SITUASI PERTAMA :
"Mak yang ni ok tak?"
"Tak oklah. Kalau mak nak pakai bakul je."
"Aish..citarasa makcik-makciklah mak ni."
"Mak bunga ni letak sinilah."
"Tak cantik. Kita beli yang ni semua tadi pun ok. Berapa harga satu?"
"Hish..pakai bunga ni nampak kosong. Takkan nak kosong je."
"Kita letak reben kat sini eh mak?"
"Pilihlah reben yang cantik-cantik sikit. Tu kosong sangat."
"Dah nampak semak sangatlah pula mak."
"Dahlah, mak nak tidur dululah."
SITUASI 2:
"Comel tak yang saya buat tu?"
"Comellah. Orang suka."
"Salah beli warna bungalah,"
"Tak apa, pakai je apa yang ada tu."
"Nak pakai yang ni ke yang ni,"
"Mana-mana pun boleh. Saya tak kisah. Awak buatlah ikut yang awak suka."
*******************************
Ok, saya mengaku. Saya sangat cerewet. Sampaikan semua orang tak mahu masuk campur dah. hahahaha. Saya sedar!
No comments:
Post a Comment
Tulis-tulis...nanti saya baca.