Hari ni saya bergaduh mulut dengan seorang pelajar. Entah kenapa, saya betul-betul 'naik angin'.
Siapa yang boleh tahan kalau kata-kata kita dijawab tanpa rasa bersalah? Pelajar ni bukanlah pelajar saya. Tetapi saya perlu menjadi guru ganti untuk kelasnya. Saya terpaksa masuk sedikit lambat kerana saya terkejar-kejar untuk menunaikan solat. Apa boleh buat, kedua-duanya wajib dilaksanakan.
Saya masuk kelas mereka, sangat bising. Saya minta mereka diam dan buat kerja masing-masing. Tak sampai seminit, kelas menjadi pasar malam. Huh... Saya tinggikan sedikit suara untuk melawan suara mereka.
Arahan saya dilawannya. Buat lawak konon. Tapi pada salah tempat dan masa. Geram.
Saya teruskan kerja saya. Pelajar lain semua diam dan faham bahasa. Tapi kumpulan pelajar 'itu', masih buat selamba. Saya minta diam sekali lagi. Dan sekali lagi arahan saya diingkari, sampai dijawab-jawab. Seperti berbalas-balas pantun.
Saya hilang sabar. Saya tinggikan suara. Dia mula buat muka tak puas hati. Tapi saya tahu, saya tak boleh biarkan dia menang. Saya terus melawan katanya.
"Cikgu tu yang tak reti cakap baik-baik"
Saya hairan, dia melawan kata saya... Tapi dia minta saya cakap bersopan santun dengannya. Dia melawan kata saya, tapi dia minta saya melayan dia dengan lemah lembut.
Kalau saya beri arahan DIAM dengan sopan santun, rasa-rasanya ada yang nak dengar?
api jangan dilawan dengan api :)
ReplyDeletetak sempat nak amik air...hanya ada api je time 2. hahaha
ReplyDeletebdk2 skang mmg kurang ajar.. akak mmg hangin juga kalau students akak berkelakuan mcm tu..
ReplyDeletebetul kak...hanya cikgu je yang fhm prsn cikgu lain.
ReplyDeletesabar je la...
ReplyDeletenk wat cmne...
dh die x fhm bhsa...
:D