Pages

Tanpa Suara Tetap Boleh Didengari

Tuesday, December 14, 2010

...Andainya Dia Tahu -8

PUKUL 6.30 pagi. Suci terlambat bangun lagi. Leceh betullah kalau tak tinggal dengan mak sekali ni. Tak ada orang yang nak kejutkan bangun. Memang leceh. Aku ni dahlah jenis yang susah nak bangun pagi. Anak dara apalah aku ni… Suci mengomel sendiri.

Hari ini kelas Suci tidak begitu penuh. Bolehlah dia balik awal sedikit. Tetapi, apabila dia teringatkan yang dia ada latihan teater petang ini. Air muka Suci terus berubah. Bosanlah… Setakat nak jadi tukang tuang air tu, aku rasa tak payah berlakon pun tak apa. Lainlah jadi puteri ke. Jadi kawan puteri pun aku tak kisah lagi. Ni jadi dayang yang balik-balik tuang air. Malasnya! Keluh Suci lagi.

“ Hai cik adik comel! ”

Hensem pulak mamat ni pagi ni. Dia baru tukar gaya kot. Kejutan budaya betul!

“Yang awak sengih-sengih macam kerang busuk ni kenapa? Awak pergi kelas awak tak mandi dulu eh? ” soal Alif sengaja ingin mengusik.

“Aku dah mandilah. Yang kau suka sangat kacau aku ni kenapa ha? Akukan perempuan! Kau tak anggap aku ni perempuan ke? Habis kau anggap aku ni apa?” soal Suci bertubi-tubi.

Alif mengerutkan keningnya. “Awak ni kenapa? Memanglah saya kena kacau perempuan,”

“ Tak! ” suara Suci sedikit kuat.

“Suci…. Awak ni kenapa? Awak okey ke tak ni? ”

“Kau tu yang tak okey sebenarnya. Belajar tinggi-tinggi, tapi benda yang remeh pun tak dapat nak bezakan! ” luah Suci lagi dengan penuh perasaan.

“Tak apalah Suci… Saya nak pergi cafe dululah. Saya tak nak kacau awak dah. Awak lepas habis kelas ni, terus balik hostel tau. Rehat dan tenangkan dulu fikiran awak tu. Awak tak datang latihan teater pun tak apa. Saya tak marah. Nanti bila dah sihat baru datang latihan balik okey. Sakit awak ni Suci dah makin teruk saya tengok!” Alif menggeleng-gelengkan kepalanya dan terus berlalu.

************

SELEPAS puas membelek-belek buku, Suci terus merebahkan badannya diatas katil. Letih. Terasa lenguh-lenguh badannya. Mata pula terasa berat untuk dibuka. Tiba-tiba Linda masuk dengan muka gembira. Suci hanya memandang sayu.

“Kau kenapa minah? Semacam je,” tanya Linda. Mungkin dia perasan dengan air muka Suci yang kelat ketika ini.

“Tak ada apa pun. Tapi kau nak tahu satu cerita tak Linda? Kalau kau tak nak tahu pun aku nak bagitahu kat kau juga. Sebab ni salah satu berita gembira sepanjang hidup aku,” Suci mengukir senyuman penuh makna.

“Apa dia? Semangat semacam je…”

“Aku dah bagitahu kat si budak Alif tu yang aku ni perempuan! Nanti tak adalah dia kacau aku lagi. Puas hati aku… Rimaslah dengan dia tu,” Suci senyum lagi. Dia memang betul-betul puas ketika ini!

“ Hah??? Budak Alif tu selalu kacau kau?” Linda terperanjat.

“Iya… memang tak senonoh budak tu. Ada ke anggap aku ni lelaki. Nak mengorat aku. Kalau aku lelaki pun aku tak ada selera langsung dengan dia tu!”

“Kau ni biar betul… Aku tak fahamlah apa yang kau cakap ni,”

“Ala kau ni, kau juga yang cakap budak Alif tu tak suka perempuan. Dia tak pandang perempuan. So, aku dapat rasakan yang dia tu suka aku sebab dia anggap aku ni lelakilahkan. Kalau dia anggap aku ni perempuan, mesti dia takkan kacau aku juga. Sebab kau cakap dia tak suka perempuan! Betul tak? ”

“Ya Allah….” Linda menarik nafas panjang.

