Pages

Tanpa Suara Tetap Boleh Didengari

Sunday, February 6, 2011

...Andainya Dia Tahu -19...

PAGI-PAGI lagi Suci sudah bangun. Selesai sahaja menunaikan solat Subuh, dia tidak tidur semula seperti selalunya. Dia duduk dihadapan laptopnya. Ada sesuatu yang Suci taipkan. Suci begitu tekun sekali.

Good morning darling,” Linda menarik rambut Suci.

“Auuwww... Sakitlah!,” Suci menjerit kesakitan.

“Itu pun sakit. Lembik,” Linda menarik sekali lagi rambut Suci yang lurus itu.

“Kau pagi ni nak sarapan penampar ke?” soal Suci marah.

“Tak mahu. Aku nak sarapan air mata...,” Linda berlakon pura-pura menangis.

Suci memandang kearahnya. Geram betul dia melihat aksi Linda. Yang pura-pura menangis. Sesekali dia ketawa. Linda tak ubah macam orang kurang waras. Meluat melihat aksinya. Suci tahu Linda sedang mengejek dirinya.

“Kau kenapa sebenarnya?” Linda berhenti berlakon. Dia serius.

“Dah puas dah menangis? Dah puas dah ejek aku? Dah kenyang dah?”

“Dah!” kata Linda sambil sendawa.

“Kalau dah kenyang pergilah sambung tidur balik. Jangan kacau aku.”

“Kau kenapa pagi ni? Kejap-kejap aku tengok kelendar,” Linda bergurau lagi.

Suci hanya berdiam diri. Diam seribu bahasa. Sakit betul hatinya saat ini. Tapi dia tahu dia perlu menahan api kemarahannya. Jangan sampai Linda yang menjadi mangsa pada keadaan ini. Linda tidak bersalah. Langsung tidak bersalah. Detik hati Suci.

“Ala... Ala... Sayang... Janganlah macam ni. Meh cerita kat aku meh. Aku tahu kau tengah sedih. Ceritalah. Manalah tahu boleh kurangkan sikit rasa sedih tu. Dari kau cerita kat robot depan kau tu, baik cerita kat aku manusia sebelah kau ni,” kata Linda memujuk.

Suci memandang tepat ke arah Linda. Dia serba salah. Antara mahu berkongsi ceritanya atau tidak dengan Linda. Selama ini, Linda tidak pernah tahu tentang kekasih hatinya itu. Dia tidak pernah memberitahu pada Linda. Jarang sekali Suci mahu berkongsi kisah peribadinya pada orang lain. Jika orang lain tahu pun, pasti bukan dari mulutnya sendiri.

“Aku tak tahulah Linda. Perlu atau tidak aku cerita pada kau tapi aku tak mampu nak tanggung seorang diri. Aku tak mampu,” Suci tidak dapat meneruskan lagi kata-katanya. Air matanya sudah laju turun seperti hujan.

“Sabar Suci… Cuba cerita dekat aku slow-slow. Kau janganlah menangis dulu. Kalau terus menangis tapi tak cerita, satu apa pun aku tak tahu. Sabarlah,” Linda cuba menenangkan Suci.

“Aku putus cinta,” jawab Suci ringkas. Tangisnya masih bersisa.

What? Can you repeat again? I cannot hear you,” besar biji mata Linda memandang Suci. Hairan. Penuh tanda tanya.

“Aku putus cinta...,” kali ini suara Suci lebih jelas.

Linda mengerutkan dahi. Yakin dengan apa yang dia dengar sebelum ini. Linda memandang Suci. Wajah simpatinya jelas ditunjukkan. Kasihan pada Suci. Wanita secantik Suci pun boleh putus cinta. Detik hati Linda.

“Sabarlah Suci. Itu semua dugaan untuk kau,” Linda cuba menenangkan Suci. “Tapi yang aku peliknya, bila pula kau bercinta? Dengan siapa? Aku tak pernah pun tengok kau pergi dating kat sini. Gambar lelaki pun aku tak pernah tengok ada dengan kau,” Linda minta penjelaskan.

Dia cukup hairan ketika ini. Suci bercinta? Dia tidak pernah tahu. Apatah lagi mahu bertanya kepada Suci tentang hal ini selama dia mengenali Suci. Selama ini dia cuma membuat andaian sendiri bahawa Suci masih single. Tapi hari ini, Linda benar-benar terkejut. Sangkaannya selama ini jauh meleset.

“Kau okey tak ni?”

Suci mengangguk perlahan. Terpancar wajah sayunya. Seperti meminta simpati. Tapi bukan simpati yang Suci perlukan saat ini. Dia kini lebih memerlukan satu semangat dan satu kekuatan untuk membuat keputusan. Keputusan yang tepat supaya dia tidak menyesal dikemudian hari kelak.

Suci bingkas bangun dari kerusi. Dia duduk pula di sisi katilnya. Beberapa saat kemudian dia sudah pun terbaring lesu. Sakit kepalanya bila memikirkan situasi yang amat rumit ini. Hatinya bagai dirobek dengan pisau tajam. Terlalu sakit dan pedih. Sampai hati abang buat adik begini. Katanya berulang kali di dalam hati sambil matanya tidak putus-putus mengalirkan air mata.

Linda datang menghampiri Suci. Simpati dia melihat keadaan Suci. Sememangnya Linda amat faham apa yang dirasai Suci saat ni. Suatu ketika dahulu pun, Linda pernah dikecewakan. Dia juga patah semangat ketika itu. Dunianya kelam.

“Suci, sudahlah tu. Jangan macam ni. Mana tau kau still boleh berbaik dengan boyfriend kau tu,” Linda cuba memujuk Suci.

“Aku susah nak maafkan dia. Dia betul-betul dah kecewakan aku. Sampai hati dia buat aku macam ni. Aku tak sangka...”

Suci tidak dapat meneruskan lagi kata-katanya. Esakkan tangisnya makin kuat. Dia gagal mengawal emosinya kini. Dia terlalu sedih. Terlalu sedih.

“Aku tak sukalah tengok kau macam ni Suci. Aku faham perasaan kau. Tapi janganlah macam ni. Susah hati aku tengok.”

“Boleh tak kau tinggalkan aku seorang diri?” celah Suci.

“Okey! Okey! Take your time. But, jangan buat yang bukan-bukan pula.”

Linda terus berlalu pergi. Sebenarnya dia tidak sampai hati untuk meninggalkan Suci keseorang saat ini. Tapi jika itu permintaan Suci. Dia akur. Mungkin itu lebih baik bagi Suci. Keseorangan. Bila keseorangan dia boleh berfikir tanpa sebarang gangguan.

Bersambung...

No comments:

Post a Comment

Tulis-tulis...nanti saya baca.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...