Pages

Tanpa Suara Tetap Boleh Didengari

Wednesday, September 22, 2010

...Ayat-ayat cinta. Ceh!...

"mseh mnunggu jwpn , gmentarnyer aq , mlm tdy da ler dy maen2 . ."

.
"cInTa 3 SegI , antre aq ,dy && dy . . ap kputusnnyer nnty ? ? arp2 tIdq ."
.
"jln nan dy , ddok dlm bs nan dy .hu3 , jnggl aq rse . "
.
"to all girl ONLY...do you trust man???u need them in your life???tnye je...laen org laen pndgn..huhu..kgsi2 ark..."
.
"x seindh hr2 yg ku idamkan..utk brsm mu..tiada lg..ruang d htmu..tuk ku curahkn sgala..ape yg ku rs..dikau x prcy..siape ku d htmu..hny mnggnggu hdpmu..."
.
"mnrme @ mnlak se2org..sngt mnydhkn..srbe slh mst d rsai..klu..aku mmlh org yg aku syg..tp aku brslh pd mrk yg d tlk..but..klu aku mmlh org yg d tlk..aku brslh pd org yg aku syg..even aku mmlh org yg aku syg..die ttp mngcwekn aku..sm je..so now..im juz lving in d' darkness..no one.."
.
*******************************
.
Dah baca semua ayat-ayat di atas? Ehem3x....itu bukan ayat saya ya. Saya copy dari fb dan paste kan di sini. Semua ayat-ayat 'tragis' ni saya dapat dari fb budak-budak sekolah.
.
Terus terang saya katakan, saya memang agak kurang gemar bila melihat tulisan-tulisan begini tercatat pada mukabuku anak-anak murid saya. Bukan saya tidak benarkan mereka bercinta atau berkawan. Itu hak mereka. Dulu pun saya sangat rapat dengan pelajar-pelajar saya. Berkongsi cerita. Dan saya tidak kisah andai mereka minta pendapat tentang si polan itu dan si polan ini. Saya akan berikan pendapat kepada mereka.
.
Rasa cinta dan sayang itu satu anugerah. Tidak kira usia kita pada peringkatan mana, 'rasa' itu akan datang dengan sendirinya.
.
Pada saya, bila pelajar-pelajar sekolah mahu 'berkawan' itu bukan satu masalah. Tetapi, apabila 'berkawan' itu fokus utama mereka. Itulah yang masalahnya.
.
Kawan-kawan saya di mukabuku ramai terdiri dari pelajar-pelajar sekolah. Biasalah. Guru kawannya mestilah pelajar. hahaha...Dan setiap kali mereka mencatatkan status mereka, mereka asyik mengeluh tentang cinta. Cinta. Cinta dan cinta. - Aku tunggu kau. Kau tunggu aku. Aku cinta kau. Kau cinta aku. - Asyik-asyik itu sahaja. Tidak pernah pula mereka mengeluh tentang pelajaran. Tentang peperiksaan. Tentang mereka gagal membaca nota yang diberikan guru. Tentang mereka kecewa upsr dan pmr akan dimansuhkan. Tentang Sains dan Mate dalam bahasa Inggeris. Atau tentang mereka rasa kesal tidak mengulangkaji pelajaran bersungguh-sungguh sebelum peperiksaan.
.
Mengapa mereka tidak mahu kongsikan itu semua. Bukan itu agenda utama mereka ketika ini?
.
Saya dahulu juga pernah berusia belasan tahun. Saya dahulu pun pernah bergelar pelajar sekolah. Dan saya dahulu pun pernah suka sana, suka sini. Tapi tidaklah begitu serius. Tidaklah rasa kecewa yang teramat sangat bila orang yang saya suka tu tidak menyukai saya. Dia tak suka saya..saya sukalah dengan orang lain. Bukan susah. Lagipun cinta pada zaman sekolah datang sangat senang. Bersepah-sepah orang yang saya jatuh cinta. hahaha...
.
Cinta yang datang dengan mudah, dengan mudah juga ia akan pergi.
.
Tapi sekarang, saya lihat pelajar-pelajar sekolah makin serius dengan cinta mereka. Kecewa seperti diceraikan suami. Sedih seperti kematian suami. Tiada semangat seperti hidup mereka telah berakhir. Itu yang saya pelik dan hairan.
.
Tidak tahukah perjalanan mereka masih jauh? Masih ramai orang lagi yang mereka tidak temui.
.
Ok..ok...itu semua kebebasan mereka. Mukabuka mereka. Terpulanglah. Aaeerrkkk..Tapi boleh tak kalau ejaan itu betulkan sikit? hehehe

No comments:

Post a Comment

Tulis-tulis...nanti saya baca.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...