PERLAHAN kaki Suci melangkah ke arah panggung budaya universiti. Hari ini terlalu panas. Sakit migrainenya datang lagi. Leceh betul kalau selalu macam ni. Kebetulan ubat migrainenya sudah lama habis. Suci belum ada kesempatan lagi untuk mengambil ubat di klinik. Orang yang suka bertangguh memang beginilah nasibnya. Bila dah jadi sesuatu,, baru mahu menyesal. Waktu itulah baru nak rasa yang waktu 24 jam ini tak cukup untuk buat semua perkara.
Kalau diikutkan rasa sakitnya ini, memang malas dia mahu hadir pada latihan teater kali ini. Tetapi dia risau sekiranya orang lain beranggapan bahawa dia seornag yang besar kepala. Lagi merisaukan dirinya jika Alif, mula berfikir bahawa dia mahu mengambil kesempatan ke atas kebaikannya pada Suci. Kebaikan? Baik apanya. Menyusahkan adalah.
Perlahan Suci buka pintu. Latihan telah pun bermula. Dia lambat lagi kali ini. Tidak tahulah ini kali ke berapa diri lambat. Setiap kali Suci lambat, setiap kali itu jugalah dia perlu berdepan Alif. Suci terpaksa mendengar tazkirah free dari ‘ustaz Alif’. Sengsaranya juga Suci rasakan kerana dia perlu tahan telinga. Nak melawan tak boleh pula. Depan pelakon lain. Nanti apa pula kata mereka. Lainlah kalau Suci dengan Alif sahaja waktu itu. Memang confirm Suci tidak akan berdiam diri.
“Suci! Apa lagi alasan awak kali ni?” Alif memandang tajam ke arahnya.
“Hmm... Aku sakit kepalalah. Tak sihat sangat,” Suci tunduk.
“Hari ni tak sihatlah? Hari Sabtu kenapa pula tak datang? Tak sihat juga???” soal Alif bertalu-talu.
Suci hanya diam membisu. Memang ketika ini kepalanya teramat sakit. Tak mampu untuknya tanggung lagi. Biarlah dia nak marah pun. Marahlah. Suci taidk mampu lagi mahu berkata apa-apa. Suci mula mahu mengatur langkah untuk pergi kebelakang.
“Hei, saya tak habis lagi cakap dengan awak. Macam ni ke cara awak hormat kat orang? Bila saya tanya jawablah. Ikut suka awak jekan. Bila nak datang latihan, awak datang. Bila tak nak, awak tak datang. Awak ingat awak dah hebat sangat ke Suci? Baru jadi pelakon tambahan je tau. Jangan nak tunjuk bagus sangat,”
Suci memandang ke arah Alif. Matanya mula berkaca. Tetapi dia tidak mampu untuk bersuara. Suci benar-benar tidak mampu. Dia lemah.
Dia memandang Alif sedang wajah yang sayu. Dia perlu bersuara untuk membela diri. Suci mesti gagahkan dirinya untuk bersuara. Dia perlui terangkan segalanya. Jika perlu dia akan meminta maaf. Memang ini mungkin salahnya. Suci sanggup merayu pada Alif kalau itu jalan penyelesaian yang terbaik saat ini. Dia sanggup!
Wajah Alif ditenungnya. Wajah yang penuh dengan rasa marah dan tercabar. Namun belum sempat Suci membuka mulut untuk berkata. Alif telah pun mula menyambung kata-kata marahnya. Dia benar-benar marah kepada Suci. Pelakon yang lain hanya melihat dia dimarahi. Tiada siapa pun mahu membantu menjernihkan keadaan.
“Bila cakap sikit menangis. Tak boleh ditegur langsung. Kalau awak tu menangis sebab benda yang betul, tak apalah. Ni awak tu yang mengada-ngada tau tak. Ingat bagus sangat!” Alif menjeling.
Tanpa bersuara, Suci terus meninggalkan panggung budaya. Dia menangis teresak-esak. Bukan menangis kerana dimarah oleh Alif. Tapi Suci menangis kerana dia benar-benar malu diperlakukan sebegitu rupa. Kalau betul pun Suci bersalah, Alif tidak boleh berkata sebegitu kepadanya. Dia ada maruah yang perlu dijaga. Tak salah kalau dia mahu marah, tapi biarlah sesuai dengan tempat dan keadaan. Kata-kata pula janganlah terlalu menghentam. Paling tidak pun, beri Suci kesempatan untuk membela diri.
Alif tak adil. Kali ini Suci benar-benar bencikan Alif. Kalau dahulu, perasaan pada Alif bukanlah perasaan benci. Hanya satu perasaan biasa. Cuma kadang-kadang dia berasa sedikit rimas apabila Alif mengganggu dirinya. Tetapi kali ini, dia benar-benar benci pada Alif. Sampai hati Alif buat Suci begini. Kalau mahu membalas dendam sekali pun, janganlah sampai begini sekali. Janganlah sampai mencalar maruahnya di depan khalayak ramai. Sampai hati Alif!
Sebaik sahaja sampai di bilik, Suci terus merebahkan badannya di atas katil. Dia menangis sepuas-puasnya. Tak sanggup rasanya untuk dia mengingati semula kata-kata Alif tadi. Sakitnya hati Suci saat ini. Sudahlah sakit kepala, ditambah pula dengan rasa sakit hatinya ini. Memang waktu ini Suci benar-benar rasa sedih. Alif jahat. Dia benci pada Alif.
