Pages

Tanpa Suara Tetap Boleh Didengari

Tuesday, September 28, 2010

...Baru saya tahu...

Entry sebelum ni kan saya ada tulis yang saya nak berkenalan dengan jiran-jiran saya demi melahirkan semangat kejiranan yang semakin pudar. kih3...

Ahad lepas saya dah pun mulakan langkah yang pertama. Gempakkan dan sangat bersemangat saya ni. Untuk buktikan pada orang lain, saya bukan cakap-cakap kosong je.

Pagi ahad tu, seorang jiran saya buat open house dan sambut besday anak dia sekali. Dia pun dengan semangat kejiranan juga, datang menyinggah rumah saya untuk menjemput.

"Akak, nak jemput adik yang selalu lalu naik kereta merah tu datang rumah akak. Ada makan-makan sikit..."

Akak tu dengan muka manisnya mengajak. Masa tu seorang kakak saya sedang menyapu di depan.

"Oh...tu adik saya. Nanti saya bagitahu dia"

"Iya ke? Tapi muka sama je. Datanglah semua ye. Suruh adik yang kereta meraha selalu lalu tu datang sekali"

Saya memang terkejut bila abang saya bagitahu ajakkan ni. Saya pun terus tanya pada kakak saya. Macamana kakak tu boleh perasan dengan kehadiran saya di taman perumahan itu? Sedangkan saya sendiri tak pernah tengok kakak tu. hahaha...Memang betul. Kakak jiran mengajak saya. -Budak kereta merah yang selalu lalu.-

Saya pun tanpa berfikir panjang, lepas hujan saya terus bersiap. Ohh..pakai baju kurung sebagai perkenalan pertama. 1st date kenalah cun-cun.

Sampai sahaja di rumah jiran yang hanya selang 2 rumah tu, memang ramai orang. Saya tak tahu mana satu tuan rumah. Dengan siapa saya nak salam ni? Haiissh... Tetiba rasa nak patah balik pun ada.

Tetiba seorang kakak datang ke arah saya.

"Terima kasih dik datang. Jemputlah makan."

Saya lega...ni lah agaknya tuan rumah. Saya pun makan dan makan lagi. Makan tetap banyak walaupun segan-segan. hahaha

"Nanti datanglah lagi. Datang selalu pun tak apa"

Itulah kata-kata kakak tu bila saya hulurkan tangan sebelum pulang. Saya hanya tersenyum.

*****************************

Memang saya akan datang lagi kak. Jiran-jiran sebelah rumah kakak ni memang hensem-hensem belaka. Saya memang suka! hahaha

Baru saya tahu, ada rumah bujang sebaris dengan rumah saya. Terima kasih kak jiran kerana menjemput. *saya buat muka gatal*

MySpace

hahahahahahahaha

2 comments:

  1. hahhahaa...mcm ade ape3 je akak tu suh slalu dtg..dia ade anak teruna ke kak?hahaha

    ReplyDelete
  2. 2 yang kte xtau 2 mia...hahahaha...ade la. =p

    ReplyDelete

Tulis-tulis...nanti saya baca.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...