Pages

Tanpa Suara Tetap Boleh Didengari

Sunday, December 12, 2010

...Andainya Dia Tahu -3...

DUA minggu berlalu. Suci masih lagi seperti hari pertama di sini. Masih lagi keseorangan. Masih lagi terasing. Kawan? Jangan tanya soalan yang menyakitkan hati itu. Semua rakan-rakan di dalam kelas sudah mempunyai kumpulan masing-masing. Mungkin mereka berjumpa ketika waktu orientasi dua minggu lepas. Malah, ada juga yang telah berkenalan sudah lama. Sejak zaman sekolah lagi. Dan Suci? Kurang bernasib baik. Ketika orientasi dia langsung tidak didekati oleh siapa-siapa. Bukan dia tidak menegur sapa, tetapi selalunya sapaannya hanya berakhir di situ saja. Jarang akan berpanjangan. Mungkin kerana sifat Suci yang tidak bijak memulakan perbualan membuatkan dia nampak pendiam. Malah mungkin juga nampak sombong.

“Hai,” Suci terus berpaling. Berdiri seorang lelaki di hadapan mejanya.

“Hai,” balas Suci ringkas. Suci terus tunduk melihat buku di hadapanku. Ni nak apa pulak mamat seorang ni.

“Kenapa duduk sendiri je ni? ” sambung lelaki itu lagi.

Suci hanya diam membisu. Dia memang malas mahu melayan orang lain buat ketika ini. Jiwanya tidak tenteram.

“Kenapa diam je? Awak tak nampak ke saya kat depan awak ni? ” lelaki itu terus mengajukan soalan kepada Suci.

Suci mengangkat muka memandang lelaki di hadapannya itu buat kali kedua. Dia hanya tersenyum. Senyuman yang Suci sendiri tidak tahu ikhlas atau sebaliknya.

“Emm… Tak apalah awak. Mungkin lain kali je kita berbual. Maaf mengganggu,” lelaki itu terus berlalu meninggalkan Suci bersendirian.

Suci mendengus kecil. Dia tidak menghiraukan lelaki itu. Setelah bosan membelek-belek buku pelajarannya. Suci bangun meninggalkan perpustakaan. Mana nak pergi? Dia sendiri tidak pasti. Tetapi perutnya sudah mula memutarkan lagu-lagu sayu minta diisi. Kakinya terus melangkah ke cafe.

Sampai sahaja di sana, dia melabuhkan punggungnya di atas kerusi. Suci lebih selesa duduk di meja yang tersembunyi. Tidaklah dia akan menjadi tumpuan nanti.

“Nak makan ape eh? Menu dia tak best ar…” Suci bercakap sendirian.

Sememangnya semenjak melangkah ke menara gading, dia lebih suka bercakap seorang diri. Macam orang gila. Tapi nak buat macam mana, dah tak ada orang yang mahu bercakap dengannya. Kalau ada pun teman sebiliknya yang menyakitkan hati itu!

“Ni kenapa senyum sorang-sorang ni?,” tercegat seorang manusia yang tinggi lampai di hadapannya.

Alahai manusia ni lagi. Suci menggaru-garu dahinya yang tidak gatal itu. “Memang suka senyum sorang-sorang,” jawabnya dengan sinis.

“La… Iya ke? Kesiannya kat awak. Kat sini universiti, bukan Tanjung Rambutan. Awak sesat kot… Patutlah awak tak ada kawan. Kawan-kawan awak bukan dekat sinilah,” balas lelaki tinggi lampai itu dengan muka selamba.

“Kalau dah tahu aku ni tak betul sangat, yang sibuk-sibuk tegur aku ni kenapa? Tak takut ke? Orang gila ni kadang-kadang apa yang dia buat luar jangkaan,” jawab Suci pula. Sakitnya hati!

“Sayang… Muka lawa-lawa macam awak ni gila rupanya,” balas lelaki itu sambil ketawa kecil dan dia terus berlalu.

Geram! Memang Suci geram!!! Dia terus bangun. Air matanya menitis. Kenapalah aku jadi macam ni? Aku nak balik. Aku nak balik. Aku memang nak balik!

Sampai sahaja di bilik, dia terus duduk di meja belajarnya. Dia mengambil handphonenya lalu dia mendail satu nombor. Nombor telefon orang yang akan mendengar setiap keluhan Suci. Tangisan Suci. Orang yang sentiasa memberi dia semangat.

“Abang… Adik nak balik!” air mata Suci terus menitis laju membasahi pipi gebunya.

“Ni kenapa ni? Kan baru je dua minggu adik kat sana,” balas lelaki itu dengan tenang. Begitulah sifat lelaki yang amat Suci sayangi itu. Tenang.

“Memanglah baru dua minggu. Tapi rasa terseksa macam dah dua tahun menanggung beban ni,” mengadu Suci lagi.

“Lama-lama nanti okaylah tu. Cuba sabar sikit. Jangan nak cepat melatah sangat. Jangan sebab perkara kecil, adik lupakan terus impian adik tu,” nasihat lelaki itu.

Selepas puas mengadu dan mendengar ceramah free, Suci terus bangun dan mengambil kain tuala menuju ke bilik air. Mandi untuk melegakan perasaan marah. Itulah cara yang paling baik dia rasakan.

Bersambung...

No comments:

Post a Comment

Tulis-tulis...nanti saya baca.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...