Ada apa dengan cinta? Untuk apa kita bercinta? Untuk menjawabnya, mari kita fikirkan satu analogi, analogi cinta. Fikirkan tentang sebatang pena. Pena dicipta untuk menulis. Selagi ia digunakan untuk menulis, selagi itulah pena itu berada dalam keadaan selamat dan berguna.
Tetapi sekiranya pena itu digunakan untuk mencucuk, dicampak atau digunakan sebagai pengetuk, maka ia akan rosak. Mengapa?
Pena akan rosak sekiranya ia digunakan bersalahan dengan tujuan ia diciptakan. Ia diciptakan untuk menulis, bukan mengetuk atau mencucuk. Pena yang disalahgunakan akan rosak. Apabila rosak, ia akan dibuang ke dalam tong sampah. Ketika itu ia tidak dinamakan pena lagi. Ia dinamakan sampah!
Begitulah juga cinta. Cinta dicipta oleh Allah untuk dua insan bernama lelaki dan wanita beribadah kepada-Nya. Selagi cinta berlandaskan dan bermatlamatkan ibadah, yakni selaras dengan tujuan ia diciptakan, maka selagi itu cinta itu akan selamat dan bahagia. Sebaliknya, jika cinta itu diarahkan secara bertentangan dengan tujuan ia diciptakan, maka cinta itu akan musnah dan memusnahkan. Keindahan cinta itu akan pudar dan tercalar.
RIFHAN A RAHIM
*****************************
Saya sangat jarang mahu bercerita atau menulis tentang cinta. Apatah lagi tentang kekecewaan yang lepas. Bagi saya, ia satu isu remeh. Yang jika didiamkan lebih melegakan.
Tapi tak tahu kenapa, sejak-sejak ni...Jiwa saya mudah terusik. Mungkin kerana tekanan kerja yang melampau. Mungkin juga kerana keadaan sekeliling. Yang membuatkan jiwa saya jadi tidak tenang. Perkara yang paling saya benci dalam hidup bila ada yang bertanya tentang kisah silam saya.
Bila seorang rakan di sekolah, terkejut mendengar usia perkenalan saya dengan pakwe.
"Dah sebelum ni tak pernah bercinta?"
Saya hanya tersenyum. Apa jawapan yang patut saya beri? Tapi ketika itu, bukan jawapan yang saya fikirkan. Tapi sebaliknya saya sedang fikirkan kenapa saya terlalu lurus ketika menjawab soalan itu tadi.
"Tak ada jodoh kak,"
Saya tetap jawab dengan penuh tenang. Tapi dalam hati, siapa tahu. Dia kakak, saya perlu hormat.
"Mesti awak yang tinggalkan dia. Kan?"
"Tak adalah. Saya yang kena tinggal,"
Saya ketawa. Pura-pura seperti perkara itu sangat melucukan. Kakak tu mengerutkan dahinya. Saya tersenyum.
"Betul kak. Saya ni mengada. Selalu nak minta yang mahal-mahal. Tamak pula tu. Dah tu, kahwin nak cepat. Macam gelojohlahkan."
Saya ketawa lagi. Aish, buruk betul gambaran sikap tu. Sengaja. Biar kakak tu tak tanya banyak-banyak dah.
"Tipulah!"
"La..betullah. "
Saya buat muka confident. Tak kisah kalau kakak tu nak fikir bukan-bukan. Datang pula seorang cikgu lain. Kali ni lagi banyak soalan yang dia tanyakan. Oh...sudahlah. Saya dah hilang ingatan untuk itu semua!
Apa masalahnya jika usia seperti saya baru mahu bercinta? Apa masalahnya jika saya gagal dengan cinta saya yang dulu?
Soalan demi soalan yang mereka tanyakan. Hingga memberikan seribu kesan kepada saya. Kenapa mesti mengusik luka saya? Walaupun ia hanya tinggal kudis, tapi ia tetap sakit. Jika seorang dua yang bertanya, saya masih boleh bertahan lagi. Tapi andai ramai yang mempertikaikannya, saya naik runsing.
Apa dosanya orang seperti saya putus cinta? Mana yang peliknya? Saya tak mahu bersedih lagi. Buku kegagalan saya dah lama saya tutup. Tutup rapat-rapat. Saya tak akan izinkan diri saya bersedih sedangkan sebelah pihak lagi bergembira. Saya tak akan izinkan diri saya disakiti lagi. Saya tak akan izinkan luka saya berdarah lagi. Biar pun ia tinggal parut. Dan selamanya menjadi parut. Tolong jangan ungkit lagi kisah menyakitkan itu. Cukup andai saya kata luka itu terlalu dalam. Sehingga saya sendiri tak pasti rasa sakitnya yang bagaimana.
Kakak senior, terimalah kisah cinta baru saya seadanya.
No comments:
Post a Comment
Tulis-tulis...nanti saya baca.