Pages

Tanpa Suara Tetap Boleh Didengari

Wednesday, January 12, 2011

...Bertahanlah...

Bagaimana untuk saya sampaikan rasa hati dan perasaan saya.

Biar semuanya tahu.

Biar mereka terfikir sesuatu.

Perasaan saya hanya satu.

Rasa saya juga satu.

Saya hanya mahu mereka tahu yang satu.

Mereka fikirkan yang satu.

Saya mahu mereka menjadi

Pandai.

Bijak.

Baik.

Biar mereka mengubah nasib mereka.

Tidak terus mewarisi kemiskinan keluarga.

Ataupun...

Terus mewarisi kekayaan keluarga.

Saya bukan mahu menjadi malaikat buat mereka.

Saya juga bukan mahu menjadi Tuhan mereka.

Tapi cita-cita saya hanya satu,

Mahu menjadi penyumbang kepada kejayaan mereka.

Bukannya kegagalan mereka.

Sukar untuk mereka fahami.

Mungkin permintaan saya terlalu besar.

Mungkin cita-cita saya terlalu tinggi.

Tapi ini semua untuk mereka.

Bukan untuk saya.

Kehidupan saya sudah ada.

Tetapi kehidupan mereka ada saya.

Namun masih samar.

Bagaimana untuk saya nyatakan pada mereka.

Bagaimana untuk saya luahkan pada mereka.

Andai mereka hanya mendengar.

Tapi langsung tidak menyimpan di dalam hati.

Saya mahu mereka menjadi PANDAI, BAIK, BIJAK.

Itu sahaja.

Terlalu besarkah permintaan cikgu pada kamu?

Saya mohon pada Tuhan,

Tolong tabahkan hati saya.

Tolong kuatkan semangat saya.

Jangan cepat putus asa.

Teruslah kuat,

Teruslah tabah...

Walau hati terus disakiti.

Walau jiwa terus dicalari.

Walau kata terus diingkari.

1 comment:

Tulis-tulis...nanti saya baca.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...