages

Tanpa Suara Tetap Boleh Didengari

Tuesday, December 7, 2010

...Jangan sibuk boleh?...

Isu saya dengan kawan saya masih lagi tidak tamat. Walaupun kami masing-masing sudah mendiamkan diri. Dan saya juga sudah buat keputusan tidak mahu lagi terus memikirkan perkara ini kerana bagi saya tak ada benda yang terjadi. Dia? Terpulang pada dirinya. Saya sudah tak mahu ambil peduli.

Tapi ramai kawan-kawan yang lain bertanya. Saya tidak tahu dari mana mereka tahu. Setahu saya, perkara ini tidaklah dihebohkan. Blog saya ni juga tidak ramai teman yang tahu. Tapi tidaklah saya tahu bagaimana pula pihak di sebelah sana.

"Apa dah jadi dengan korang?"

"Betul-betul dah tak kawan ke?"

"Macamana boleh jadi macam tu?"

Aish...saya kurang selesa dengan soalan-soalan sebegitu. Perlu ke saya menjawabnya???

Saya ambil langkah selamat.

"Kitaorang ok je. Cuma dia dah akui kehebatan lakonan aku. Tu yang asyik puji je tu..."

Jawapan yang mudah tapi cukup mem'blur'kan mereka semua. Saya pelik, kenapa mereka suka ambil tahu kisah saya dan kawan saya ni? Dari mula dulu sampailah sekarang. Tak boleh ke mereka hanya dengar dan lihat dan jangan bertanya?

Saya sudah aman di sini. Saya sudah tenang. Saya sudah hentikan otak saya dari berfikir tentang perkara ni. Minta maaf sudah. Terangkan sudah. Tapi kalau orang tetap tak mahu dan tak sudi, kita tak boleh paksa dan saya tak rasa mahu memaksa.

Berkali-kali saya katakan, terpulang pada dirinya. Dia tak mahu anggap saya kawannya. Terpulang. Dia mahu membenci saya. Terpulang. Dia mahu membuang saya. Terpulang. Dia mahu mengutuk saya. Terpulang.

Bagi saya, saya tetap seperti dulu. Dia kawan saya. Dan saya tiada masalah untuk itu. Tetapi untuk terus memujuknya? Dia silap. Perkara itu tak akan berlaku lagi. Saya sudah penat. Jadi kalau dia rasa saya masih kawannya, hello-hello lah.

Sampai sekarang saya tidak tahu 'tulisan' saya yang mana berniat untuk memburukkan dia. 'Tulisan' saya yang mana berniat untuk memberi tahu orang lain bahawa dia kawan saya yang paling jahat.

Kalau sekadar saya menulis di MukaBuku "Rasa nak rem0ve orang tu, biar tenang hidup saya." Boleh menimbulkan salah faham, saya masih lagi keliru di mana kaitannya dia dengan ayat ini sehingga dia melenting sebegitu sekali. Apa yang boleh saya katakan -Siapa makan cili dia yang akan terasa pedasnya- S0, siapa yang memburukkan diri siapa? Saya memburuk-burukkan dirinya atau dia sendiri yang merasakan dirinya teruk?

Tepuk dada tanyalah selera.

MySpace

No comments:

Post a Comment

Tulis-tulis...nanti saya baca.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...