Pages

Tanpa Suara Tetap Boleh Didengari

Friday, February 11, 2011

...Nampak mudah...

Guru Tua sanggah Mokhtar Sabah

SAYA ingin memberi reaksi berdasarkan tulisan Mokhtar Sabah dalam Utusan Malaysia bertarikh 8 Februari 2011. Saya ingin memberi pendapat berdasarkan pengalaman lebih 20 tahun dalam bidang pendidikan. Saya rasa ramai guru yang terkejut dengan tulisannya. Di sini ingin saya menyangkal beberapa pandangannya.

Siapa guru yang diberi tanggungjawab mengajar enam waktu seminggu? Hanya Guru Besar yang diwajibkan mengajar enam waktu seminggu kerana beban tanggungjawab yang digalas. Guru mana yang purata mengajar 16 waktu seminggu? Rata-rata guru biasa di sekolah saya mengajar 32 waktu seminggu dengan beban tugas lain. Itu belum ganti guru bersalin yang tiada pengganti.

Contohnya Cikgu A.

- Masa mengajar 32 waktu x 30 minit seminggu.

- Guru Kelas

- Guru Data SDM

- Guru Disiplin

- Pengerusi Teknik Zon

- Guru Bertugas Mingguan

- Setiausaha Kelab Guru

- Penolong Ketua Rumah Sukan

(Banyak lagi tugas yang perlu diselesaikan seperti mengisi Data Sistem Maklumat Murid (SMM) yang berubah-ubah setiap tahun, majlis persaraan, Hari Kantin, Hari Sukan dan lain-lain.)

Kami tersinggung dengan kenyataan Cikgu Mokhtar yang menyatakan guru mengajar lapan jam seminggu bersamaan dengan satu hari bekerja penjawat awam yang lain.

Wahai, Mokhtar Sabah, keluarlah dari bawah tempurung. Tugas guru bukan hanya mengajar di dalam kelas, tetapi mendidik murid dari lepas subuh sampai sebelum maghrib. Malahan ada guru yang ikhlas menabur bakti hingga 10 malam. Di padang waktu petang, kalau bukan guru, siapa agaknya?

Mokhtar Sabah menyatakan seorang guru diberi satu tugas khas dan satu tugas kokurikulum. Lihatlah contoh Cikgu A di atas. Hanya guru bermasalah yang memegang jawatan minimum. Kalau cikgu tersebut seorang yang bagus, maka makin banyak beban kerja terletak di bahunya.

Kami tidak pernah mengeluh tentang tugas hakiki menanda buku kerja pelajar, kertas ujian dan menyediakan soalan. Kami tahu tanggungjawab kami. Cuma yang kami bincangkan kerja-kerja lain yang membebankan seperti mengisi data yang sepatutnya bukan kerja kami.

Agaknya Mokhtar Sabah tidak pernah bertugas seminggu selepas cuti dan seminggu sebelum naik sekolah semasa cuti sekolah hujung tahun. Cuti kami diambil, tapi kami akur dengan arahan tersebut.

Wahai Mokhtar Sabah, kalau murid sekolah cikgu tak ramai, bolehlah cakap besar. Cubalah mengajar di sekolah yang muridnya lebih 2,000 orang. Agaknya Cikgu Mokhtar datang sekolah bila jam berbunyi 7.20 pagi dan balik 12.50 tengah hari. Cikgu Mokhtar tak bertugas untuk mengawal disiplin murid awal pagi, waktu rehat dan waktu balik? Ingat ya, tugas guru bukan mengajar di kelas sahaja!

Hanya guru yang memahami masalah yang dihadapi oleh guru. Mokhtar Sabah, marilah datang ke Semenanjung, tukar angin untuk merasai apa yang kami rasa. Jangan dijolok sarang tebuan! Walaupun kami terbeban dengan tugas yang banyak, kami laksanakan dengan jayanya. Kami berjaya mengawal emosi dan tak perlu jumpa doktor sakit jiwa!

GURU TUA

Johor Bahru, Johor

*************************************

Marah sungguh 'Guru Tua'. Saya faham perasaan beliau. Kadang-kadang, guru bukan mahu tunjuk 'kerja' yang berlambak-lambak tu. Cuma, kadang2 memang agak tersinggung dengan kata-kata sesetengah pihak. Asal kami suarakan minta ringankan sedikit tugas, mulalah sibuk kira waktu kerja kami.

Waktu kerja kami memang setengah hari. Tapi jangan tak tahu, tu proses P&P sahaja. Yang setengah hari lagi dipenuhi dengan kerja-kerja dan tanggungjawab lain. Sepanjang saya menjadi guru, tak pernah sehari pun saya pulang dengan tangan kosong. Ada sahaja tugas yang perlu diselesaikan. Nak selesaikan di sekolah? Memang tak cukup masa.

Sepanjang saya menjadi guru, susah saya mahu melihat guru yang termenung atau asyik bersembang dalam bilik guru. Masing-masing sibuk. Sibuk dengan kerja-kerja yang bermacam-macam. Perlu mencuri-curi masa.

Satu hari saya perlu berdiri selama 6 jam di dalam kelas. Satu kelas 90 minit berdiri tanpa duduk. Jika duduk, saya melanggar etika. Kadang-kadang lenguh juga kaki. Tu tak kira lagi perlu bercakap dengan suara yang kuat. Perlukan banyak tenaga. Kalau tak, semput jadinya.

Nampak kerja kami memang mudah. Tapi jangan silap, kami bukan hanya masuk dan mengajar. Cukup masa keluar kelas goyang kaki. Tapi kami sebelum masuk perlu buat persediaan. Keluar kelas perlu pula fikir penyelesaian. Di sekolah yang saya mengajar, pelajarnya mencecah 3000 lebih.1 kelas pula hampir mencecah 45 murid. Bayangkan bagaimana sukarnya berhadapan dengan 45 murid. Tambahan pula saya mengajar di kelas hujung. Kadang-kadang saya rasa, kalau saya gagal kawal emosi. Saya boleh jadi gila.

Saya selalu terfikir mahu berhenti jadi guru. Sebab saya rasa sudah tak tertanggung lagi. Terlalu banyak kerja. Tak kira lagi dengan tugas2 khas yang dilambakkan pada guru baru.

Nampak mudah. Nampak seperti kami goyang kaki. Jangan lihat pada luaran. Mari selami dahulu. Mungkin jika bekerja di pejabat, paling tensi0n pun bila berhadapan dengan kerenah bos. Tapi guru?


Pelajar sekarang kalau ada pemeriksaan,

sembunyikan barang atas syiling atap kelas.

Kalau kita dulu, sembunyi disebalik buku je. :P


3 comments:

  1. 1st skali..cikgu betulkan word syiling atap tu... kompius sy mmbacanya...huhuhu...
    awak pon da rasakan ape yg sy rasa..sumer org akn rasa mcm tue.. so..wat la yg tmampu..lama2 ia mnjadi sebati dgn jiwa awak...hanya org yg dlm bidang ni jer yg tahu sgalanya.. bersabar laa..

    ReplyDelete
  2. hai igt gduh2 lgi... mesra nmpk... bgus2..

    ReplyDelete
  3. remy--> smpai skrg sy tgh cr word yg ssuai utk syiling atap 2. blurr sggh la. walaupun sy ni ckgu bm. hahaha

    MAA--> klu x tegur 3 hari d0sa tau. msk neraka. kata nak msk syurga sm2 kan. hee~

    ReplyDelete

Tulis-tulis...nanti saya baca.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...