Pages

Tanpa Suara Tetap Boleh Didengari

Thursday, March 5, 2009

wanita itu hiasan dunia~


Wanita...
hiasan dunia. seindah hiasan adalah wanita s0lehah.. la~la~la~...(smbung sndiri la. aku tahu smpai situ je) . ni nk share psl kateg0ri wanita2 yg ade dlm dunia ni...ade 6 kateg0ri. s0, lelaki2 d luar sn, sila check gf 0r wife anda dalam kateg0ri yg mn k. (fahamilah isi hati wanita...kui3)

  • Wanita kategori liar


  • Inilah jenis wanita yang sering dinasihati mana-mana ibu untuk dijauhi. Pada awalnya, perhubungan dengan wanita sebegini sememangnya menyeronokkan.

    Dia selalu melakukan sesuatu di luar jangkaan. Perasaan selalu mencuba sesuatu yang bagus, tetapi sikap mencubanya tidak wujud sempadan. Anda mungkin teruja dengan kegilaannya, tetapi tanpa sedar, tersadung dalam masalah yang diciptanya.



  • Wanita si bom jangka


  • Wanita bersifat bom jangka seumpama emosi yang akan meletus tanpa sebarang amaran ketika anda menjangka semuanya terkawal.

    Dia kelihatan normal luarannya sehinggalah anda menjadi sasarannya.

    Individu seperti ini bukan saja menjadi bom jangka dalam emosi kemarahan malah emosinya akan mengubah keputusan penting dalam hidup anda berdua kelak.



  • Wanita si gula-gula


  • Gadis muda seumpama gula-gula yang melihat anda sebagai pembimbing dan menyukai kewujudan anda.

    Dalam keadaan ini, anda seolah-olah bertindak seperti seorang yang mengajarnya untuk menjadi wanita idaman dan cuba mencipta kehidupan yang penuh kematangan untuknya.

    Hakikatnya, mungkin diri sudah tertipu, gadis muda seumpama ini sebenarnya mungkin hanya menguji kuasa tarikan yang ada pada dirinya.



  • Wanita si bintang


  • Wanita bersifat bintang menjadikan pasangannya sebagai jalan untuk mempopularkan atau menguntungkan dirinya semata-mata, lebih-lebih lagi jika dia mempunyai keinginan besar terhadap sesuatu yang jelas bukannya diri anda.



  • Wanita si penggapai


  • Penggapai mempunyai kedudukan kewangan lebih daripada apa yang anda miliki dan dia menyukai keadaan sedemikian kerana ia memberi jaminan kepada dirinya. Mengapa begitu? Dia memilih pasangan yang bukan dalam kelompoknya supaya dapat memberinya ruang untuk bergerak. Anda menjadi sasaran jika matlamat kewangannya gagal dan anda dilihat sebagai punca masanya terbuang begitu saja sekadar untuk aktiviti bersama. Dia cenderung mengatakan setiap usahanya untuk kebahagiaan bersama. Tetapi, harus berhati-hati.



  • Wanita yang terluka


  • Hubungan yang terjejas menjadikan wanita dalam kategori ini dibelenggu emosi yang terluka sepanjang masa. Kewujudan anda sekadar kapal persinggahan sementara baginya untuk memikirkan kesilapannya, apa yang berlaku, siapa dirinya dan apa yang perlu dilakukannya. Sepanjang anda menjadi pasangannya, anda mendengar segala kisah buruknya. Bahkan, anda akan menjadi pendengar setia kisah sedihnya semalam, hari ini dan esok. Biarpun anda menjangka dia mungkin akan menyintai anda, tetapi dia mungkin lebih memikirkan keadaan dirinya saja.

    ~aku kateg0ri mn ek? rahsia la. mn bleh bgtau.

    No comments:

    Post a Comment

    Tulis-tulis...nanti saya baca.

    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...