Pages

Tanpa Suara Tetap Boleh Didengari

Friday, March 25, 2011

...Busylah...

Lama sangat tak update ini blog. Sengajakan saya nak tunjuk gambar tunang lebih-lebih. hahaha...Mana adalah. Minggu yang sangat-sangat sibuk.

Dalam minggu ni pula, saya mc 2 hari. Adoiii..demamlah pula. Bila orang tanya, demam kenapa? Saya jawab 'demam tukar status'. Ada ke? :P

Bunyi macam galak jekan. hahaha...Tapi cikgu-cikgu senior yang menggalakkan saya. Sibuk cakap muka makin berserilah. Apalah. Saya bukan kahwin pun. Bujang lagi apa. Cuma dah dicop je. Tak adalah banyak beza pun kan. Still lagi boleh dingorat dan menggorat! hahahaha

Ok2...Saya nak sambung kerja. Esok ada pertandingan kawad kaki. Kena bawa budak pergi lawan debat. Ada latihan hoki. Oh, keratlah badanku ini. Inilah nasib cikgu muda dan belum berkahwin. "Dia tak ada keluarga lagi."

Ok. Fine.

Friday, March 18, 2011

...Permulaan yang baru...


Akhirnya, kitaorang bertunang juga. Rancang untuk bertunang tak ambil masa yang lama. Saya petik je satu tarikh, then buat persiapan dan tiba tarikh tu kami pun terikat. :P

Sangat susah sebenarnya untuk kelihatan cantik. Ambil masa yang lama. Kena duduk diam-diam dan perlu mengikut arahan. hahaha...thanks Adie. Adie mekap memang sangat-sangat cantik. Memang sangat rasa macam ala2 artis dah hari tu!

Tengok, orang yang tak lembut nak pose ala2 manja. Memang nampak sangatlah keras dan kaku. Nasib baik tak ada pose golek2, kalau tak habislah tudung.

Hantaran kitaorang. Of coz yang warna pink tu hantaran dari pihak saya. Tak apa, tunang dah pink...Kahwin saya tak akan guna warna pink dah. Ok, Insya'Allah. hehehehe

Mereka kini adalah orang kesayangan saya.

Penat ok kena cium tangan bakal mak mertua lama2. Hee~

Orang lain tak mahu datang tak apa. Tapi kalau dorang tak datang, selamat tinggal. Saya merajuk 8 tahun!

Alhamdulillah...Semuanya dah selesai. Eh, selesai bertunang. Yang lain belum mula pun lagi. Syukur sangat. Siapa sangka lelaki yang saya senyum depan pintu surau secara tak sengaja masa saya semester 1 kat UPSI dulu ni sebenarnya bakal suami saya. Penat je cari bf merata-rata, last2 dia jodoh saya. Memang kelakar. Kalau tahu, dari awal lagi saya kenyit mata kat dia. :p

Yang pastinya, sekarang adalah permulaan baru dalam hidup saya. Selamat tinggal segala yang lama!

Sunday, March 13, 2011

...Pukul 3...




Buku baru untuk dunia adik kembar saya. Tahniah adik kembar. hahaha

Ok, memang nampak sangat saya tipu. Mana ada orang dah yang ada muka sebulat saya. Mekap macamana pun, muka bulat tetap maintain. Tetap tak boleh disembunyikan.

Dunia baru untuk saya. Rasa sangat seronok. Tak tahu kenapa. Padahal, pukul 3 sarung cincin pukul 6 kami dah bergaduh. hahahaha.

Gambar lain dan cerita lain tak boleh nak update sekarang. Sebabnya, gambar2 still ada lagi kat cameraman saya. Jumaat ni baru dapat. So, tunggu jumaatlah. Tu pun kalau cantiklah saya dalam gambar tu. Kalau tak, saya simpan gambar tu bawah katil je!

Wednesday, March 9, 2011

...pakwe, cakkk! hahaha...


Atas ni adalah gambar pakwe. Pakwe sangat gigih bekerja. TAPI DIA TETAP TAK PERNAH LUPAKAN SAYA. Ehem..ehem... :P

Gaya pakwe ala-ala hero. Ok, bab gaya memang pakwe boleh menang. Gaya sahaja ok. Tapi tengok cerita hantu, dia terjerit-jerit. Saya kat tepi steady je! hahaha

Good nite pakwe. Mari kita bilang hari. :P

Tuesday, March 8, 2011

...CRK...

"Cikgu Bani, Khamis dengan Jumaat ni saya tak ada eh. Saya cuti,"

"Awak cuti apa?"

