Pages

Tanpa Suara Tetap Boleh Didengari

Saturday, May 21, 2011

...I love hoki!...

Fuhhh..fuhh..fuhh... tengah tiup habuk ni. :P

Lama sangatkan tak update blog ni. Sibuklah. Lagipun saya dah jarang sangat dah duduk mengadap depan laptop ni. Sebab saya dah tukar profesion. hahahaha

Dekat 3 minggu dah saya tak masuk kelas. Dah tukar bidang. Asyik duduk kat padang je. Kulit muka pun dah gelap ala-ala kicap tamin. Tak tipu. Sebab tu jugalah saya terpaksa cancelkan untuk tangkap gambar pre-wedding saya. Adoi...macam-macam tertangguh.

Habis je kerja kat padang. Disambung pula kat stadium. Alhamdulillah, saya dapat pengalaman baru. Saya dilantik jadi pembantu jurulatih daerah Gombak. Perasaan? Sangat best. Elaun dia banyak. Lepak kat hotel seminggu. Macam-macam baju dapat. Nunang pun dapat sekali. Dia nak tumpang glemerlah kan. hahahahaha.

Ini player Gombak Setia. Alhamdulillah, dapat naib johan. Kalah pun kalah penalti je. 1-0. Tak ada rezeki lagi nak jadi Johan kot. Tak apa. Sebab dorang nilah saya yang dapat nama. Padahal saya bukan ajar pun, saya duk marah je kat tengah padang. hahahaha

Ohh...sebayanya kami! hahaha

Yang ini pula player lelaki. Alhamdulillah juga, sebab dapat jadi Johan. Korang sangat gempak. Hampir separuh dari dorang ni dapat jadi wakil daerah Gombak.

Habis cerita untuk hoki peringkat daerah. Untuk peringkat negeri, saya bawa kontinjen Gombak sampai sekarang pun tak ada gambarnya lagi. Jadi tak bolehlah nak share. Gombak team lelaki dapat no 4, tu pun kalah penalti. Sedih sangat.

Team perempuan pula, kurang bernasib baik sebab awal-awal lagi dah masuk kumpulan heroin-heroin hoki. Sah-sah tercabar. Apa-apa pun, 2 games kami kalah 1-0. Dan satu game menang 2-1. Tulah, group kitaorang yang satu team tu jadi Johan, satu lagi jadi Naib Johan.

Tapi yang penting, Gombak tak adalah jadi kumpulan belasahan. Hee~

Monday, May 9, 2011

...Ketika susah...

Sewaktu kita susah,
belum tentu semua orang sudi membantu.
Seikhlas hati.

Kadang-kadang mungkin hanya untuk mengambil hati.
Mungkin hanya untuk berlakon sebelum dituduh sebagai Si Kejam.
Mungkin juga,
Membantu kerana terpaksa.

Walau apa pun alasannya,
Hidup umpama roda.
Kadang kita di atas,
Kadang kita di bawah.

Mungkin ketika kita di bawah,
Kita patut belajar mengenai manusia.
Dan bila di atas pula,
Kita patut belajar untuk berhati-hati.

Kita senang kita akan jadi ramai.
Kita susah kita akan jadi kekosongan.

Mahu menilai manusia,
Jangan nilai ketika kita senang.
Tapi nilailah ketika kita sedang jatuh tersungkur,
Ketika kita bangun,
Dan...
Ketika kita sedang belajar bertatih semula.

Sunday, May 8, 2011

...Chill dik!...

Kepada pemilik blog cahya pilihan :

1. Terima kasihlah ye sebab selalu terjah blog ni.

2. Selalu jerit2 kat sini. Jeritan anda kadang2 tak sempat nak dilayan. Oh, saya guru yang sibuk! :P

3. Jarang dah bertanya problem anda. Hanya mampu membaca. Tapi dalam hati memang mahu bertanya dan mendengar. Cuma, sekali lagi. Oh, saya guru yang sibuk! :p

Iqa,

Setiap dugaan itu pasti ada rahsia yang tersembunyi. Cuma kadang kala, hati yang parah memang sukar untuk mencari arah cahaya itu. Namun, sebagai manusia... Kita perlu percaya, cahaya yang ada pasti akan datang dan sentiasa mengekori kita.

