Pages

Tanpa Suara Tetap Boleh Didengari

Friday, July 17, 2009

...takdir...

.
Apabila takdir kurang bpihak pd diri, rs kecewa pasti akan hadir. Rasa malang sentiasa menyinggah di hati. Kita mula mengimpikan pelbagai perkara yg lebih indah.
.
Apabila takdir yg dtg membuatkan kita kecewa, kita akan berasa Tuhan itu zalim. Menyeksa hambaNya yang daif. Mengapa kita yg dipilih? Mengapa bukan insan lain?
.
Apabila takdir yang dtg itu tidak langsung di duga, kita akan menjadi lemah. Sehinggakan kita lupa bahawa, Tuhan tidak akan menganugerahkan sesuatu dugaan kepada hambaNya jika Dia tidak merasakan hambaNya itu mampu untuk menghadapi dugaan seberat itu.
.
Apabila takdir yang datang semakin memakan diri, kita akan menjadi celaru. Tidak tahu usaha apa yg perlu dilakukan. Tidak tahu bagaimana utk menepis segalanya. Tidak tahu bagaimana utk mengurai kekusutan. Tetapi, benarkah takdir itu sememangnya utk kita atau sekadar satu persinggahan yg dtg semata utk menguji kesabaran dan keimanan?
.
Apabila takdir yang datang seperti suatu hukuman, kita akan tertunduk sayu. Mula menyedari dosa-dosa silam. Mula mengambil ikhtibar agar tidak mengulanginya lagi. Namun, ia akan tetap menyelubungi hidup selagi mata terus mampu dibuka.
.
Apabila takdir yang dtg akibat salah percaturan, siapa sebenarnya yang harus dipersalahkan. Diri? Hati? Tuhan? Atau siapa? Mula menc0ngak2… jika itu, jika ini, jika sebaliknya, jika dahulu, jika…jika…jika…dan jika…
.
Terlalu sukar untuk mengenali insan lain. Terlalu sukar untuk memahami insan lain. Terlalu sukar untuk mempercayai insan lain. Terlalu sukar untuk segalanya…
.
Betapa kesalnya diri kerana sehingga kini gagal memahami perasaan sendiri. Tetapi sibuk mahu memahami perasaan insan lain. Tahukah diri… kita tidak mampu untuk membaca isi hati manusia lain? Jika mampu sekali pun…ia tidak semestinya tepat.
.
Sehingga kini, masih terus berharap agar harapan yang dibina tidak hancur begitu sahaja. Sehingga kini, masih terus berharap agar doa yang dipinta tidak akan terhenti. Sehingga kini, masih terus berharap agar ada keajaiban yang menjelma. Sehingga kini, masih terus berharap agar hati masih mampu bertahan. Sehingga kini, masih terus berharap apa yang diimpikan akan tercapai jua. Sehingga kini, masih terus berharap agar kaki tetap kaku di sini. Sehingga kini, masih terus berharap agar segala kesabaran ini akan dibayar dengan kegembiraan. Sehingga kini, masih terus berharap agar keputusan semalam bukanlah suatu kesilapan.
.
Hati ini terus dihimpit dengan kepahitan.
Dengan kekecewaan.
Dengan pengharapan.
Dan ada ketika dihimpit dengan kesedihan yang maha hebat.

2 comments:

  1. aku tengah JK, cukup-lah aku seorg, takmo kwn2 aku pun sedih2 skali. hik3

    hepi2 k.biasalah hidup ini..:)

    ReplyDelete
  2. oohh cik nad...
    aku bkn dlm z0n bduka lara.

    ..maintain..

    ha3

    ReplyDelete

Tulis-tulis...nanti saya baca.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...