Pages

Tanpa Suara Tetap Boleh Didengari

Wednesday, December 8, 2010

...Diam...

Korang....Saya tengah kelakar ni. Saya tengah ketawa besar ni. Eh, tapi saya waras lagi. Tapi ntah la kan. Saya betul-betul tengah ketawa ni.

Saya kelakarlah. Kenapa eh dia tak puas hati sangat dengan saya? Saya tak fahamlah. Saya dah diam. Saya tak layan. Tapi dia still tak puas hati. Saya nak buat macamana lagi?

Kalau betul dia 'tak heran' kenapa eh dia asyik nak cakap pasal benda ni je? Kenapa eh dia nak besar-besarkan benda yang kecil? Tu yang saya ketawa besar tu...

Apa yang dia tak puas hati lagi? Sebab saya tak pujuk dia? Sebab saya tak merayu-rayu minta maaf kat dia? Atau sebab saya diam, dia tambah sakit hati? Ok, kalau dia nak saya ADD dia balik...Cakap. Saya tak ada masalah. Dengan lelajunya saya add dia. :D

Kalau dia dah tak mahu kawan. Stopkan ni semua. Saya tak kuasalah nak layan. Saya bukan jenis orang yang kaki gaduh. Dan saya tak ada masa untuk tu semua. Jadi lebih baik dia jangan fikirkan sangat. Baik dia fikir benda lain. Kalau dia ingat saya nak membalas, memang tak la.

Kalau dia still nak heboh-hebohkan kat orang lain. Nak bagitahu 1 dunia (itu pun kalau fb dia 1 dunialah yang baca kan..) Dan kalau itulah yang dapat puaskan hati dia. Ok, silakan. Mudah-mudahan dia puas hati.


Buat kawan saya,

Saya tahu awak baca tulisan ni. Sudah-sudahlah. Kita bukan budak-budak lagi. Kalau kahwin dah boleh dapat 2,3 orang anak dah. Benda kecil, jangan nak besar-besarkan. Saya dah explain...tapi kalau tak boleh nak terima. Terpulang. Tapi tak perlulah nak mengamuk sampai macam tu kan.

Kalau dah kita ni pun perangai macam tu, nanti-nanti kalau student kita bergaduh...macamana nak nasihat kan? Tak ke macam ketam ajar anaknya berjalan?

Saya tak mahu jadi ketam. Kalau makan ketam saya mahulah...


Saya kena siap sedia cari peguamlah macam ni.
Takut kena saman.
kih3

No comments:

Post a Comment

Tulis-tulis...nanti saya baca.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...