Hari ni ada satu pengalaman baru buat saya. Saya kena jumpa dengan seorang bapa kepada pelajar kelas saya. Ohh...gugupnya!
Bila saya melihat wajah ayah pelajar tu, saya jadi lemah. Hilang semua kata-kata dan segala aduan yang pada mulanya sudah saya karangkan. hahaha.. Tak tahu kenapa. Saya tak sanggup nak kecewakan wajah baik si ayah. Bila saya berbincang dengannya. Saya tahu dia kecewa. Segala aduan saya lupakan. Walaupun saya tahu, saya perlu berterus terang untuk kebaikan anaknya.
Tapi saya betul-betul tak sanggup. Saya mati kata-kata. Kalau saya aduankan semuanya, pasti si ayah akan berasa kecewa yang teramat. Jadi saya ambil keputusan untuk melupakan segala kesalahan anaknya. Saya berbincang semula dengan guru kanan sekolah. Supaya surat penggantungan pelajar tersebut ditarik balik. Dan guru itu bersetuju dengan syarat dia menandatangani surat akujanji untuk berkelakuan baik.
Lega wajah si ayah. Bersungguh-sungguh dia berterima kasih. Saya hanya mampu mengangguk sayu. Mungkin tanggungjawab saya sebagai manusia yang berperikemanusiaan sudah saya laksanan. Tapi tanggungjawab saya sebagai seorang guru untuk mendidik pelajar saya tidak dapat saya laksanakan dengan sempurna.
Apa boleh buat. Rasa simpati saya lebih menebal dari rasa tanggungjawab. Mungkin jika pelajar itu digantung, ia akan memberi kesedaran kepadanya. Mahupun kepada rakan-rakan sekelas yang lain. Mungkin selepas ini dia akan merasakan undang-undang sekolah boleh dipijak-pijak. Kerana segalanya atas belas kasihan. Seperti yang telah saya lakukan. Sepatutnya perlu tegas bukan? Salah tetap salah.
Tapi entahlah. Wajah si ayah betul-betul buat saya kalah!
hermm... saya da agak da tu tindakan awak...
ReplyDeleteawak paham.. salah tetap salah...tp awak x bjaya menunjukkan kekuatan diri awak.. awak kalah dgn diri awak sndiri... jadi, awak kene la bhadapn dgn situasi yg sama berulang kali..
ntah la...kdg2 ssh nak lwn rasa simpati ni. HUh~
ReplyDelete