Pages

Tanpa Suara Tetap Boleh Didengari

Monday, March 16, 2009

ayam atau merpati?

Suatu hari, seorang petani menjumpai sebiji telur burung merpati dan dieramkan bersama-sama dengan telur ayamnya. Selang beberapa lama, telur burung merpati dan beberapa telor ayam pun menetas.

Suatu ketika, anak ayam berkata kepada anak burung merpati itu bila melihat burung merpati dewasa terbang tinggi di angkasa. Anak ayam itu berkata kepada anak burung merpati: "Hebatnya burung-burung merpati itu terbang tinggi...".

Kata-kata itu disambut oleh anak burung merpati: "Memang mereka mampu terbang tinggi dan terbang jauh kerana merekakan burung merpati...kita ni kan hanya anak ayam...mana boleh terbang macam tu".

Begitu jugalah cara berfikir sesetengah orang pada hari ini...mereka terlalu mudah mengikut persekitaran sehinggakan tidak sedar kekuatan apa yang ada pada kita


No comments:

Post a Comment

Tulis-tulis...nanti saya baca.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...