Lihatlah cahaya itu dengan mata hati yang lapang dan tenang. Bukan dengan hati yang penuh rasa terbeban atau hati yang sarat dengan kekesalan. Walau kita rasa sesukar mana sekali pun, yakin pada diri. Kita mampu hadapi.

Satu tindakan yang salah bila kita menghadapi satu masalah dengan pihak lain tetapi kita lepaskan dengan pihak lain. Itu bukan cara yang terbaik. Jangan buang kawan2 Iqa. Beban yang kita tanggung jangan kita sandarkan pula pada orang lain. Mereka tak tahu apa2. Simpan bebanan itu baik2. Jangan biarkan ia kelihatan pada luaran. Kita masih perlukan esok sekiranya mata kita masih lagi terbuka.

Biar apa pun masalahnya, biar bagaimana pun kesedihannya. Pasti akan berakhir. Nantikan saat akhir itu dengan seribu kesabaran. Kadang kala, jangan terlalu fokus pada satu pintu yang tertutup sedangkan kita masih dikelilingi dengan beribu pintu yang terbuka. Pilih dan tentukan.

Bersabar. Bertenang.

Ok. Akak nak sambung study. Isnin nak periksa. Lulus interview SPP boleh pergi honeymoon jauh sikit. Siapa lambat lulus interview SPP boleh tinggal kat rumah je nanti. <--- ni bukan pesanan untuk iqa. Mustahil kita kahwin duakan. hahahaha

Jaga diri baik2 dik.

Tuesday, May 3, 2011

...' Apa Saya Mahu Untuk Cenderahati Majlis Perkahwinan Saya'...

Tajuk memang gempakkan? Pertama kali saya nak masuk contest ni. Kalau ada rezeki menang, dapatlah saya jimat kos. Al maklumlah...saya ni bukannya anak mana2 Tan Sri. hehehe

Siapa2 lagi B2B bolehlah join. Buka blog ini. Kalau korang menang memang berbaloi sangat. Just lawat blog Ole-ole, buat entry. Dan kalau ada rezeki, dapatlah hadiah. :P

Dalam banyak-banyak cenderahati yang blog ni tunjukkan...saya sangat-sangat-sangat dan sangat berkenan pada cenderahati yang ini.


Tau tak apa ni? Tengok gambar lagi satu ni. Gerenti korang akan sengih-sengih.

Jeng...Jeng...Jeng...Penanda buku!

Ok...mesti korang dah gelak-gelak. Kan? Mesti cakap "Ek eleh...cenderahati kahwin pun nak bagi penanda buku ke? Skema gila!"

Ok fine. Saya terima. hahaha

Kenapa saya nak sangat cenderahati ni? Sebenarnya, saya nak bagi kat tetamu VIP saya. Almaklumlah, saya ni cikgu. Dah sah-sah VIP-VIP saya terdiri daripada kawan-kawan saya yang kebanyakkannya CIKGU juga. Bila dah golongan cikgu ni, benda yang paling rapat dengan kami ni mestilah buku. Kan? Jadi cenderahati ni sangat berguna untuk VIP2 majlis saya nanti.

Selain tu, penanda buku ni tak adalah membazir kalau bagi kat tetamu walaupun dia bukan seorang cikgu. Sebab, semua orang dalam kehidupan sehariannya PASTI akan ada buku di sekelilingnya. Jadi bolehlah dia gunakan penanda buku dari saya ni. Dapat pahala tau. :p

Kalau ada lebih, boleh juga bagi pada student yang datang pada majlis saya nanti. Secara tak langsung bolehlah tarik minat dia untuk membaca buku. Serius, penanda buku ni memang sangat berguna. Dan saya memang nak sangat. hehehe

Doakan saya menang eh. :p

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...