Pages

Tanpa Suara Tetap Boleh Didengari

Sunday, October 23, 2011

...Baju kontroversi...

Hai korang.

Gigihkan saya update entry tengah2 malam ni? Uik, mestilah. Saya nak share pasal baju nikah yang sangat, sangat, sangat mencabarnya. =p

Tahu kenapa?

1st time pergi fitting, baju ni longgar sangat tang pinggang dan punggung. Then, mintalah tukang jahit tu kecilkan. Eceh, konon bajet kurus. Padahal ntah2 Cina tu yang salah ukur. haha.. Second time, pergi fitting lagi. Huh...Sedatnya. Mak aii, sesak nafas i!

Then suruh dia repair balik....Dan sekarang dah puas hati dah. Mencabar kan? Kalau baju ni boleh jerit mesti dia dah jerit dah. Sebab penat diperlakukan sebegitu. Maiii, usya2 sikit baju kontroversi tu. hehehe
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

Jeng..jeng...jeng...


Simple saja korang. Nampak tak manik2 macam ulat bulu tu? Manik tu warna PINK tau. Pink gelap2 sikit. Hee~ Tapi yang penting saya selesa fesyen ni. Dah siap test dah macamana nak duduk nanti. hahaha

Baju melayu Nunang pun dah siap. Tapi sedih sikitlah. Bukannya baju tu tak cantik. Tapi, warna bunga sulaman dia tak sama dengan warna tema saya. Dah 'ter'lari skit. Maybe, susah kot orang tu nak cari benang warna tu.
.
.
.
.
.

See..dah seakan2 warna ungu kan?

Huh...musnah harapanku untuk bertemakan pink!

Wednesday, October 19, 2011

..."Kahwin sekali je"...

Petang semalam berborak dengan seorang kawan sekolah saya. Dia pun baru je tamatkan zaman bujang. Bulan April lepas.

Macam-macam yang dia tanyakan. Tapi saya perhatikan setiap soalan yang saya jawab punya jawapan yang sama.

"Ala, tak apalah Fazlin...Kita kahwinkan sekali seumur hidup."

Asyik itu je jawapan saya. Yang saya perasanlah. Dan sekarang ni baru saya terfikir, sebab saya rasa macam tulah...Bajet saya dah jauh ke laut. haha

Serius korang.

Bajet saya memang dah LARI jauuuuhhhhhhhhhhhh sangat. Sampai tak terkejar. So, yang kejarnya Nunanglah. Sebab Nunang yang kena p0w. =p

Sorry Nunang.

Saya kahwin memang sekali seumur hidup. Awak lain lah. hehehe

Tuesday, October 18, 2011

...Berangan..Jom!...

Huh...dengan cuaca malam yang hening ni kan, saya nak ajak k0rang pergi ke alam fantasi. =p

K0rang, jom kita berangan sama2. Berangan nak dapat kek kahwin macam kat bawah ni.

.
.
.
.
.
.











Perggghhh...Memang menggugat keimanan B2b macam saya ni. Adoi...kalau nak realisasikan mahu bajet lari ke laut nanti ni. S0, terpaksalah lupakan. Lagipun kek kahwin saya, member baik yang sponsor. Tak kan la nak jadi kejam sangatkan nak demand yang mahal2 macam ni. hehe

Tapi, kalau k0rang MAMPU nak order kek kahwin yang macam kat atas tu. Saya sokong!

Sunday, October 16, 2011

...Saya dah menang!...

Hai korang.

Awal gilakan saya update hari ni. Mau taknya, ada cerita best. Sambung senyum semalam punya. Kali ni lagi, lagi dan lagi senyum sampai ke telinga. Jangan terkoyak mulut ni sudahlah. hehehe

Sebenarnya benda ni semalam lagi saya dah tahu. Tapi tak mahulah gelojoh sangat nak kasi kecoh-kecoh. Kang terperasan pula. S0, saya meseg dulu pada Fieyza nak confirmkan betul ke tidak.

Then pagi ni, Fieyza reply...

"u r d 1st winner lalinggggg! congrats!"

Oi mak aiii....Memang dah betullah yang menang tu saya. Hee~

Ok, mesti korang blur2 kan nak tahu saya ni menang apa? Intro je yang panjang. hahaha... Hari tu saya masuk dua contest kan. Punyalah nak cut bajet. Selagi ada contest semua saya nak masuk. Untung2 boleh dapat free... 1st contest saya masuk "Spread Love Contest" by Fieyza Hantaran dan second contest saya masuk "Photobooth Corner" by Dba.

Dua-dua contest saya menang. Eceh...berlagak ye? hehe

Tapi tak dua2 la menang hadiah utama. Ingat hebat sangat ke? Yang second contest tu saya just menang no 6 je. Tu pun sebab Dba kesian kot. Tapi tak kisahlah. Alhamdulillah. Tetap bersyukur. Tetap sendkan alamat kat Dba sebab nak hadiah tu. haha

Yang 1st contest ni yang buat saya senyum sampai telinga ni. Oh....Thanks Fieyza. Sebab buat saya hati bunga2. Fieyza kasi saya menang no 1 tau! No 1... Hadiah utama. Dapat bunga telur 30 batang bernilai Rm550. Gembira la kan. Sebab bunga telur yang saya beli sendiri pun tak cecah harga tu. hehehe

Gelak lagi. Senyum lagi. Ok, nak call Fieyza sekarang. Nak kasi alamat.

Gelojohkan? =p

Saturday, October 15, 2011

...Baju nikah bentuk senyum...

Ehem...Ehem..Ehem... (ok, kalau starting macam ni, ni menunjukkan saya tengah suka!)