“Memang mamat kelas kau tu tak senonoh. Buta agaknya. Dia tu buta dah tahap kronik dah tu. Lelaki dengan perempuan pun tak dapat nak beza. Segala jenis buta ada kat mamat tu. Buta warna, buta huruf, buta akal, buta hati. Macam-macam lagilah. Entah macam mana boleh masuk U entah. Pakai orang dalamlah tu! Nasib baik kau ada Linda. Terselamat aku dari kejutan budaya ni, ” Suci tersenyum bangga.

“Nanti kejap, nanti kejap. Siapa yang sebenarnya buta ni? Kau ke dia??? Tapi sebenarnya kau yang buta segala-galanya. Belajar tinggi-tinggi. Tapi benda tu pun kau tak dapat nak fikir. Siapa yang masuk U pakai orang dalam sebenarnya ni? Kau ke dia? Hai, baik aku pergi mandi dulu. Peliklah macam mana aku boleh dapat kawan macam kau ni. Pelik… Pelik…” Linda tergelak besar sambil menggelengkan kepalanya.

Makin pening kepala Suci. Kenapa pula Linda tiba-tiba cakap macam tu. Semalam dia yang beriya-iya bercerita yang mamat tu tak suka dengan perempuan. Tak pernah layan mana-mana perempuan. Hari ni, dia gelakkan Suci pula. Salahkan Suci pula.

“Yang kau menangis tiba-tiba ni kenapa? ”

Tanpa Suci sedari pipinya sudah dibasahi oleh air mata. Dia terus menyapu air matanya menggunakan tangan.

“Eiii... Tak senonoh! Nah, ambil tuala ni lap air mata tu,” Linda mencampakkan tuala kearah Suci.

“Sikit-sikit menangis. Sikit-sikit menangis. Mengada-ngada betul!” Linda menjeling tajam.

“Aku sedar siapalah aku ni,”

“Siapa kau? Budak yang suka menangis. Yang sensitif tak tentu pasal. Budak yang pelik! Itulah kau kalau kau nak tahu,” Linda duduk menyikat rambutnya yang panjang. “Aku bukan apa… Okaylah aku mintak maaf kat kaulah,” sambung Linda sambil tersenyum.

“Hari raya lambat lagi!” Suci terus berpaling.

“Tengok, betul tak cakap aku yang kau ni pelik. Ada ke patut nak mintak maaf kena tunggu hari raya. Ustazah manalah ajar kau ni Suci? Dahlah tu… Jangan nak merajuk lagi. Tak kuasa aku nak pujuk kau lebih-lebih. Tapi aku nak bagitahu kat kau ni. Semalam tu bukan macam tu maksud akulah. Kau dah salah faham. Dah tersasar jauh kau tahu tak? Semalam tu maksud aku, budak si Alif tu bukannya tak layan perempuan sebab dia tak suka dengan perempuan. Tak pandang langsung perempuan. Tapi, maksud aku dia tu tak gatal. Dia tak miang. Dia kawan dengan perempuan pun just sebagai member-member je. Mungkin semua perempuan yang dia jumpa sebelum ni bukan taste dia. Tapi bila dia jumpa kau, dia suka dengan perempuan pelik macam kau kot. Taste dia kot! Manalah kita tahukan… ” terang Linda panjang lebar.

Suci terus berpaling ke arah Linda.

“Maknanya aku ni dah salah fahamlah eh? Kalau macam tu maknanya aku ni dah malulah? ”

“Lagi mahu tanya! Fikir sendirilah. Kau masuk U ni pakai orang dalam eh???” Linda ketawa terbahak-bahak.

“Diamlah kau! Malas aku nak layan. Tidur lagi bagus.”

“Ada budak dah malu. Ooiii, kau akan jumpa dia selama dua tahun lagikan? Hmm…kalau macam tu maknanya, kau akan malu untuk dua tahun lamanya!” Linda ketawa lagi.

Suci hanya mendiamkan diri. Dia terus mencapai handphonenya di atas meja. Dia mesti ceritakan perkara ni pada abang. Orang yang selama ini menjadi tempat dia mengadu. Abang… tolonglah adik. Adik dah malu! Adik nak balik. Adik tak mahu dah belajar dekat sini! Adik sanggup lupakan cita-cita adik…..

Bersambung...

No comments:

Post a Comment

Tulis-tulis...nanti saya baca.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...