Alhamdulillah. Petang ni segala yang dirancang akhirnya berjalan lancar. Semua orang nampaknya boleh bermesra. Bergelak tawa. Saya je yang tak dapat nak gelak besar-besar, sebab sibuk kat dapur. Basah-basah baju tau. :P
Sepanjang saya kat dapur, hati saya mesti terdetik. Mesti tertanya-tanya.
"Betul ke keputusan aku ni?"
Saya tanya pada kakak saya...Memang akan berperasaan macam ni ke? Kakak saya kata... Memang kadang-kadang kita susah nak percaya. Kadang-kadang kita akan jadi was-was. Tapi bila semuanya dah selesai, hilanglah rasa tu.
Begitulah yang saya harapkan. Saya tarik nafas dalam-dalam.
Tolong pergi segala rasa was-was. Tolong pergi segala rasa berbelah bahagi. Saya mahu bina hidup baru. Bantu saya.
Hati...Yakinlah.
Itu yang telah Tuhan tetapkan untuk tuanmu.
Bantu tuanmu untuk lenyapkan segala yang lama.
Bagus laa.. saya faham situasi awak.. teruskan..insyaAllah itu yang terbaek untuk awak... All the best~
ReplyDeleteeh eh eh...dah ade blog lah! :P
ReplyDeletemelaka maju!
ReplyDeletengeh3...bangga~
br majulah ni? sbb baru ade bl0g. hahaha
ReplyDelete