Tengah senyum sampai ke telinga ni. Ada banyak perkara yang buat saya senyum. Pertama sebab hujung minggu depan Nunang nak balik sini. Uruskan segala bagai perkara yang belum terurus lagi. Banyak destinasi yang kami kena berkejar. Yang keduanya, sebab baju nikah saya dah siap!

Sukaaaaaaaaaaa sangat!

Nak ditambahkan lagi sukanya, sampai saya senyum ke telinga, bila tadi saya fitting baju nikah tu, owh....baju nikah tu besar. Tailor kesayangan saya terus senyum.

"U dah kurus la Bi..."

Dalam hati, yes! yes! yes!

Pekerja2 dia semua tengok..

"Aiyoo, banyaknya nak kena kecilkan. Awak diet ya? Tak makan?"

Dalam hati sekali lagi, yes! yes! yes!

hahaha...dah macam cerita kartun pula aku rasa. =p

S0, masuk je dalam kereta...Terus telefon Nunang. Nak bagitahu yang saya dah kurus sikit. Lepas tu tadi telefon Nunang lagi. Bagitahu benda yang sama. Kecohkan? hehehe...


Ada orang tu pun perasan juga,
cakap dia dah kurus juga. =p

Friday, October 14, 2011

...Tips dari senior PUAN...

Hai korang. Assalamualaikum.

Ni nak lapor kat korang semua yang saya tengah gigih siapkan doorgift untuk tetamu vip saya. Ada lagi dalam 45 kotak je yang tak siap lagi. Jadi malam ni bolehlah tarik nafas sikit. Rileks2.

Malam ni nak share dengan korang pasal kawan-kawan sekerja saya. Eh, bukan nak mengumpat. Tapi nak cerita yang baik2 je ni. =p

Sedia maklumlah kan, kawan2 sekerja saya semuanya kategori PUAN. Yang CIK boleh dibilang dengan jari. Jadi, bila dah dikelilingi dengan puan2 ni, ceritanya jadi lainlah. Nak2 nya dorang tahu saya lagi sebulan je nak join group dorang. haha

Banyak saya dapat tips2 dari dorang. Ramai sangat nak berkosing ilmu. Saya ni antara nak dengar dengan tak je. Iyelah, kadang2 tak sanggup nak dengar. hahahaha...Naik malu sendiri. Tapi kakak2 yang dah terer ni, apa ada hal iye tak?

Adoi...Saya kadang2 duk tepi sengih2 je. Kadang2 muka berkerut sebab tak faham. Susahlah kawan dengan senior puan ni. Terlebih advance! Tapi kat sini tak bolehlah nak cerita apa yang tips dorang bagi tu... Sebabnya, nanti kang kena black list plak blog saya ni. Sebab tak sesuai untuk bacaan umum.

Ish, proses sekarang ni memang proses malu lah kan? Sebab ramai sangat yang asyik perli2 kita. Tu tak kira lagi tu, hari kita kerja semula lepas majlis kahwin kita. Mesti ramai yang akan sengih2 sumbing.

Adoii...Tak sanggup mak!

Tuesday, October 11, 2011

...Orang tu buat2 tak faham...

Korang... Rasa sedih. Rasa nak menangis. Ada lagi sebulan je. Rasa sedih dan nak menangis ni bukan sebab nerves yang melampaui. Tapi sebab rasa macam tak cukup masa nak buat segala2nya.

Masa cuma ada sebulan je. Pejam celik pejam celik.. Tarikh makin menghampiri. Tapi fokus untuk siapkan semua kerja kahwin tak dapat diberikan sepenuhnya.

Banyak sangat kerja lain yang menuntut saya beri perhatian lebih. Kadang-kadang rasa geram juga. Saat2 saya nak kahwin ni, banyak pula kerja yang datang. Umpama orang yang beri kerja kepada saya tu tak tahu yang saya AKAN berkahwin dalam masa sebulan lagi. Dulukan dia juga dah lalui proses AKAN berkahwin tu, takkan dia tak faham?

Saya tak cukup kaya untuk upah wedding planner untuk settlekan segalanya dan boleh goyang kaki. ='(

Sedih korang. Ok mari FOKUS!

Thursday, October 6, 2011

...Ada yang tak puas hati...

Sekarang ni tengah senyum lebar. Cuti saya dah di approve kan oleh bos. Alhamdulillah. Walaupun saya cuma mencuba nasib, kali ni terkena pula. =p

Saya tak kisahlah korang kalau ada suara2 sumbang yang perli2 saya. Yang cakap saya ni kesayangan ke apa ke... Tu rezeki saya. Setiap kali saya minta cuti, saya cuma mencuba. =p

Korang tahu jelah, time2 sekolah ni memang susah cikgu2 nak minta cuti. Kitaorang cuba ada cuti 7 hari saja setahun. 7 hari tu pula, bukan senang nak dapat walaupun sehari.

Memang setiap kali nak minta cuti, cikgu2 akan berdebar2 rasa macam jantung ni nak jatuh. Iyalah, nak kena mengadap pengetua. Nak jawab itu, jawab ini. Bukan setakat isi borang cuti je tau.

Dan saya tadi dengan beraninya, tulis kat borang "4 hari" walaupun sebelum ni saya tahu, cuti kahwin biasanya pengetua akan luluskan paling banyak pun 3 hari. Saya pandai2 nak 4 hari. hehehe..Eh, kat sekolah saya..ada cikgu yang dapat cuti kahwin sehari je tau. Tapi memanglah sebab dia selalu sangat dah mc.

Then, bila tadi dah keluar bilik pengetua...saya senyum panjang. Hee.... Ada yang tak puas hati. Apalah dorang ni. Terpulanglah nak kata apa. Yang penting, saya tak rasuah pengetua. =p

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...