“Suci... Suci...” badan Suci digerak-gerakkan.
Pelahan-lahan Suci membuka mata. Dia lihat Linda sudah tercegat di sisi katilnya. Suci hanya memandang sayu pada Linda. Badannya betul-betul lemah. Sakit kepalanya sudah berkurang. Tapi badan pula rasa lesu. Mungkin mahu demam. Fikir Suci sendiri.
“Bangunlah. Dah nak senja dah ni. Anak dara mana elok tidur sampai senja-senja macam ni,” bebel Linda.
Suci hanya mengangguk perlahan. Malas untuknya menjawab. Nanti jadi panjang lebar pula bebelan Linda itu. Jalan paling selamat adalah membisu. Matanya dipejam perlahan. Dia benar-benar terasa lemah. Tidak mampu untuknya bangun ketika ini.
“La... Tidur balik ke? Bangunlah Suci.”
“Aku tak sihatlah Linda. Sakit kepala.”
“Kalau dah tahu tak sihat, pergilah mandi. Lepas tu makan. Lepas makan nasi makan ubat pula. Lepas tu barulah tidur balik. Kalau kau baring je macam ni, memanglah bertambah sakit tu,” Linda memandangku dengan penuh makna. “Kau menangis eh? Bengkak je mata kau tu. Kenapa pula kali ni Suci? Cubalah kau tu jadi kuat sikit. Janganlah ada masalah sikit kau terus menangis. Lemah betullah,” sambung Linda sambil menjeling ke arahku.
Masalah sikit kau kata Linda? Kau tahu tak, hari ini hari yang paling memalukan aku. Jatuh maruah aku Linda. Mana mungkin air mata aku tak menitis. Mana mungkin aku dapat menenangkan hati aku. Mana mungkin aku mampu memujuk diriku agar terus tabah dan sabar. Agar jangan menangis. Tak mungkin Linda. Aku tak mampu. Memang aku tak sekuat mana. Memang aku bukan orang yang begitu tabah. Tapi aku juga tidaklah begitu lemah. Cuma kali ini, aku benar-benar rasa kalah. Kalah dengan semangat dan kekuatan diriku sendiri.
Kau tahu Linda, ketika ini aku benar-benar rasa hilang semangat. Aku benar-benar rasa kecewa. Aku benar-benar rasa sedih. Aku benar-benar rasa malu. Kau tak tahu tu semua Linda. Sebab kau bukan diri aku. Kau tak tanggung apa yang aku tanggung ketika ini. Perasaan aku saat ini hanya Tuhan saja yang tahu. Kalau aku mampu tersenyum saat ini, itulah keajaiban dunia yang ke sepuluh. Yang perlu dicatatkan dalam lipatan sejarah dunia. Tapi itu semua tak mungkin terjadi. Aku insan biasa yang kadang-kadang kalah dengan perasaan sendiri.
Sekuat mana sekali pun seorang wanita itu, dia pasti akan menitiskan air mata saat maruahnya diperkotak-katikkan dengan mudah. Kadang-kadang menangis itu penting, supaya kita tahu dalam dunia ini bukan hanya ada gelak tawa untuk manusia. Panjang lebar Suci bermonolog sendirian. Dia tidak mampu meluahkannya kepada Linda. Hanya bercakap sendirian di dalam hati kecilnya.
Suci memandang Linda dengan penuh harapan Linda dapat memahami perasaan Suci ketika ini. Supaya Linda boleh membiarkan Suci keseorangan. Tidak terus mengganggu dirinya. Itu sahaja harapan Suci pada Linda ketika ini.
Linda membalas pandangan Suci. Mungkin dia meletakkan satu harapan kepada Suci ketika ini. Harapan untuk Suci membuka mulut dan bercerita kepadanya apa yang telah terjadi. Apa yang telah berlaku sehingga Suci jadi sebegini. Namun, Suci tidak terasa mahu berkongis cerita bersama Linda. Biarlah ini menjadi rahsia peribadi dirnya. Kalau Linda tahu pun, biarlah bukan dari mulut Suci. Dia tidak mahu menangih simpati daripada sesiapa. Dia tidak mahu orang lain berasa kasihan melihat dirinya dimarahi sebegitu rupa.
Mungkin juga harapan Linda pada Suci ketika ini, dia berharap agar Suci tidak terus bersedih. Agar Suci mampu menjadi wanita yang lebih kuat dan tabah. Mungkin dirinya boleh dijadikan role-model untuk Suci. Suci sememangnya teringin mahu menjadi seperti Linda. Bukan menjadi Linda yang bermulut laser, tetapi dia mahu menjadi Linda yang berjiwa kental. Tabah. Sekali pun Suci tidak pernah melihat Linda bersedih. Sekali pun Suci tidak pernah melihat Linda bermuram. Linda sentiasa ceria dan gembira. Sentiasa ketawa. Mulutnya sentiasa bising dengan lawak-lawak jenakanya. Linda hanya akan diam ketika dia tidur sahaja. Ketika mandi pun dia tidak pernah diam. Sering menyumbangkan suaranya di dalam toilet. Jiwa Linda memang bahagia.
Bersambung...
No comments:
Post a Comment
Tulis-tulis...nanti saya baca.