Pages

Tanpa Suara Tetap Boleh Didengari

Thursday, August 11, 2011

...Ambil sebagai pengajaran...

Tiba-tiba malam ni saya rasa sedih la pula kan. Bila terbaca blog Elia tu. Ala tunang penjaga gol tu. Jujur saya bagitahu ni, mula-mula dulu memanglah saya agak naik meluat bila terbaca blog dia. Eh, bukan sebab dia tu makwe si Fahmi tu. Tapi, apa sahaja yang Fahmi tu meseg kat dia, semua dia copy paste kan. Hmm...macam menunjukkan? Waktu tu tergerak juga hati saya... "jangan jadi macam Mawi dengan Ina sudah!"

Oh, jahatnya kau hati! =p

Korang...saya tak berniat nak doakan yang jahat-jahat. Tapi, mungkin cara dia menulis tak berapa kena dengan saya. S0, start dari situ saya tak baca dah blog dia. Ntahlah ye.

Tapi bila betul2 jadi macam Mawi dengan Ina, adoiii....simpati pula saya. Kesian juga dengan budak tu. Macamana lah dia nak tanggung tu semua. 1 Malaysia dah tahu ni. Malulah. Habis satu family pun malu.

Yang lelaki pula, boleh buat tak tahu je. Putus tunang pakai surat khabar. Boleh? Sesuka hati kau je. Apa ingat tu anak ayam? Biasalah...bila diri tu terasa HOT dan digilai ramai. Mesti fikir 'sekali petik jari, 1000 yang datang'. Tapi kena ingatlah, hidup ni macam roda. Hari ni kita buat orang, esok lusa kena juga kat batang hidung kita.

Sedihlah. Kalaulah benda ni jadi kat diri saya...

Hmm...Pengajaran yang saya dapat. Sepatutnya kita tak payah tunjuk sangat semua perkara kat umum. Nak2nya kalau orang tu femes kan. Lepas tu, tak payahlah nak tunjuk -kata2 janji setia- pasangan kita. Kita simpan sorang2 sudah. Sebab manusia ni boleh berubah sekelip mata.

Hari ni sayang, belum tentu esok kita tak dibenci.
Hari ni dipuja, belum tentu esok kita tak dicaci.

Ok, nak check semua entry..ada ke tak saya taip mana2 -kata2 janji setia- Nunang. hahaha

1 comment:

  1. jodoh di tangan tuhan kan.....kdg2 kite merancang Allah yg menentukan....

    ReplyDelete

Tulis-tulis...nanti saya baca.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...