"Saya ambil CRK,"

"Hai, baru kerja dah ambil CRK? Awak cuti nak buat apa?"

"Hahahaha..Ada kenduri sikit."

"Kenduri apa?"

"Kenduri kecil-kecilan,"

"Kalau awak tak bagitahu saya, saya tarik balik cuti awak,"

"Eh, pengetua dah luluskanlah,"

"Tak apa, saya boleh cakap balik dengan puan nanti,"

"Adalah..............."

++++++++++++++++++

Ok, semua sibuk nak tahu kenapa saya ambil cuti rehat khas selama 2 hari. Semuanya saya rahsiakan. Tapi saya dah tahu, kakak kerani dah pecahkan rahsia. Sebab tulah ramai yang jumpa saya mesti cakap "Tak mahu bagitahu pun!"

Saya buat muka blur...Tak bagitahu apa? Sengaja nak cover. Kakak-kakak...jatuhlah nanti saham i ok! hahahahaha

++++++++++++++++++++++

"Oi, kau isi borang cuti napa?"

"Adalah,"

"Kau nak kahwin eh?"

"hahahahaha...pandai-pandai je. Kalau aku kahwin, kau mestilah ada. Nanti kosong pula kerusi sebelah aku kan."

"Ceh! Blah la. Aku tengok nanti kalau kerusi sebelah kau nanti bukan aku, aku bersilat depan tu jugak."

+++++++++++++++++++++++++++

Izani tak puas hati lagi.

"Lulus dah cuti kahwin kau?"

"hahahaha...kan aku dah cakap tadi."

"Ok, cuba kau ulang balik sekali lagi dan cikgu Sharul ni jadi saksi,"

"Ok2...aku tak mahu. Tu rahsia kita dua. hahaha,"

++++++++++++++++++++++++++++++++++++

Hai mereka-mereka ni, saya nak ambil cuti rehat je pun. Semua nak tahu. Kalau saya nak kahwin mestilah saya jemput satu sekolah. Kenapa pulalah nak sorok-sorokkan. Lagipun saya ambil CRK. CUTI REHAT KHAS. Bukannya CUK. CUTI UNTUK KAHWIN.

Eh, ada ke CUK? hehehe

Sabar eh. Segala kekeliruan anda akan terjawab juga.

Saturday, March 5, 2011

...Pung..pung...pung"

"Pung..Pungut..pung.."

Aish...saya diam sambil menarik nafas. Menahan gelak. Semua mata menoleh ke arah saya. Kalau bukan majlis rasmi. Kalau tak ada pengetua. Memang saya dah tergelak besar. Itulah, saya selalu ejek pakwe gagap. Kalau dia bercakap tersekat-sekat. Tapi hari ni saya yang gagap depan orang ramai. Memang malu sangat! :P

Pertama kali saya jadi pengerusi majlis kat sekolah saya ni. Entah macamana nama saya naik sebagai pengacara majlis berpasangan dengan cikgu Affandi. Bak kata dia, sebelum nak tamatkan zaman bujang...Teringin juga nak bekerja dengan orang macam saya. 'Macam saya' yang macamana dia maksudkan tu saya sendiri kurang pasti.

Saya kalau boleh, mahu pencen dari bidang pengacara ni. hehehe...nak cuba pula buat sesuatu yang lain. Tapi dari sekolah praktikum dulu, asyik saya je yang di'test' menjadi pengacara. Sejak dah di'test' tu, sejak dah pegang mikrofon susah pula nak dapat kerja yang lain. Dan saya rasa, kat sekolah ini pun...saya macam dah tak ada harapan untuk kerja-kerja lain.

Masa saya gagap tadi, maklumlah...dah lama tak pegang mikrofon ni. Dah lama juga tak jadi pengacara dalam majlis rasmi. Gelabah dia, Tuhan je yang tahu. hahaha...dah tergagap tu, try juga nak betulkan. Tapi cikgu Izani yang duduk kat tepi saya, dah bantai gelak terhenjut-henjut bahu. Ceh, geram betul!

Cikgu Affandi pula, sibuk tengok kertas nak tengok perkataan yang saya nak sebut. hahahahaha..Akhirnya, saya ambil langkah penyelesaian. TAK PAYAH SEBUT PERKATAAN TU! Tapi muka memang malu. Saya pandang Izani, dia c0ver gelak. Saya tahu dia akan gelakkan saya untuk selamanya.

Laju je dia meseg saya.

"Oi..cikgu pung, pung, pung, pungut!"

Ok, siap kau Isnin ni. Awas! :P

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...