Pages

Tanpa Suara Tetap Boleh Didengari

Saturday, February 19, 2011

...Jadikan pengajaran...

"Kalau saya ni single lagi, dah lama saya mengorat cikgu yang jadi ketua kadet bomba. Supaya saya tak perlu datang perjumpaan esok pagi dan seterusnya. :D"

Memang saya pernah tulis status macam ni kat fb saya. Tapi lepas tulis, saya gelak habis. Tu tandanya saya tak serius. Dan saya berani tulis sebab yang pertama, saya niat mahu bergurau. Yang kedua, saya tahu cikgu tu bukan suami orang. Yang ketiga sebab cikgu tu tak ada dalam friends list saya. Dan yang keempat saya memang sangat-sangat tak mahu pergi aktiviti hari sabtu. hehehe

Tapi tak sangka pula status ni jadi isu besar kat sekolah. Eh, bukanlah saya kena marah dengan pengetua atau saya bakal dipecat. hahaha

Tapi isunya bila cikgu tu tak pernah suruh saya datang untuk setiap perjumpaan. Dia hanya akan tanya "Boleh datang tak?". Itu bukan bentuk arahankan???

Dan bila mana cikgu ni selalu datang berborak di meja saya. Bukan borak kosong, tapi borak kerjalah. Kalau kat kantin pun dia akan duduk semeja dengan saya. Bukan sebelah-belah tau.

Kami memang berkawan baik di sekolah. Lagipun dia selalu tolong saya selesaikan masalah budak. Tapi kami hanya berkawan. Tak ada niat langsung untuk bercinta. Dan bila saya tulis status macam tu, adalah dua tiga orang guru yang baca. Maka, timbullah isu.

Tapi mereka-mereka semua sempoi. Isu timbul hanya dijadikan sebagai bahan mengusik. Dan saya hanya ketawa. Dan kalau pakwe tanya nanti, kenapa ketawa bila orang usik macam tu? Saya akan jawab, kalau saya cakap lebih2 nanti nampak macam saya ni beriya-iya dengan apa yang saya dah tulis. Sedangkan saya tulis, saya tak maksudkan apa-apa.

Jadinya, tujuan saya tulis kat sini...nak bagitau korang satu je. Yang saya sangat...sangat...sangat... MENYESAL tulis status macam tu. hahaha

Sila ambil ikhtibar ok!

No comments:

Post a Comment

Tulis-tulis...nanti saya baca.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...